9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga

23

9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga. Bila bercakap tentang menurunkan berat badan, kita sering tertanya-tanya selain bersenam makanan apakah yang boleh membakar lemak?

Sebenarnya kita memerlukan lemak dalam badan. Lemak memainkan peranan penting dalam melindungi organ, memanaskan badan, membantu pertumbuhan sel, dan memberi tenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Baca juga: REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu lemak berlebihan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung, obesiti, kencing manis, angin ahmar, dan tekanan darah tinggi.


Jadi, misi anda sekarang adalah untuk membakar lemak berlebihan. Terdapat beberapa makanan yang membakar lemak selain mengandungi nutrien yang membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama.

9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga

1. Oat - Kaya dengan fiber dan rendah kalori. Semangkuk oat setiap pagi sudah cukup untuk meningkatkan metabolisma dan mengekalkan rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.


2. Apple hijau - Mengandungi anti oksidan polyphenols yang mencegah badan dari menyimpan lemak berlebihan

3. Teh hijau - Mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Ia juga salah satu rahsia awet muda. Ingat, teh hijau asli tanpa campuran susu pekat!

Makanan Yang Membakar

4. Telur - Selain kaya dengan protein, Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin. Cara penyediaanya juga amat mudah, cuma elak dari menggunakan minyak.

Baca juga: Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

5. Blueberries - Banyak kajian menunjukkan buah blueberry anti oksidan dan anthocyanins yang menghalang badan dari menyimpan lemak.


6. Avocado - Ramai mempercayai yang avocado mampu membakar lemak degil yang terkumpul pada perut. Namun, pastikan anda mengambilnya dalam jumlah terkawal kerana ia juga mengandungi kalori.

7. Lada - Lada sangat efektif dalam meningkatkan metabolisma kerana mengandungi capsaicin. Campurkan lada dalam telur goreng/rebus yang anda makan setiap pagi.

8. Sweet potato - Ubi ini menghalang lemak dari terus berkembang dalam badan. Tambahan pula ia cukup enak. Potong, letak dalam baking tray, renjis dengan olive oil, taburkan serbuk paprika, panaskan dalam oven sekitar 25 minit.


9. Bayam - Antara sayur yang kaya dengan zat! Tinggi metabolism yang membantu mempercepat proses pembakaran lemak. Tidak seperti sayur lain, banyak kajian mencadangkan bayam direbus atau distim untuk membuang asid yang tidak diperlukan. Ingat, jangan rebus lebih dari 1 minit!

Entri sebelum ini - Cara Jual Barang di Shopee

Terima kasih kerana membaca 9 Makanan Yang Membakar Lemak dan Memberi Tenaga
Tags

Post a Comment

23Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Nk kurus mmg kena amalkan makanan cmni.. hihi.. tp mana x biasa mau muntah2 juga kalai hari2 makan ini kan

    ReplyDelete
  2. Nak bakar lemak.. haha~ tak mau lemak di badan..nanti gemuk.. hahahah~~

    ReplyDelete
  3. Wah best info ni. Sekarang sy pon tengah kurangkan Karbohidrat tapi lemah kekadang. Thanks for sharing. Nanti nak Cuba makan avocado.

    ReplyDelete
  4. semua makanan ni senang nak dapat.. cuma kena amalkan laaa... bagus untuk diet.. oat pon cepat kenyang kalau makan

    ReplyDelete
  5. Macam sesuai je entri ni dengan saya. Dengan keadaan perut yang semakin membesar ni saya kena la cuba makan makanan ini ya.

    Hopefully makin kempis la perut saya ni..haha 😂😂

    ReplyDelete
  6. Pernah try makan telur pagi, tghr malam..hahaha..cannot go lah... Perut jati melayi kot..ketaq lutut xdapat nasi😂😂😂😂

    ReplyDelete
  7. Thanks for info.Baru tau,avokado tu ada juga kalori..

    ReplyDelete
  8. Sekarang pun ambil oat hari-hari as sarapan. Kenyang lama juga oat ni. Sesuailah yang nak reduce weight

    ReplyDelete
  9. Bertuah la akak kalau boleh dengan disiplin ubah pemakanan tu ha..tukar pengambilan makanan..tapi belum cuba belum tau kan...kena cuba ni

    ReplyDelete
  10. Oat mmg kenyang kan kalo mkn..avokado pon best kalau buat minuman..sedap n mengeyangkan..kena simpan list ni nnt baju raya x muat..haha

    ReplyDelete
  11. Totally love all listed. I like to drink green tea and take oats for breakfast.

    ReplyDelete
  12. Kena makan semua ni la tengah plan nak diet haha green tea tu memang fav

    ReplyDelete
  13. Macam kita ni susah nak kontrol makan, bila nampak makanan sedap2, takan nk tgk jer...

    ReplyDelete
  14. Mmg makanan mcm ni sesuai utk penurunan berat badan. Dan kena pastikan xskip makan dan minum air lebih 3liter sehari baru berkesan

    ReplyDelete
  15. menarik..

    ada peluang.

    memang saya pun nak

    ReplyDelete
  16. tengok list makanan ni memotivasi diri untuk kelihatan lebih kurus satu ahri nantu huhu...

    ReplyDelete
  17. Tak suka oat, tp yg lain2 tu suka je. Especially epal hijau, telur dan blueberries

    ReplyDelete
  18. Good share. Infonya sangat bermanfaat apalagi dengan saya yang sedang diet. Makanan sehat memang penting ya untuk tubuh ya g sehat pula

    ReplyDelete
  19. Semua makanan ni yang selalu kita jumpa kan..tapi tak selalu kita makan..hehe..oat tu bagus tapi tu la..

    ReplyDelete
  20. Ada je oat kat rumah ni..barang2 sampaingan tu je kdg2 ada n tak ada..Tekan melayu sis ni mengada2 sangat..susah betul nak consisten amalkn pemakanan cam gini..nak nasi nasi nasiii je koje..hehehe

    ReplyDelete
  21. Sebab saya susah nak bersenam, harap makan makanan seperti dalam list ni boleh membantu..

    ReplyDelete
  22. Thanks for the information, eating the right food is very important to keep our body healthy.

    ReplyDelete
  23. Memang kena disiplin kuat kalau nak kurus. Lepas ni nak try juga makanan dalam list ni. Mungkin boleh kuruss.. Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top