Isnin, 2 April 2018

Cara Ke Genting Highlands dari KL

Cara Ke Genting Highlands dari KL | Dek kerana suhu di Malaysia yang panas sepanjang tahun, kunjungan ke lokasi dingin menjadi dambaan kita semua. Tidak perlu ke luar negara untuk merasai percutian di tempat sejuk, kerana anda boleh ke Genting Highland, Pahang. Genting Highland menawarkan segala apa yang anda mahukan kerana ia bukan sahaja mempunyai cuaca sejuk, tetapi memiliki sebuah taman tema bertaraf antarabangsa.

Genting Highlands menjadi lokasi tumpuan pelancong setiap hujung minggu. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai suhu sejuk serta bergembira di taman temanya.


Jarak Kuala Lumpur ke Genting Highland cuma 33 kilometer sahaja iaitu memakan masa sekita 45 minit ke 1 jam perjalanan. Dekat bukan? Tidak hairanlah mengapa warka kota sering memilih Tanah Tinggi Genting ini sebagai lokasi 'short vacation'.

Jika anda tinggal di KL dan bercadang untuk bercuti di Genting pada hujung minggu ini, you have come to the right place. Saya akan kongsikan cara untuk ke sana jika anda dari KL.

Cara Ke Genting Highlands dari KL


Roughly, terdapat TIGA cara untuk ke Genting Highlands iaitu:
  1. Kereta
  2. Bas
  3. Cable Car

Kereta


Jika dari KL, anda perlu menggunakan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang (E33). Kadar tol yang perlu anda bayar adalah sebanyak RM6. Pemanduan mengambil masa sekitar 1 jam sahaja bergantung pada keadaan trafik. Untuk mengelakkan kesesakan saya syorkan anda mulakan perjalanan pada awal pagi.


Naik kereta ke Genting Highland sebenarnya lebih seronok, lagi-lagi jika bersama rakan-rakan. Menghampiri tanah tinggi tersebut, anda terpaksa melalui jalan curam dan berliku. Berhati-hati jika ini kali pertama anda memandu ke sana.

Oh ya, menurut TripAdvisor, tambang Grab Car ke Genting adalah RM110.

Bas


Menaiki bas untuk ke Genting adalah pilihan yang ideal kerana tambang bas sangat murah dan fleksibel. Terdapat dua laluan iaitu dari mana-mana stesen bas ke Awana Sky atau terus ke Genting Highland.

[Baca] Senarai Taman Tema di Malaysia

Jika anda ingin menaiki kereta kabel, belilah tiket dari Kl ke Awana Sky.


Genting Express Bus Service beroperasi setiap hari dan anda juga tidak perlu menunggu lama kerana akan ada bas pada setia jam. Ia bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8 malam (hingga 9 malam pada Jumaat - Ahad).

Anda boleh menaiki bas ke Genting di beberapa hentian bas iaitu
  • One Utama Shopping Mall
  • Pudu Sentral
  • KL Sentral
  • Gombak LRT Station
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Harga tiket bas adalah sekitar RM5 hingga RM13 sehala bergantung kepada stesen.

Bas dari KLIA ke Genting
Nah, jika anda dari KLIA pula, jarak antara KLIA/KLIA2 ke Genting adalah 120 kilometer. Dari lapangan terbang, anda boleh menaiki pengangkutan awam, Aerobus.

Perjalanan mengambil masa 2 jam perjalanan dan tambang bas adalam RM35 sahaja.

Rujuk laman Bus Travel Station untuk maklumat lanjut.

Cable Car (Kereta kabel)


Transportasi dari bandar Kuala Lumpur ke Genting Highlands yang ketiga adalah dengan perkhidmatan cable car, Awana Skyway atau juga dikenali sebagai Genting Skyway.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu parking kereta di Awana Skyway atau memilih tiket bas ke Awana Skyway Bus Terminal jika menaiki bus.

Kadar parking kereta di Awana Skyway


Isnin - Jumaat : RM2.00 / sejam | maksimum RM12
Weekends / Public Holiday : RM3 / sejam | maksimum RM18


Anda akan memulakan perjalanan dari Awana Skyway terus ke hentiannya di pusat membeli-belah Sky Avenue. Perjalanan mengambil masa 10 minit sahaja, dan sepanjang perjalanan anda bakal dihidangkan dengan pemandangan hutan hujan tropika yang menghijau dan berkabus.

Harga tiket kereta kabel Awana Skyway


  • Standard - RM8
  • Express - RM40
  • Gondola berkaca - RM50

Memandangkan Kl to Genting's distance cuma 33 km sahaja, maka ramailah yang balik hari. Selain bergembira di taman tema, ada juga yang ambil peluang membeli-belah. Cara ke Genting Premium Outlet sama sahaja.

There you go, tiga cara ke Genting Highland dari KL. Tanah Tinggi Genting sering menjadi pilihan warga kota untuk shrt getaway pada hujung minggu dan cuti sekolah. Semoga artikel ini bermanfaat.

10 ulasan:

  1. woww.. nak bookmark entri ni.. hee.. memang teringin sangat nak pi genting highland ni lagi.. last pergi 10 tahun lepas.. fuh.. time tu.. biasa-biasa aje.. sekarang ni.. dha ada macam-macam.. teringin nak pi genting lagi.. hope ada rezeki.. thank you entri ni.. hehehe

    BalasPadam
  2. indeed a nice place to visit, I like the cool weather there. I haven't been up there for few years now, this new cable car too I haven't try yet. I wanna see it for myself and go but busy time now, soon school starts, perhaps plan it next year

    BalasPadam
  3. Kalau kinah dari hulu selangor cuma ikut jalan Batang Kali je. Lagi dekat ikut sini. Bagus ada entri macam ni, jadi panduan kepada bakal pengunjung untuk bercuti ke Genting Highland. Dengarnya banyak dah pembangunan kat atas tu. Tak berkesempatan lagi nak ke sana. Last pergi 2 tahun sudah hehe

    BalasPadam
  4. Wah! Very imformative! Terima kasih sudi kongsi. Teruja bila baca bab bas tu. Tak pernah terfikir ada kemudahan yang jimat dan pantas dkt genting..hehe ingatkan bas² tu rombongan team tp mmg ada servis bas hantar ambil org rupanya. Bagus².

    BalasPadam
  5. Kalau kak ana prefer naik kereta sebab dekat je dgn rumah. Dalam 40 minit mcm tu. Gondola berkaca tu wajib naik sebab best. Tak gayat pun sebenarnya.

    BalasPadam
  6. Kak pernah keratin genting naik bas dari KL lepas tu naik cable car, org mmg ramai hiker, kena bersabarlah..best jgk naik cable car utk ke genting.

    BalasPadam
  7. Bagus entry ni bagi info pada yang nak pertama kali ke genting highlands. Ingat dulu pernah ke genting naik bus dari gombak. Seronok sebenarnya tapi liez takut bila turun dari gentinh time malam.. rasa ngeri sangat

    BalasPadam
  8. Lama dha tak pergi Genting .Last pergi anak anak kecil lagi. Tak tahu bila nak pergi Dulu pergi Genting naik kereta je .tak peenah merasa lagi naik cable. Teringin juga tapi memandang gayat terus cancel niat tu .Hahaha

    BalasPadam
  9. Lucky that Genting is near to KL. We always drive there saja haha. Sometimes we take cable car too it's nice for the view there. Bus we seldom take la

    BalasPadam
  10. Genting is like my second home but driving there is quite tiring but nevertheless i love your blog, giving me alternatives apart of driving there.

    BalasPadam