Fakta Menarik A Quiet Place

21
Fakta Menarik A Quiet Place

Fakta Menarik A Quiet Place. Filem Hollywod yang paling mendapat perhatian pada waktu ini adalah A Quiet Place. Filem bertemakan 'post apocalypse/dystopian' ini sekali lagi tertumpu kepada sebuah keluarga yang berusaha untuk meneruskan hidup dalam dunia yang penuh bahaya.

Bunyinya seperti sesuatu yang pernah kita tonton sebelum ini, tetapi selaku pengarah dan penulis lakon layar, John Krasinski bijak mengolah idea itu dan menjadikan A Quiet Place filem yang lain dari yang lain.

Sinopsis
Mengisahkan sebuah keluarga yang kini hidup pada zaman bahaya di mana kehidupan manusia diburu oleh makhluk misteri yang tertarik kepada bunyi. Kehidupan mereka hanya bergantung kepada bahasa isyarat, kerana sebarang bunyi yang dihasilkan bakal mengancam nyawa mereka. 


Filem ini mendapat perhatian kerana ia memberi pengalaman berbeza kepada penonton tatkala menontonnya. Mana tidaknya, filem ini hampir tidak mempunyai dialog. Sunyi, hinggakan penonton nak kunyah popcorn pun risau sekiranya didengari orang sebelah di dalam panggung wayang. 

Fakta menarik filem A Quiet Place

- John Krasinski dan Emily Blunt merupakan pasangan suami isteri sebenar dan pertama kali bergandingan bersama dalam sebuah filem. Mereka pernah muncu dalam The Muppets (2011) tetapi tidak mempunyai babak yang sama.

- Pelakon kanak-kanak, Millicent Simmonds, bisu di luar filem. Simmonds tidak boleh bercakap sejak beliau masih bayi lagi.


- Skrip asal yang ditulis oleh Bryan Woods dan Scott Beck hanya mempunyai satu baris dialog sahaja.

- Bajet filem ini hanya berjumlah $17USD juta. 

- Krasinski turut memainkan peranan sebagai akhluk misteri menggunakan teknik 'motion capture' selama beberapa saat.

- Pihak produksi membeli benih jagung dan mengupah petani untuk menanamnya supaya ladang jagung kelihatan realistik.

Fakta Menarik A Quiet Place

- Scott Beck dan Bryan Woods mendedahkan Paramount Pictures pada awalnya bercadang menjadikan A Quiet Place sebagai sekuel kepada francais Cloverfield.

- Pada awalnya Blunt mencadangkan salah seorang rakan aktornya memainkan watak Evelyn. Namun selepas selesai membaca skrip, beliau memujuk suaminya supaya dia dapat berlakon dalam filem ini.

- Ini merupakan filem ketiga arahan Krasinski. Kransinski sebelum ini terkenal dengan siri komedi The Office dan merupakan salah seorang penerbit Manchester By The Sea (2016).


- Biarpun setiap karakter mempunyai nama, namun ia tidak pernah disebut sepanjang filem. Kecuali nama anak lelaki mereka, Beau. 

Entri sebelum ini - Sports Hijab by NURD Tudung Untuk Bersukan

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik A Quiet Place

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Menarik nya cerita ni sebab hanya guna isyarat saja. Mesti suspen je setiap masa kan. Nak tengok juga lah nanti.

    ReplyDelete
  2. Tengok review kat sini pun akak tau citer ni best...mesti dramatic campur terkejut2 dan bermain emosi gak kan...nak tgok la nanti

    ReplyDelete
  3. Banyak review orang cakap movie ni best.dari last week plan nak pergi tengok tak sempat lagi

    ReplyDelete
  4. I've heard so much good reviews on this film, can't wait to watch it for myself. I think I'll enjoy it very much.

    ReplyDelete
  5. Yesss.. onie suka filem yang macam ni. Penuh suspen dan tertanya. Masih belum berkesempatan utk tgk cerita ni lagi.sobb

    ReplyDelete
  6. Teringin nak tengok filem ni. Genre sebegini selalunya dihiasi muzik latar yang mendebarkan.
    Adakah filem ini turut tidak mempunyai muzik latar?

    ReplyDelete
  7. Yes, dah tgk rabu lepas..walapun takde dialog sgt, tapi tetap mendebarkan..tapi ending dia tetiap je kan, lepas dapat jalan solusi..patut hapuskan dulu 2 ekor yg tinggal tu..hehe

    ReplyDelete
  8. saspen juga kalau cerita hampir tiada dialog..

    berlakon menggunakan ekspresi muka

    ReplyDelete
  9. Wahhh menarik jalan cerita movie nie. Nak jugak lah tonton movie nie. Hihi

    ReplyDelete
  10. Wahh... bagusnya keluarkan fakta macam ni. Kadang-kadang selalu terlepas pandang kan. Padahal menarik juga! Dah tengok ke cerita ni? Berapa bintang ya?

    ReplyDelete
  11. Read so much good review about this movie.. for sure I wanna go watch this.... Tak sabar wei...

    ReplyDelete
  12. Baca juga kwn share psl movie ni.. Saspen juga.. Ingt nk pi tgk minggu ni

    ReplyDelete
  13. Rasanya ramai member syorkan suruh tgk citer ni. Seram dan suspen. Kira jantung pun blh berdengup kencang tang bila suspen tu dtg. Byw tq for the review suka sy membacanya

    ReplyDelete
  14. wah.. review ni buat TB rasa nak tengok filem ni.. TB suka jalan cerita yang macam ni.. mesti banyak part suspen kan

    ReplyDelete
  15. this makes me wanting to see this movie even more..i will probably get a ticket next week to watch it...i am scared to watch it alone...but i know i can do this!

    ReplyDelete
  16. Ramai cakap filem nih best. Tak sabar nak tengok. Bajet pun tak banyak ye filem nih tak macam filem hollywood lain akan guna bajet yang tinggi. Satu satunya filem yang berbeza dari filem hollywood yang ada

    ReplyDelete
  17. Saya tak tengom lagi, tapi kenkawan cakap filem ni lagi seram dari Dukun.

    Ni terasa nak tengok ni. Tapi tak tahu bila..huhu

    ReplyDelete
  18. Wow, satu filem horror yang penuh dengan saspen. Bila yg filem horror mesti a de terpilih terlolong sampai cam dah lali. So, boleh pergi tengok

    ReplyDelete
  19. Boleh minta suami cari cerita ni tengok sama-sama. Macam best je. Thanks sharing

    ReplyDelete
  20. The storyline seem a bit scary as you need to safe each of your family member been hurted. I scare to watch scary movie.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top