Resepi Biskut Alien Viral Yang Betul

5
Resepi Biskut Alien

Resepi Biskut Alien. Awal bulan lalu media sosial dilimpahi dengan perkongsian biskut alien yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Biskut alien ini pada asalnya dimuat naik oleh MariaKhalisya Khalis pada grup Masak Apa Hari Ni di Facebook untuk berkongsi resepi kuih tersebut demi memenuhi permintaan anak-anaknya. Resepi biskut alien itu kemudian mendapat perhatian dan dikongsi hampir 16 ribu pengguna laman sosial itu.


Baca juga: Resepi Kek Batik Sedap

Melihat hasil biskut alien melalui gambar-gambar yang dikongsi Maria, ramai ahli grup berkenaan mencuba resepi tersebut. Malangnya hasil selepas dibakar langsung tidak sama seperti yang Maria lakukan. Ada yang penyek, ada juga yang kelihatan seperti zombie dan ini menjadi bahan ketawa pengguna media sosial.

biskut alien viral

Ramai yang tertanya-tanya, rumit sangatkah untuk buat biskut makhluk asing ini? Menurut Maria, biskut alien ini tidaklah sesusah mana kerana ia cuma memerlukan EMPAT bahan sahaja.

Resepi Biskut Alien Viral Yang Betul

Bahan-Bahan
- 1/2 Buttercup
- 1/2 tin susu pekat
- 400 gram tepung jagung
- 4 sudu besar susu tepung
- Coklat cip

Cara
  • Masukkan semua bahan dan adun sehingga menjadi doh
  • Jika doh terlalu keras, tambah 2 sudu mentega
  • Bentukkan doh mengikut kreativiti anda
  • Letakkan coklat cip sebagai mata alien
  • Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 165-170C menggunakan API BAWAH selaman 25 minit
Baca juga: Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah

Mungkin anda boleh cuba buat resepi ini untuk anak-anak, ataupun jadikannya sebagai salah satu biskut raya nanti.

Entri sebelum ini - Honor 9 Lite Berbaloi Pada Harga RM749

Terima kasih kerana membaca Resepi Biskut Alien Viral Yang Betul
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kalau tengok pada bahan2 macam mudah je nak sediakan biskut alien nie..tapi tuela macam2 rupe ade �� sakit perut gelak bila baca komen2 netizen..

    ReplyDelete
  2. Macam menarik ni. bahan senang je tengok. Tapi tengok yang macam-macam rupa seram pulak nak buat. hihihi

    ReplyDelete
  3. kalau kes tak menjadi memang boleh jadi modal untuk ketawa dan diketawakan..

    ok juga tu..

    membuat orang lain terasa gembira

    ReplyDelete
  4. Simple aje bahannya. Boleh buat ni..

    ReplyDelete
  5. tengok kawan buat tak jadi, pecah2.. entah apa silapnya. tepung kot..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top