Ahad, 29 April 2018

Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie, Spesifikasi Menarik


Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie dan Spesifikasi Menarik. Memfokuskan kamera selfie bukanlah sesuatu yang asing lagi buat Oppo. Syarikat yang berpengkalan di China ini meneruskan penambah baikkan kamera hadapan menerusi telefon pintar terbaharu mereka iaitu Oppo F7.

Bila kita mendengar khabar yang Oppo melancarkan peranti terbaru, kita akan terfikir.. SELFIE! Ketika mereka masih mengekalkan tradisi sebagai antara peneraju telefon pintar yang memiliki kamera hadapan berkualiti, Oppo F7 menawarkan lebih daripada itu. Biarpun ia hanya peranti kelas pertengahan.

Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie dan Spesifikasi Menarik

Skrin

Oppo F7 hadir dengan skrin 6.23 inci dengan nisbah 19:9 yang dipanggi 'Super Full Screen', paparan HD, menyebabkan bezel semakin nipis. Untuk mencapai paparan penuh ini, mereka terpaksa menyertakan rekaan bertakuk (notch) untuk meletakkan kamera, sensor, dan alat dengar telinga.

 Maka, rupa peranti ini tidak ubah seperti iPhone X.

Design

Bercakap soal rupa, F7 hadir dengan rekaan terkini yang lebih menarik dari model sebelum ini iaitu F5. Bahagian belakan peranti ini mempunyai sentuhan glossy. Namun jika anda lihat dengan lebih dekat, ia mempunyai corak halus yang melahirkan warna berbeza setiap kali anda menggerakkan telefon.


Bahagian belakang ini diperbuat daripada plastik. Tetapi peranti ini tampak premium berbanding peranti kelas pertengahan sama ada dalam keluarga Oppo atau jenama lain dipasaran.

Baca juga: Oppo F5 Ini Antara yang Menarik

Pemprosesan

Salah satu usaha Oppo untuk menjadikan telefon ini sesuai untuk semua pengguna adalah memadankannya dengan cip pemprosesan yang baik. Oppo F7 hadir dengan cip MediaTek Helio P60. P60 yang baru ini grafik Mali-G72 MP3 yang bakal menawan hati peminat permainan video.

Baca juga: Punca Data Internet Cepat Habis

Cip ini dipadankan dengan memori 4GB/6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Jika itu masih belum cukup, peranti ini membenarkan anda menggunaka skad MicroSD tambahan sehingga 265GB.

Oppo F7 menggunakan Android Oreo 8.1dan dipadankan dengan ColorOS 5.0. Antara muka atau UI (User Interference) baru ini tidak banyak bezanya engan versi sebelumnya cuma ia lebih kemas dan sekali lagi kelihatan seperti iPhone.

Kamera

Okay, mari kita lihat Oppo F7 ini yang dicanang menawarkan 25MP untuk kamera selfie. Kamera hadapan dipadankan dengan aperture f/2.0. Seperti yang dijangkakan, ia turut hadir dengan  AI Beauty Technology 2.0 yang mempunyai algoritma baharu yang boleh merakam selfie yang cantik.

Bukan itu sahaja, ia turut mampu mencantikkan wajah berkumpulan. Ini bermaksud sewaktu mengambil gambar selfie berkumpulan, kamera akan mencantikkan wajah berasaskan jantina.

gambar kamera oppo f7
Courtesy of GadgetMatch
Kamera belakang juga tidak kurang hebatnya. 16MP dan berkeupayaan mengenal pasti 16 objek/persekitaran dan mengoptimasikan mod rakaman khusus untuknya.

Spesifikasi penuh Oppo F7

 Harga Oppo F7 di Malaysia

Oppo F7 di Malaysia bermula RM1399 (4GB+64GB), dan RM1699 (6GB+128GB). Jika anda berminat boleh dapatkannya di sini >> https://goo.gl/TMpC9c

Jika anda mahukan selfie berkualiti? Maka Oppo F7 berbaloi dimiliki. Terutama para gadis yang gemar merakam selfie dan mahukan setiap gambar yang diambil nampak sempurna. Tambahan pula, harganya juga boleh dikatakan mampu milik. Cuma RM1399 sahaja.

Entry sebelum ini - Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung

21 ulasan:

  1. fuh 25mp...kalah lens dslr...ni kutil2 halus leh nampak haha

    BalasPadam
  2. wah
    ada duit lebih nanti nak beli lah satu
    lawa camera dia

    BalasPadam
  3. Esok tu masuk msia terus teman bff gi beli hp ni. Mmg cantik oiiii. Merah pilihan dia perghh solid cantik... Tengah sabar je time testing.

    BalasPadam
  4. Guna handphone yang lama ajer. Ada je yang akan bertukar handphone baru jika baru je kat pasaran. Ada function beauty tu buat muka nampak flawless. Kalau diberi pilihan, saya pilih phone Oppo F7 Merah. Menyerlah warnanya.

    BalasPadam
  5. Beauty until level 6 ?? That sound interesting to those that love selfie. The resolution is good and the design of the phone is elegance. I like the red color. Look unique

    BalasPadam
  6. Blogger and photographer mesti suka habis dengan camera dia. Cun habis. Lagi satu boleh fokus golongan muda yang memang suka selfie. Kalau tak jumpa phone lagi memang dah survey Oppo ni

    BalasPadam
  7. Sekarang ana memang guna Oppo. Terpikat sebab kamera dia. Memang cantik gambar dari kamera Oppo ni. Yang latest edition lagi wow. Design macam iphone je. Suka sangat. Paling best harga dia murah je. Tengah menabung kot2 sempat sambar sebelum raya ni. Hehe

    BalasPadam
  8. Menarik juga oppo ni ya. Sekarang ni kalu beli phone mmg cari yg feature kamera bagus. Sejenis yg suka merakam gambar sebenarnya ☺️

    BalasPadam
  9. Cantiknya Oppp F7 ni. Idamam mereka yang gemar mengabadikan gambar di insta, facebook mahupun blog. Siapalah yang sudi nak surprise gift kat sis ye. Hahaha.

    BalasPadam
  10. First memang hargaa dia sangat berbaloi dan mampu milik.. Dah letak dalam list.. Harap dapat pakai sebelum raya hihi

    BalasPadam
  11. Buat masa sekarang hanya mampu tengok aje. Pakai je lah phone yang ada sekarang ni. Tapi kalau ada yang nak memberi luas tapak tangan sis tadahkan..hehehe, Memang idaman Oppo ni...:D

    BalasPadam
  12. Wahh standard dengan dslr dh mp dia. Ika suka. Dpt satu on birthday best ni.

    BalasPadam
  13. Saya pengguna Oppo F1 sebelum ni. Dah rasanya mahu bertukar ke Oppo juga tapi tak tahu yang mana satu. F7 ni best juga spec dia kan. Yang penting camera tu.

    BalasPadam
  14. Wow sungguh hp terbaru keluaran oppo nie ya. Serba serbi mirip iphone X. Harga bawah 2k okaylah tu. Sangat berbaloi !

    BalasPadam
  15. wah... keren nih Oppo F7 Tawar 25MP Kamera Selfie buat yang demen banget selfian dengan Spesifikasi yang Menarik. ini paing ditunggu bagi mereka yang hoby foto foto.

    BalasPadam
  16. perghhh.. 25 megapixel tu. tak tahu lah hasil snap gambar macam mana kan.. mesti cun sangat-sangat kan.. rekabentuk pun nampak ok.. harga pun ok.. huh.. boleh masuk list ni. heee

    BalasPadam
  17. kakak ainy suka sangat dengan brand oppo ni. katanya kanera cantik. tapi memang betul pun kamera oppo serius cantik - tak kiralah kamera depan ke belakang dua2 pun menghasilkan gambar yang cantik.

    BalasPadam
  18. Design oppo baru ni memang cantik dan classy.tengok camera dia pun lawa.camera oppo memang lawa la semua model kan

    BalasPadam
  19. Hahaha hari tu akak cuba kamera kawan akak Oppo F7 merah. Akak cuba selfie kamera dia. Flawless habis. Macam orang korea tau. Putihnya, tidak liang roma. Hahaha. Segan nak post kat social media, kena kecam lawa sangat nanti. AI tu memang bagus lah. Pastu cuba tak sticker yang neelofa guna tu. Swagg! Tak perlu guna snapchat, instagram dan fb pun. Henfon tu dah sedia ada dah fungsi tu. ehehe

    BalasPadam
  20. This smartphone memang best for selfie, semua gambar ok and cun. I am going to check out the phone soon.

    BalasPadam
  21. My DSLR for sure will be kept at home like museum... Life is getting ready and so convenient. With 25mp lense, for sure there result will be great and not much editing needed. I can imagine how my life can be so easy after having this. Oh my... Wanna go check out this very soon...

    BalasPadam