26 Mac 2018

Tiada Lagi Perkhidmatan UBER di Malaysia


Tiada lagi perkhidmatan Uber di Malaysia setelah pesaingnya, Grab mengambil alih operasi Uber Asia Tenggara secara rasminya dari Uber Technologies Inc.

Pengambil alihan ini menyaksikan Grab bakal menjadi syarikat utama yang menawarkan perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi di rantau ini termasuklah Malaysia.

Ia turut menjadikan Grab sebagai platform perkhidmatan yang melibatkan segmen pengangkutan berpatutan paling banyak di Asia Tenggara.

Tiada Lagi Perkhidmatan UBER di Malaysia

Uber Eats tukar kepada Grab Food

Dengan penjualan Uber kepada Grab dengan nilai pegangan 27.5% ini, Grab turut mengambil alih perkhidmatan penghantaran makanan iaitu Uber Eats. Pada masa akan datang ia bakal dikenali sebagai GrabFood.


Demi melancarkan perkhidmatan dan mengelakkan gangguan, Uber dan Grab kini berusaha untuk memindahkan pemandu, penumpang, perkhidmatan Uber Eats, dan rakan perniagaan ke platform Grab.

Dalam pada itu, Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk menstabilkan peralihan ini. Manakala Uber Eats pula hanya akan ditamatkan pada pada penghujung Mei kelak.
sumber:

Entri sebelum ini - Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3

Terima kasih kerana membaca Tiada Lagi Perkhidmatan UBER di Malaysia

26 ulasan:

  1. betul ka ni mcm tak percaya ja..tapi agak mahal juga ya tambangnya..dengar dari kawan-kawan yg biasa guna khidmat ni ja la..kita driver sendiri

    BalasPadam
  2. selalu naik uber.. grab x pernah.. cmne la nk tukr nanti.. smaa ke yek?

    BalasPadam
  3. iya benar ini terjadi ramai dibicarakan di indonesia jua

    BalasPadam
  4. hm.... dgr2 grab mcm mhl... kita suka uber lagi.... abislah kalau dah bersaing... abis tu skrg apps uber dah tak valid la eakk???

    BalasPadam
  5. hurmm baguslah kalau diaorg merge. Selalu dulu naik grab n uber balik kerja. Kalau ikut service grab ok cuma yg xbest masa peak hour grab susah giler nak dapat. Uber je selalu accept.

    BalasPadam
  6. Mahal la sikit tambang nanti..

    BalasPadam
  7. Ada dapat juga maklumat ni daripada Grab dan Uber di emel. Siap terima kod promo Uber yang terakhir juga. Tapi memang kecewa jugaklah sebab Uber tak ada. Sebab saya selalu guna juga, selalu bandingkan antara keduanya dan pilih yang paling murah dan berbaloi. Sekarang cuma satu jelah pilihan nampaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul jugak. kalau dulu boleh banding2kan harga

      Padam
  8. Antara grab dan uber, grab mahal sikit. X lernah lagi naik dua dua servis nih.tau sikit sikit pun daripada suami sebab dia bawa uber..baru bwrbual dengam dia psl ni

    BalasPadam
  9. Sejak Uber tak ramai driver last year. Akak memang dah bertukar ke Grab. Tapi tulah, takda la layanan best dan harga murah macam Uber lagi. Dah ibarat macam naik teksi. Hurmmm

    BalasPadam
  10. Tak pernah lagi naik uber/grab. Harap semua baik-baik belaka dan melancarkan perjalanan mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  11. Sayang macam tu, tak tahu apa yang salah Grab sebab dah tak mampu nak tampung.

    BalasPadam
  12. Betul ke ni...selalu nad guna uber..kene download grab la pulak.alahaii

    BalasPadam
  13. Selalu guna grab x pernah guna uber..so far satiesfsa dengan grab sebab murah..mahal kat mana tu SA x nampak hehehe..maybe bukan hari2 naik grab kot..x tau la berita ni sahih ke x tapi kalau betul harap ianya tidak membebankan

    BalasPadam
  14. selalu guna grab sebab lagi murah dan interface sangat ringkas dan mudah difahami kalau guna uber lak mahal lepas tu kalau kat rumah I dia ambil driver jauh dari ampang 20 minit nak ke rumah i. eh geram juga, lepas tu bila i cancelled i terpaksa bayar pula, stress betul

    BalasPadam
  15. selalu guna grab. rasanya pernah guna uber sekali dalam hidup..gran apps lagi mudah dan pantas (rasanya hahah)

    BalasPadam
  16. Tu lah..dgr jugak pasal berita ni..sis kadang2 mals nak bek kereta selalu ambik uber..now kena naik grab le pulak..kalau mahal nanti say hai hai bye2 je lah

    BalasPadam
  17. Tulah. Start April ni dah tak ada kan. Habis apalah nasib driver Uber ek? Berpindah ke Grab ke?

    BalasPadam
  18. kagum lak dengan team GRAB yang mampu ambil alih UBER..terfikir gak, haritu UBER inform nak keluarkan IPO diorg, tak tahu status IPO tu mcm mana skang ni..eh tp ni UBER SEA je kan..

    BalasPadam
  19. Grab dah grab uber Malaysia..nanti grab pulak business uber di dunia hehe..memang kena dengan nama

    BalasPadam
  20. aduh sayangnya dah takde..baru siap uninstall apps uber..selama ni ciktom pernah naik uber je..grab tak pernah naik lagi..

    BalasPadam
  21. I am not too sure how I feel about the merge- I still prefer uber over grab but I guess only time will tell how it goes. Hopefully it works out for the best <3

    BalasPadam
  22. Woah..neer used uber or grab before.but hopefully after the merge...everything will be as smooth as it used to be

    BalasPadam
  23. Not sure about Uber, tapi Sha prefer Grab. Maybe after this, Grab boleh tawarkan servis lebih bagus & meluas?

    BalasPadam
  24. Nampaknya pesaing Grab dah tak ada. Pengguna pula tak ada pilihan banyak untuk dipilih. Hopefully, jangan lepas ni ada monopoly harga daripada Grab sudah la.

    BalasPadam
  25. Oh betullah nanti uber dah takda. Grab dah beli kata suami hari tu. Tak pernah naik grab, pernah naik uber saja masa servis kereta. Sempat berjalan2 sambil nak tunggu kereta siap diservis
    www.iburayyan.com

    BalasPadam