4 Mac 2018

REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence review


Cosrx Advanced Snail Mucin Power Essence Review. Kalau sebelum ini saya pernah review Cosrx Good Morning Cleanser, kali ini saya nak kongsi pengalaman menggunakan satu lagi produk dari rangkaian Cosrx iaitu Advanced Snail 96 Mucin Power Essence.

Snail? Ya. Produk ini berasaskan lendir siput. Untuk pengetahuan lendir siput sudah lama digunakan dalam dunia penjagaan wajah kerana mengandungi protein & antioksida yang mampu mengekalkan kelembapan, menghilangkan parut jerawat, dan merawat kulit.

Bacaj juga:  Skin Food Black Sugar Mask Review

Lendir siput sudah banyak dijadikan sebagai bahan utama produk kecantikan terutama produk dari Korea. So, tak perlu risau tentang hal ini.


Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
  • Menyediakan Nutrien untuk kulit yang lebih sihat & kuat
  • Meremajakan kulit formulasi anti-kedut
  • Melembab tanpa iritasi
  • Merawat kulit rosak
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Sesuai itu semua jenis kulit
Kandungan
Snail Secretion Filtrate (96%), Betaine, Butylene Glycol,1,2-Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Arginine, Allantoin, Ethyl Hexanediol, Sodium Polyacrylate, Carbomer, Phenoxyethanol

Packaging
100ml, hadir dalam bentuk botol plastik transparent yang boleh dipam dan kukuh. Penutup disediakan.

Cara penggunaan:
  • 1 - 2 kali pam
  • Di dahi dan hidung, sentuh ringan supaya tidak menyebabkan rasa sedih.
  • Pada pipi, sapu dan gosok supaya meresap dalam kulit.
  • Bawah mata, bagaikan bermain piano, 'tap' dengan lembut supaya ia menyerap.
Ini bukan sponsored post tetapi merupakan pengalaman peribadi selepas menggunakannya selama beberapa minggu. 

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence Review

I think I'm a big fan of Cosrx now. Kedua-kedua produk yang saya cuba memberi kesan positif. Seperti yang tertera pada botol iaitu "snail" teksturnya jelas berlendir seperti lendir siput.

Walaupun berlendir, ia tidak melekit sama sekali. Bahkan tidak berminyak selepas disapu pada wajah sebab ia cepat menyerap pada kulit. Actually Snail Mucin ni sebenarnya melembabkan kulit. So, kalau yang ada masalah kulit berminyak sangat tu Snail Mucin ni sudah cukup dan tak perlu pakai moisturizer dah.

I have oily skin tetapi ia langsung tidak berminyak dan tak break out. 


Saya dah guna selama kira-kira dua bulan, seriously kulit jadi lembut dan parut jerawat cepat hilang. Snail Mucin ni ambil masa juga untuk kita tengok kesannya.

When to use?

Saya guna setiap pagi selepas pakai toner dan sebelum pakai sunscreen. Sometimes night time kalau rajin. Hehe!

Cons

- Kena beli on
- Mahal

Kat mana nak beli?

Saya beli di Lazada sebab masa tu hanya Lazada yang menjualnya dengan harga rendah. Tips untuk beli produk kecantikan dari Korea, kena banyak buat survey. Semak e-merchant mana yang jual paling murah. Rujuk review mereka yang pernah beli produk dan pastikan ia 100% original.

Harga Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence Malaysia

Harganya sekitar RM65-RM68. Saya tinggalkan direct link kat bawah supaya korang senang nak pilih.

- Lazada (RM65.60)
- Hermo (RM68.90)
- Zalora (RM 67)

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence review

Kalau sebelum ni korang pernah mengalami break out lepas guna produk berasaskan lendir siput, elak guna produk ni. Mungkin ada alergi dengan lendir siput. Kalau takut nak guna buat 'patch test' dengan sapu dulu kat tempat lain seperti lengan atau leher selama seminggu.

Okay, nantikan review Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask pulak.

Entry sebelum ini - Ulasan Filem lady Bird

Terima kasih kerana membaca REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

23 ulasan:

  1. boleh suggest dekat member nih

    BalasPadam
  2. wah murah ya boleh nih jadi member untuk pesan

    BalasPadam
  3. harga tak juga jauh sangat berbeza..

    yang penting si pemakainya kelihatan cantik

    BalasPadam
  4. 1st time dengar produk jenama cosrx ni. Baru tahu lendir siput boleh dijadikan bahan utama untuk produk kecantikan. Tapi macam best jer. Siapa yang ada masalah kulit tu boleh lah try.

    BalasPadam
  5. Dulu pernah cari product yang jenama cosrx tapi susah nak jumpa. Lepas nie try cari kat lazada je lah

    BalasPadam
  6. Cosrx is such a good brand and it works effectively especially with sensitive skin. I have utilized it before on breakouts and it did the job well, and together with it, it made the texture of the skin extremely soft too. Definitely recommended.

    BalasPadam
  7. lendir siput? hmmm 1st time dgr dan baca ni, nikkhazami.
    ilmu baru.
    and aida pun baru dgr jenama ni. tq for sharing :)

    BalasPadam
  8. pernah dengar tentang khasiat lendir siput ni sebenarnya tapi masih kurang jelas. baru tahu memang boleh menggantikan moisturizer jadi kulit pun boleh lembap lebih lama. Thank you for sharing this info!

    BalasPadam
  9. first time hearing of this brand and I would agree that contrary of what people think...snail essence don't make the skin oily in fact it keeps the skin moisturised and locks in all the nutrients by creating a layer of protection. I am always all in for snail essence!

    BalasPadam
  10. Baca fasal lendir siput ni, automatik terfikir agak-agak busuk tak baunya? Tapi sekarang memang trend kosmetik lendir siput ni kan? teringin nak cuba...

    BalasPadam
  11. Mmg bagus cosrx ni hilma pun guna cleanser dia hehe..tp agak mahal if beli online..beli kat korea murah gilerrr...seriously babe..

    BalasPadam
  12. Nampak serasi dengan awak ye. Best kulit jadi lembut dan parut pun hlg. Kalau ana mahal pun takpe janji berkesan dan selamat.

    BalasPadam
  13. Not bad juga review ni dan harga dia. Agak-agak sesuai untuk jenis kulit kering tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesuai. sebab boleh jadi pelembab jugak.

      Padam
  14. wah my first time dengan this product nampak macma menarik dari siput babi eh... I pun pakai water filter dari lendir siput babi tak pasti halal ke tak tapi pakai je la, produk kalau mahal tak sesuai ngan kulit kita pun susah juga aishhh

    BalasPadam
  15. Snail essence has been a hit for quite awhile but pricing wise is always more expensive but Cosrx price is consider quite affordable. Thanks for sharing your experience.

    BalasPadam
  16. Eh, betul ke lendir siput? tak sangka banyak juga khasiat dia terutama pada kulit. Tapi siput yang mana ekk.. haha. excited plak nak tau. Dari segi harga pulak berbaloi ni sbb tak mahal sangat.

    BalasPadam
  17. First time dengar nama produk ni. Tapi kalau efek dia bagus tak kisah brp shj harga dia.. mmg org akan beli

    BalasPadam
  18. first time hearing the brand but of course not the first time hearing about using snail. It is really good for our skin and highly recommended if you found this ingredients.

    Racheal

    BalasPadam
  19. Ilmu baru ni rupanya lendir siput pun digunakan dalam kosmetik utk melembapkan kulit.

    BalasPadam
  20. Such a good benefit from Snail essence. I have not try one of it. Yes, the products a big pricey as they use a good quality of ingredients in the products that benefit our skin. Thanks for sharing the products detail and benefits. will consider it.

    BalasPadam
  21. I have tried this product before, it works well on my dehydrated skin as well. Well some might feel geli about the snail stuff but it not at all. I like it too.

    BalasPadam
  22. read alot of reviews on this product, seems very promising but i need to habiskan my product lain dulu, sekarang belambak giler

    BalasPadam