Fakta Menarik Avengers Infinity War

25

Fakta Menarik Avengers Infinity War


Fakta Menarik Avengers Infinity War. Dalam hanya beberapa hari lagi, filem yang paling dinanti-nantikan 2018 bakal ditayangkan. Filem arahan Anthony dan Joe Russo ini dijangka akan menjadi antara filem paling laris di dunia.

Ini kerana asas yang dibina selama 10 tahun yang bermula dengan Iron Man (2008) dan dalam tempoh itu sebanyak 18 buah filem telah dihasilkan. Kesemuanya menuju ke arah Infinity War.

Baca juga: Senarai Filem menarik 2018

Apa yang yang membuatkan penggemar filem tidak sabar untuk menonton Infinity War adalah kerana hampir kesemua watak superhero dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) digabungkan dalam satu filem.


Secara peribadi yang hanya ingin melihat Peter Quill kembali ke bumi dan reaksinya terhadap current music & pop culture memandangkan beliau sangat gemar akan muzik. Dalam masa sama saya turut menantikan kemunculan Captain Marvel walaupun peluang untuk melihat watak itu membuat cameo adalah tipis.

Sinopsis
Pasukan Avengers bergabung untuk menentang Thanos yang kini dalam misi mengumpul semua enam biji Inifinity Stones yang ingin menggunakannya untuk memusnahkan galaksi. Nasib planet dan galaksi kini bergantung kepada Avengers.

Pengarah Anthony dan Joe Russo
Pelakon: Robert Downey Jr, Chris Evans, Mark Ruffalo, Josh Brolin, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Chris Pratt, Benedict Cumberbatch, Tom Holland... omg everyone in the MCU!
Durasi: 2 jam 40 minit

Fakta Menarik Avengers Infinity War

- Marvel Studios dan Disney cukup berahsia sepanjang penghasilan Infinity War sehinggakan barisan pelakon sendiri tidak mengetahui plot filem. Mereka hanya diberikan skrip melibatkan babak mereka sahaja.

- Kebiasaanya sebelum menemubual pelakon dan pengarah, para wartawan dibenarkan menonton filem supaya mudah bagi mereka mengajukan soalan. Tapi bagi filem ini mereka hanya diberi peluang untuk menonton 20 minit daripada Infinity War bagi mengelak plot dikongsikan di media sosial.

- Setiap pelakon tidak dibenarkan bercerita lebih lanjut akan jalan cerita Infinity War selain daripada "gabungan superhero bersatu menentang Thanos."


- Adik-beradik Russo memberitahu ini merupakan perancangan Marvel Studios untuk masa 10 tahun. Infinity bakal menjadi pengakhiran kepada karakter tertentu, dan permulaan kepada kisah yang baharu. 

- Chris Evans memberi bayangan Infinity War dan Avengers yang akan datang mungkin merupakan penampilan terakhir beliau sebagai Captain America kerana beliau masih belum menyambung kontraknya.

- Infinity Gauntlet buat pertama kalinya muncul dalam Thor (2011) di mana ia tersimpan di dalam bilik kebal Odin. Namun, berpandukan Thor: Ragnarok (2017), itu adalah gauntlet palsu. 

Infinity Gauntlet dalam Thor (2011)
- Trailer pertama Infinity War mendapat sebanyak 200 juta tontonan dalam masa sehari. Ini menjadikannya sebagai trailer filem yang mendapat jumlah tontonan terbanyak dalam masa satu hari.

- Marvel Studios mengesahkan Avengers kali ini bakal mempunyai dua bahagian. Tetapi kedua-duanya tidak dipecahkan seperti bahagian terakhir francais Harry Potter, The Hunger Games atau Twilight. Tajuk Avengers 4 masih belum diputuskan.

Baca juga: Ulasan Stranger Things Season 2

- Filem ini menjalani penggambaran di New York, Georgia (USA) Durham Cathedral (UK), dan Scotland.

- Ini merupakan filem yang ke-19 dalam francais MCU.

Fakta Menarik Avengers Infinity War

- Bakal menjadi filem berdurasi paling panjang dalam sejarah MCU dengan 2 jam 40 minit.

- Infinity War menampilkan dua pemenang anugerah Oscar iaitu Gwyneth Paltrow dan Benicio Del Toro selain lapan bekas calon Oscar iaitu Bradley Cooper, Robert Downey Jr, Mark Ruffalo, Benedict Cumberbatch, Jeremy Renner, Angela Bassett, Don Cheadle, dan Josh Brolin.

- Ini merupakan filem pertama dalam MCU yang secara keseluruhannya dirakam menggunakan kamera IMAX (70mm). Penonton dapat menonton filem ini dengan skala lebih besar.


- Adik beradik Russo mengesahkan kira-kira 67 karakter bakal tampil dalam Avengers kali ini. 

- Sut Spiderman, Iron Man, dan War Machine dirakam menggunakan motion capture.

- Bajet keseluruhan Infinity War berjumlah kira-kira $400 juta.
sumber: IMDb

Entri sebelum ini - Beli Topup Prepaid Online di Lazada

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Avengers Infinity War

Post a Comment

25Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Best cete avenger infinite war

    ReplyDelete
  2. Pandai betul dia buat marketing eh..jadi penonton kena menonton cerita ni untuk tahu cerita sebenar.jadi barulah syokkan..

    ReplyDelete
  3. Anak -anak peminat tegar avengers ni. Mak nya nak tak nak automatik terjadi suka gak. Karektor derang semua best best!

    ReplyDelete
  4. wah sekarang dah ada logo avenger dekat TM hahahah harini kan tayangan pawagam nya kan ?... nak tengok avenger tapi tak pasti la nak ke panggung wayang ke tak ... tak mungkin nak bawa anak-anak nanti mengganggu orang lain hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. good thinking. kalau anak2 masih belum behave, elok tengok kat rumah je. kesian penonton lain beli tiket. hehe!

      Delete
  5. Dari awal keluar film avengers aku selalu memiliki dvd nya :D
    Soalnya emang doyan nonton avengers. Sampe sekarang malah kolkesi figurnya.

    ReplyDelete
  6. last weekend tgk rampage. actually nak tgk citer ni tau, Nik :)
    baru tau yg lom kuar. itu yg terus layan rampage. sib baik tak mengecewakan.
    this weekend wajib layan avengers!!! memang folo citer ni.
    hingga tiap watak tu, anak-anak aida dah tau dah.

    ReplyDelete
  7. Hari ni SA nak pergi tengok cerita ni...hehehe..harap- harap tidak mengecewakan..jom nik kita tengok..hehhe..fyi info ticket sold out..x tau cane cik abg SA dapat beli tiket...tak sabarnya nak tunggu habis kerja...tak sabar nak tengok watak-watak Avengers

    ReplyDelete
  8. Watak perempuan yang ada sesungut tu apa ye? Nampak pelik pulak. Tak berapa minat sangat movie superheroes ni. Tunggu sehingga ada tayangan kat Astro je baru menonton. Jarang juga menonton di panggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu Mantis. dari Guardians Of The Galaxy vol 2

      Delete
  9. Thanks atas perkongsian. Baru tahu cerita ni banyak rahsia. Sampaikan pelakon pon tak boleh cerita lebih lanjut. Tak sabar nak tengok cerita Avengers. Anak bujang dah tanya dah sebab dia suka cerita ni.

    ReplyDelete
  10. 300 juta, movie almost 3 hours; memang berbaloi! kami nak pi beli tiket asyik sold out ja! nantilah~ tunggu dah last2 sikit, kami MESTI pi tengok!

    ReplyDelete
  11. Even saya ni bukanlah penggemar sangat filem aksi tapi saya suka movie Avengers ni. Hehehehe. Terima kasih atas perkongsian ni. :)

    ReplyDelete
  12. Wah... ntar film ini pasti booming deh. Banyak sudah penggemar film yang menunggu tayangan perdana film ini. Selamat menantikan ya

    ReplyDelete
  13. belum tertarik untuk melihat cerita begini..

    mungkin belum ada feel lagi kot

    ReplyDelete
  14. Avengers ni memang sangat dinanti apatah lagi ianya di barisi pelakon2 yang hebat. Cerita adiwira yg memang cukup popular - terutama aksi3 yg sangat dinantikan

    ReplyDelete
  15. Wahh tak sabar nak tengok siri terbaru yg tgh tayang ni. Memang priduk Marvel antara yang selalu sy tengok sbb jarang sekali mengecewakan. Lakonan pun semua mantap-mantap. Iyalah pelakon pun bukan calang-calang!

    ReplyDelete
  16. MCU memang licik untuk menghasilkan filem, demi kepuasan penonton penting untuk menjaga rahsia supaya tiada spoiler yang akan menghilangkan mood penonton

    ReplyDelete
  17. tak sanggup nak tengok all the fakta or sipnosis.... nak bagi surprise kat sendiri.. hehehhe

    ReplyDelete
  18. Bila baca semua info ni lagi rasa tak sabar nak tengok sendiri Avengers Infinity War ni. Rasa mesti filem ni terbaik dan memberi kepuasan.

    ReplyDelete
  19. Mesti peminat Avengers tak sabar nak tengok avengers Infinity War ni. Banyak elemen suprise ye.

    ReplyDelete
  20. Kita mesti tak paham cerita ni sebab byk lagi cerita2 yang sebelum2 ni tak tengok.kalau tengok berhuhu je lah

    ReplyDelete
  21. nak buat filem ni pun dah lama hehe..mesti byk perkara yang rare

    ReplyDelete
  22. kita tonton 2 kali filem ni kat pawagam. btw kita memang peminat filem marvel

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top