Filem DUKUN Akhirnya Ditayangkan pada 5 April 2018

24

Filem DUKUN Akhirnya Ditayangkan pada 5 April 2018. Selepas 12 tahun disimpan, filem DUKUN yang dibekukan, akhirnya akan ditayangkan dipawagam mulai 5 April ini.

Filem yang diterajui Datin Paduka Umi Aida ini sepatutnya menemui penonton pada 2006 lagi, tetapi berdepan masalah kerana diinspirasikan dari kisah benar. Selain itu filem arahan Dain Said ini mempunyai babak ganas dan menyentuk sensitiviti pihak tertentu.

Dukun dinspirasikan dari kisah kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris oleh Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam. Siapa boleh lupa bagaimana hangatnya isu ini suatu ketika dahulu kerana Datuk Mazlan Idris dibunuh dengan kejam.


Oleh kerana itulah Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengharamkan filem ini kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Filem DUKUN Akhirnya Ditayangkan pada 5 April 2018

Penat menanti sejak 2006, akhirnya Dukun berjaya juga dipertontonkan kepada umum. Penonton pada hari ini sudah berfikiran terbuka dan bijak menilai. Apatah lagi filem in dibarisi pelakon berbakat tanah air seperti Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat, Elyana.

Melihat kepada kandungan filem ini, Dukun diklasifikasikan sebagai PG13 iaitu penonton di bawah umur 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan dari ibu bapa.


As I recall, trailer filem ini sudah lama berada di Youtube dan melihat komen-komen yang ditinggalkan, ia mendapat respon positif dari peminat filem tempatan.

Malah beberapa minggu lalu, Dukun, dibocorkan diinternet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Video itu kemudia disebarkan dilaman-laman muat turun filem tempatan dan di media sosial.

"Bad Marketing Is Good Marketing" 

Filem yang kononnya "leaked online" sudah tidak boleh dipercayai. Apatah lagi yang tertiris itu tidak mempunyai penamat. Something fishy right there right?

Bukan menuduh. Tapi berpandukan trend sekarang di mana kontroversi dijadikan alat untuk melariskan produk. Pemilik syarikat sendiri yang mencipta imej buruk supaya nama syarikat atau produk mereka menjadi tajuk perbualan di media sosial.  Strategi pemasaran sebegini sudah dapat dihidu. "Bad marketing is good marketing."

Apatah lagi tular beberapa hari lepas di mana video kelibat perempuan berkebaya merah di laluan gelap juga merupakan salah satu strategi marketing filem Dukun.

Trailer rasmi filem Dukun 


I haven't seen Malay movies/drama in yeaarrrsss. Don't judge me. But I'm eager to watch this one. Let's just hope that the film is worth the hype.

Terima kasih kerana membaca - Filem DUKUN Akhirnya Ditayangkan pada 5 April 2018
Tags

Post a Comment

24Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. saya peminat filem seram.. hee~ tapi selalu frust sebab seramnya tak seberapa.. harap2 kali ni berbaloi.. tu jek..

    ReplyDelete
  2. rasanya filem ni dah decided nak tayang lama dah kan? baru sekarang boleh tayang

    ReplyDelete
  3. Rasa macam nak tengok..rasa takut nak tengok..hati berbelah bahagi la..sblom ni filem ni dapat tentangan hebat dari keluarga Mona Fendy kan..harap citer ni meletop la seperti yang diharapkan

    ReplyDelete
  4. Harap seronok la cerita ni sebab macam2 kontroversi ada
    Airah penakut juga tengok cerita seram tapi still nak tengok juga

    ReplyDelete
  5. Ingatkan filem ni akan dibekukan terus. Seingat ai, last year cerita ni dah keluar di internet. Filem ni dah diubah atau masih sama?

    ReplyDelete
  6. Mommy siap tengok video kat utube tu sampai habis.. dulu just tahu nama sahaja. Apa kesalahan dia tahu. Ohhh sekarang baru tahu..thanks sharing

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak tengok cerita ni. So gadis berkebaya merah tu gimik cerita ni la kan. Del pun ada buat post pasal DUKUN. hope Cik boleh singgah blog saya juga nanti.

    ReplyDelete
  8. Akhirnya.. Sblum ni tgk triller je.. Skrg dh ditayangkan.. Bolehlah tgok.... Sy mmg peminat cerita seram.. Tak sbr nk tgok DUKUN...

    ReplyDelete
  9. ni ke video yang orang duk share tu jumpa perempuan pakai baju kebaya memalam. seram kot video tu rupanya trailer. gempaklah! nanti kena tengok ni mesti best.

    ReplyDelete
  10. Mesti seram sgt ni sampai dibekukan. Alhamdulillah dah boleh masuk wayang. Lepas ni boleh tgk berdua...hihi

    ReplyDelete
  11. Dah tengok yg streaming hari tu..mmg frust cite x abes tgk..cerita x seram mana pon tp sebab arwah mona fendy rasa teruja nak tengok cerita ni..hihi

    ReplyDelete
  12. looks like it's a great movie.. takutnya.. nampak seram sangat..
    hmmm..

    ReplyDelete
  13. Memang ramai cakap tgk trailer pun seram tapi saya tak sanggup tgk sebab spesis penakut nauzubillah..tak sanggup

    ReplyDelete
  14. 12 tahun tu kena gam dan akhirnya 2018 boleh release. Marketing dia pun sempoi je. Viral last week kan red kebaya ni.

    ReplyDelete
  15. Yeay.. Tak sabar nak nonton. Harap-harap kerlas ceritanya nanti.. Baper hari je lagi

    ReplyDelete
  16. Ramai lah lepas ni yang terimbau kembali sejarah hitam negara apabila tonton filem ini. orang kata tak seram tapi cuma menggerunkan jer ada adegan potong memotong..

    ReplyDelete
  17. Pelik sebenarnya macam mana filem yang kena ban ni boleh keluar secara tiba-tiba. Erm

    ReplyDelete
  18. cerita ni legend sebenarnya. tak sabar nak tengok sendiri cerita ni di pawagam yang berhampiran...esp apabila kak umie aida yang lead

    ReplyDelete
  19. Alamak..kita tak berani la nk tngok cerita2 mcm ni..tmbah2 ada anak2 kecik ni..tpi cerita based on true story mcm ni mmg best tapi errr scary kot

    ReplyDelete
  20. Fuhhh lamanya diperap... Mesti citer ni seram gila.. Skang ni keluarga dah boleh terima ke filem ni ditayangkan? Baik hati pulak dah bagi kebenaran ye.

    ReplyDelete
  21. saya sedaya upaya untuk mengelak cerita seram..

    feel lebih kepada cerita komedi

    ReplyDelete
  22. nak tengok trailer tapi tak berani hahahaha. adoi dah pagi dah ni tapi still tak berani huhu. well mcm serammm je ceirta ni

    ReplyDelete
  23. dah tengok filem ini. so nak bagi 3 bintang je hahaha

    ReplyDelete
  24. Ye, bad marketing is still a marketing. Dan rasanya the trick worked! 6mil in just a week

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top