Ulasan Filem Annihilation

27
Ulasan Filem Annihilation. Filem yang mengangkat kisah penemuan lokasi, planet, alien, atau spesis baharu sudah tidak asing lagi di Hollywood. Bahkan saban tahun filem bergenre sains fiksyen (sci-fi) sebegini acap kali dihasilkan.

Tetapi lain pula bagi Annihilation arahan Alex Garland (Ex-Machina) yang diadaptasi dari novel tulisan Jeff VanderMeer ini. Filem ini menyentuh isu kemanusiaan, dan apa yang mendorong manusia untuk mengorbankan ketidakpastian.

Ulasan Filem Annihilation Untuk pengetahuan, Annihilation hanya ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat, Kanada, China, dan United Kingdom sahaja. Manakala untuk pasaran internasional, filem ini hanya dapat ditonton di laman penstriman video terkemuka, Netflix, bermula 12 Mac 2018.

Baca juga: Cara Daftar Netflix Malaysia


Pihak Paramount Pictures menganggap Annihilation tidak sesuai ditayangkan di pawagam hanya kerana ia merupakan filem yang memerlukan penonton berfikir di luar kotak. Majoriti 'movie-goers' arus perdana mahukan sesuatu yang ringkas, mudah difahami, dan tidak mengelirukan.

Tambahan pula agak sukar untuk bersaing dengan Black Panther yang masih lagi menggegar pawagam. Tidak yakin Annilihilation akan menjadi blockbuster, Paramount menjualnya kepada
Netflix.

Baca juga: 10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom

Sinopsis
Mengisahkan Lena (Natalie Portman) menyertai misi merbahaya iaitu memasuki Area X yang berlakunya fenomena misteri yang dinamakan The Shimmer. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dalam The Shimmer kerana kesemua penyelidik dan askar yang dihantar tidak pernah pulang, kecuali Sarjan Kane. Kane yang juga suami Lena pulang dengan mental dan fizikal tidak normal.


Sebagai bekas askar dan pakar biologi, pihak kerajaan menghantar Lena bersama empat orang lagi saintis untuk merungkai misteri dan menghentikan fenomena itu. Bagi Lena, dia mempunyai misi berbeza.

Pengarah: Alex Garland
Pelakon: Natalie Portman, Jennifer Jason Leigh, Gina Rodriguez, Tessa Thompson, Tuva Novotny, Oscar Isaac.
Genre: Thriller/Sains fiksyen

Ulasan ini TIDAK mempunyai spoiler. I talk about movies 24/7, feel free to follow me on Twitter @nikkhazami to join the coversation.

Ulasan Filem Annihilation

Seperti biasa saya tidak mahu terpengaruh dengan review daripada daripada pengkritik. Saya ingin menonton dan merasai sendiri kehebatan buah tangan terbaru Garland. Setelah menontonnya, tanpa ragu-ragu saya meletakkan Annihilation sebagai sci-fi terbaik yang pernah dihasilkan selepas Arrival (2016).

Kenapa saya begitu yakin? Because I keep thinking about it over and over again. Anda tahu filem itu bagus jika ia masih terngiang-ngiang di minda.

Untuk menterjemah sebuah novel kepada filem bukanlah satu kerja yang mudah dan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa. Namun Garland menggunakan segala kepakaran yang beliau miliki untuk menggarap Annihilation sebagai sci-fi berbeza dari filem seumpamanya.


Annihilation bukan sekadar filem fantasi semata-mata, sebaliknya merupakan kombinasi sains fiksyen dan seram sekali gus menjadikannya sebagai 'cult classic'.

Walaupun tidak banyak babak aksi, dan pertarungan bahkan tiada letupan sana-sini seperti filem 'alien invasion' lain. Annihilation hanya mempersembahkan beberapa elemen kejutan atau jumpscare. Terdapat satu babak intense yang saya rasa paling mendebarkan yang pernah dimuatkan dalam filem.

Filem ini bergerak perlahan tetapi tidak ada satu pun babak membosankan kerana Garland membawa penonton ke mana hala tuju Annihilation. Pada masa sama disulam dengan flashback, meneroka The Shimmer, dan mengenal latar belakang lima wanita ini.

Ulasan Filem Annihilation

Kesemua yang menyertai misi ini bagaikan sudah tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Mereka mempertaruhkan nyawa untuk membuat penyelidikan walapun mereka tahu peluang untuk keluar dari The Shimmer itu mustahil. Annihilation is a 'suicide squad' more than Suicide Squad (2016) itself. Lol!

Perlu memerah otak, bukan filem untuk semua

Momentum filem ini mula mencanak apabila memasuki third act. Di sinilah terletaknya kedudukan hard core sci-fi. Annihilation benar-benar mencabar penonton untuk memerah otak. Setiap orang mungkin mempunyai perspektif berbeza terhadap pengakhirannya.

Menjadi pelengkap kepada Annihilation adalah visualnya. This movie is gorgeous! The Shimmer dan haiwan mutasi tampak nyata dan menyakinkan.

Penggerak utama filem ini tentulah Natalie Portman. Pemenang Anugerah Oscar ini sekali lagi membuktikan beliau layak menjadi antara aktres paling dihormati di Hollywood.


Malangnya filem ini turut bergelut dengan masalah kewangan kerana studio hanya memperuntukkan $55juta sahaja. Perkara ini kelihatan dalam beberapa babak di mana karakter tidak banyak berinteraksi dengan hidupan dalam The Shimmer. Smart way to save money huh?

Annihilation menawarkan apa yang diperlukan untuk melengkapkan perjalanan sebuah filem sci-fi.


Sayang sekali Annihilation tidak menjengah pawagam seluruh dunia. Karya sci-fi hebat ini layak berada di layar perak dan dipertontonkan kepada semua dan bukan hanya di Netflix.

* Nantikan ulasan The Shape Of Water pada 22 Mac ini.

#NKMovieRating
ANNIHILATION
8.9/10

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Annihilation

Post a Comment

27Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Semalam baru seorang kawan bercerita ttg movie ni. Rasanya mcm tertarik juga nak cari dan menonton sbb pengisian jln cerita dia mcm lebih berisi je berbanding filem2 alien biasa. Thanks sharing info ni :)

    ReplyDelete
  2. Lor filem yg memerlukan penonton berfikir di luar kotak la yg patut ditayangkan..nak kena cari gak movie ni..macam syok

    ReplyDelete
  3. wahh pernah tengok trailernya sebelum ini. memang cukup promising! apalagi saya pun memang suka cerita sains fiksyen! terasa nak tengok juga tapi belum berkesempatan lagi. thank you atas review! nasib baik tak banyak spoiler. hihi.

    ReplyDelete
  4. Ada tengok trailer citer ni. Belum berkesempatan tonton this lagi. Serious nampak lain dari yg lain. Memang inviting la untuk gi tengok.

    ReplyDelete
  5. Memang dah ada di tayangkan di pawagam ke..akak plak jenis tak berapa suka tgok movie yang buat akak berfikir di luar kotak..tapi akak suka ceria sains fiksyen..acaner tu...ada sikit aje spoiler ye..so boleh la akak tengok dengan Dania nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem ni tak tayang di pawagam. di netflix je

      Delete
  6. Owh ada ni Netflix sahaja ke. Tapi kalau Natalie Portman berlakonmesti ok ceritanya. Mungkin betul juga langkah Paramount jual kepada Netflix. Btw, sayu suka juga cerita yang macam ni. Kena sabar tonton untuk ketahui jalan akhir cerita

    ReplyDelete
  7. Macam menarik filem-filem macam ni tajuk pun dan unik Annihilation. Kita suka filem-filem macam ni tonton tak bosan...

    ReplyDelete
  8. alamak blh tonton dari netflix shj...lama x jumpa nataliedi layar perak..rindu dengan lakonan beliau yang bersahaja

    ReplyDelete
  9. Fuh!...

    kupasan yang begitu ilmiah..

    kalau dah tengok boleh uji la tahap mind kita nie

    ReplyDelete
  10. i don't have netflix. too bad can't get to enjoy on what you say unless watch online.

    ReplyDelete
  11. Sis ni kalau filem-filem macam ni kureng sikit, tapi terpaksa tengok sebab kat rumah ni semua gemar cite-cite macam ni. Ni kalau depa tahu ni sure le sis terpaksa tengok jugak nanti

    ReplyDelete
  12. saya bukanlah kaki movie cuma kalau dah baca sipnosis cerita ini dan review rasa macam sonokcpulak. Uzu rasa movie om putij bukan ke semua sonok? Cuba kena hayati bebetul lah kan apa yg cuba disampaikan dlm ceriya ni

    ReplyDelete
  13. bagus dan sangat menarik selepas baca ulasan filem annihilation. Huda memang sangat minat dengan sci-fiksyen genre movie macam ni.. kena langgan netflix dulu ke baru boleh tengok cerita ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. tapi kalau nak free download pun boleh. hehe

      Delete
  14. I love stories like sci-fiction movies, Annihilation will suit me! Can't wait to watch this on netflix, the plot seems interesting! I'll really enjoy this! Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  15. natalie portman tu apa-apa watak semua dia masuk, paling best watak dia masa kecil sebagai heroin dah jatuh hati dengan seorang lelaki yang selamatkan dia adush tak ingat dah watak dia... kali ni I pun patut tengok cerita annihilation ni, lucky ada kat netflix, sat lagi nak layan la

    ReplyDelete
  16. Oh this looks like a really exciting movie to watch! Would add that into my bucket list!

    ReplyDelete
  17. Jalan cerita macam menarik dan buat kita tertarik nak tengok. Suka jugak tengok filem berkaitan sains fiksyen ni. Tapi tu lah, netflix pulak tak ada... hurmmm..

    ReplyDelete
  18. Is like ghost buster movie. I believe this movie is nice to watch and adventurous. The storyline attractive. Netflix has a lot of nice movies to watch.

    ReplyDelete
  19. Dengar-dengar juga pasal filem ni. Filem sains fiksyen biasanya best sebab saya memang suka pun movie yang adventurous macam ni. Kategori suka berfikir juga la..haha. Movie kalau terlampau ringan pengisiannya bosan juga ape..

    ReplyDelete
  20. Pandai Netflix buat duit kan.....

    Lebih suka cerita macam nie... janji dapat menhayatinya tanpa gangguan... baru dapat betul2 fahami ia.

    ReplyDelete
  21. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  22. kalau betul2 tengok tak paham cerita nih.. yang tahu tembak2 jer.. haha

    ReplyDelete
  23. Wah Annihilation nearly hit the full mark in your review, I think I will go and watch it because I memang suka filem misteri macam ini.

    ReplyDelete
  24. Terima kasih berkongsi ulasan. Filem begini la yang saya suka. Bagi berfikir. Sudah letak dalam watchlist.

    ReplyDelete
  25. saya dri Malaysia.. saya juga suka filem ini. antara yang terbagus awal permulaan 2018.. boleh baca review penuh saya di sini.... :)

    http://safelinku.net/AnnihilationMovieTerbaik2018

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top