Rabu, 25 April 2018

REVIEW Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask


REVIEW  Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask. Mask ini cukup popular dalam kelompok produk dari Korea (KBeauty). Kalau anda semak mana-mana online beauty store, produk ini sentiasa dikategorikan sebagai antara yang terlaris.

Bahkan kalau baca review pun, rata-ratanya positif. Secara amnya, mask ini berfungsi untuk membersih dan mengecilkan pori. Memandangkan saya sendiri ada masalah pori di mana ia membuatkan muka cepat berminyak dan saya mudah terpengaruh, so I bought that Innisfree Volcanic Pore Clay Mask couple months ago.

So here is my review.
Innisfree Volcanic Pore Clay Mask
100ml
Brand: Innisfree
Skin type: Combination
Korea

What it claims?
Menyegar, membersih, menjaga & mengecilkan pori, mencerah, merawat jerawat, memulihkan warna kulit.


Kandungan

Water, Butylene Glycol, Silica, Caprylic/Capric Triglyceride, Trehalose, Volcanic Ash(Jeju Volcanic Cluster), Cetearyl Alcohol, Stearic Acid, Glyceryl Stearate, Bentonite, Zinc Oxide (Ci 77947), Polysorbate 60, Camellia Sinensis Leaf Extract, Citrus Unshiu Peel Extract, Opuntia Coccinellifera Fruit Extract, Orchid Extract, Camellia Japonica Leaf Extract, Cryptomeria Japonica Leaf Extract, Bambusa Vulgaris Extract, Theobroma Cacao (Cocoa) Extract, Kaolin, Polyvinyl Alcohol, Hydrogenated Vegetable Oil, PVP, Dextrin, PEG-100 Stearate, Sorbitan Stearate, Cellulose Gum, Xanthan Gum, Lactic Acid, Tetrasodium Pyrophosphate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Phenoxyethanol, Iron Oxide (Ci 77491).

Cara penggunaan

Selepas mencuci dan toner, sapu pada wajah dengan rata. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Just nice okay? Biarkan ia kering selama 10-15 minit kemudian bilas.

How often to use?


Guna sekali atau dua kali seminggu sahaja.

**Extra note, pastikan anda ikut jangka masa yang tertera pada kotak. Pakai mask dengan lama TIDAK bermaksud kulit akan jadi lebih bersih! Nanti saya akan kongsikan cara pakai facial mask dengan betul dalam entri akan datang.

REVIEW Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask



Kalau tengok pada kandungan mask ini, ia dihasilkan dari tanah liat yang selama ini memang popular dengan kebolehannya dalam merawat wajah.

Ia bukan tanah liat biasa, tetapi volcanic clay dari Pulau Jeju, Korea. Tanah liat ini juga tersenarai antaran 10 kandungan utama mask ini. Malah teksturnya juga lembut like pure clay, jika dilihat dengan lebih dekat anda boleh nampak volcanic ash tu.

Baca juga: Antara Tempat Menarik di Jeju, Korea

Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask hadir dalam kotak kadbod dan diletakkan dalam bekas plastik tahan lasak. Bekasnya agak kecil dari apa yang saya jangkakan tetapi dengan berat 100g tu sebenarnya agak banyak.


Result 

Melihat kepada fungsi mask ini iaitu membersih dan mengecilkan pori dan ia sememangnya berkesan! Ia menarik semua kotoran termasuk minyak berlebihan dari pori. Sementara tunggu mask ni kering kita dah boleh nampak bintik-bintik kecil yang menandakan ia menarik kotoran dari pori (I am not exaggerating!)

Kulit muka jadi lembut right away dan dalam masa beberapa minggu boleh nampak yang whitehead dan blackhead tu semakin berkurang. It claims to brighten your face tapi sama seperti Skin Food Black Sugar Mask, kesan pencerahan tu hanya selepas dibilas sahaja.


The smell

Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask hampir tidak mempunyai bau melainkan bau straight up clay! Which is good, sebab saya selalu fikir skincare yang ada fragrance ni mengandungi chemical berlebihan. Lol! Lagi satu, mask ni sangat thick. Kalau container tu tunggang terbalik pun tidak tertumpah langsung.

Cons:

- Tidak mencerahkan kulit like what it claims
- Spatula tidak disediakan (for hygiene purposes)
- Tidak dijual di drugstore

Mask ini ada dua jenis. Yang lagi satu tu Super Volcanic Pore Clay Mask. Kalau muka berminyak teruk, better beli yang 'super' tu sebab ia mencuci pori dengan lebih dalam.

Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask VS Super Volcanic Pore Clay mask



Harga

Oleh kerana Innisfree Volcanic Pore Clay Mask ni tidak dijual di drugstore, anda kena beli online. Harganya sekitar RM38-RM42. Saya tinggalkan direct link e-merchant kat bawah kalau anda nak beli.

- Hermo
- Lazada

Repurchase?
Yes!


Tips:

- Stim muka sebelum sapu bagi membuka lubang pori
- Jangan buka container terlalu lama kerana ia cepat kering dan sentiasa guna penutup tambahan yang disediakan.

Untuk pengetahuan, produk ini juga mempunyai versi lain iaitu 'Color'. Setiap warna mempunyai fungsi berbeza. Mungkin dalam entri akan datang saya akan buat Innisfree Jeju Volcanic Color Clay Mask review pula.
*This is NOT a sponsored post

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Avengers Infinity War

Terima kasih kerana membaca REVIEW Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask

22 ulasan:

  1. Macam best juga ni. Boleh tunjuk dengan suami. Dia suka nak rawat2 wajah macam ni hehe. Ada juga geng sy.

    BalasPadam
  2. Produk Innisfree memamg bagus kan. Saya ada cleanser green tea innisfree. Lepas nih nak beli jeju volcanic nih la nak rawat masalah pori kat muka nih.geram tau

    BalasPadam
  3. volcanic memang sgt2 bagus utk kulit terutama wajah. satu badan pun jika direndam memang buat kjkit cantik dan segar..

    innisfree volcanic memang cool. kak nowa pun guna

    BalasPadam
  4. wah.. TB ada mask jenis ni.. suka sangat-sangat guna Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask ni.. Sebab bila pakai rasa sejuk dna tegang je muka.. bila time dah lepas cuci muka.. rasa muka bersih sangat-sangat kan! bau dia pun best .. takde bau chemical ke apa.. TB rasa nak pakai kejap ni je lepas baca review nik.. haha

    BalasPadam
  5. Product Innisfree ni dah banyak di pasaran dan menjadi pilihan ramai wanita kan..akak tak pernah ada lagi..thanks for sharing..at least boleh cari nanti..akak suka bab-bab clay mask ni..lepas guna kulit rasa segar je...

    BalasPadam
  6. Tertarik laaaa ngan Innisfree Volcanic Pore Clay Mask ni. Banyak benefit nya memang kulit kak nina perlukan. Kak nina pun dah lama tak pakai mask. Nak usha laaa nanti.

    BalasPadam
  7. Mask untuk orang wanita sekarang ni memang sihat dan dijamin selamat tengok bahan yang mereka gunakan pun ia mesti memberi kesan yang cepat kepada kulit...

    BalasPadam
  8. Baca banyak review produk ni tapi tak cuba lagi.walaupun suka try banyak skincare tapi tak pernah lagi nak cuba yang ni haha

    BalasPadam
  9. Wow. Tergoda nak try beli jugak!! Suka mask mask dari Korea ni... Selalu pakai yang bukak2 lipatan mask & tempek kat muka tu.

    BalasPadam
  10. Laaa ye ke x mencerahkan seperti yg dikata. Tapi okay lah sbbnya mmg suka pakai mask2 nie. Sejuk je letak dekat muka. Harga pon tak mahal sangat. Okaylah tu

    BalasPadam
  11. Mask ini coxok untum wajah yang punya pori pori besar karena bisa membersih dan mengecilkan pori ya? Teman saya punya pori besar. Saya rekomendasikan ke dia aja nih produk best

    BalasPadam
  12. Ana pun baca ramai yang bagi good review tentang innisfree jeju volcanic clay pore mask ni. Bila vmbaca review ni lagi jadi terpengaruh nak cuba sebab ada masalah pori juga. Harga pun murah. Boleh lah try nanti.

    BalasPadam
  13. selalu pakai mask yang bertopeng tu. Tak pernah pakai jenis cream ni..macam best je. kalau kbeauty punya memnag suka dengar ni..ehhee. Yela produk korea memang best. Innisfree ni banyak cakap produk dia bagus

    BalasPadam
  14. Akak pun ada beli jugak hari tu. Dah gunakan sekali dua dah, memang best gunakan produk ni, tapi sekarang tersimpan je sebab banyak dapat produk lain so gunakan produk tu dulu..ummm nanti nak guna baliklah produk ni..hehehe

    BalasPadam
  15. nak beli la utk bersihkan muka liez ni.. asyik makeup je tapi sesekali kenala service bagi bersih muka ni. mmg ramai ckp produk innisfree antara yg terbaik dia korea.

    BalasPadam
  16. Apa je yang tak best tentang Innisfree.? Sebab semuanya best belaka tau. Ruby suka produk Innisfree ni. Kadai banyak, boleh cuba dan suka juga duta Innisfree yang kulit dia flawless gilaaaa

    BalasPadam
  17. Innisfree has a really great range of product unfornately this was not one of it I've tried this product before but it didn't work for me, guess this is just not suitable for me.

    BalasPadam
  18. Pernah juga pakai mask dari jenama Innisfree ni memang best pakai dan kulit rasa fresh lepas apply kat muka Salah satu jenama kecantikan Korea yang merupakan Favorite juga.Result selepas pakai memang beri kesan yang pada kulit wajah. Selama juga untuk digunakan dan tiada kesan sampingan.

    BalasPadam
  19. Baru tahu untuk mendapat skin yang baik kena stim dulu. Ikut cara penjagaan muka yg betul dapt mencabtikkan wajah kita. Tak pernah try lagi mask ni so bolehlah cuba

    BalasPadam
  20. Eh eh eh mommy dah ada la..beli kat althea best pakai ni..rasa gebu je kulit muka

    BalasPadam
  21. Makin banyak produk skincare dr Korea masuk ke pasaran Malaysia. Lepas ni makin ramai pompuan Malaysia comel macam awek Korea kan ehehehe

    BalasPadam
  22. Yes...ni antara mask fav kita...actually kita ni memang pencinta mask..tp ni antara yg fav jugak la...sebab best kan

    BalasPadam