6 Perkara Yang Anda tidak Tahu Tentang Datuk Seri Amar Singh

4

Nama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Seri Amar Singh menjadi sebutan sejak mengetuai siasatan skandal berprofil tinggi, 1MDB.


Amar Singh mengepalai operasi penggeledahan rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta dan dua unit kediaman ahli keluarga Najib di Menara Pavillion.

Sejak sidang media yang berlangsung di hadapan Menara Pavilion, netizen tidak putus-putus memuji Amar Singh. Mana tidaknya, beliau menjawab soalan yang diajukan para wartawan dengan tenang dan dalam masa sama menghormati tugas mereka. But in also in a funny way. Malah, ramai yang memuji kepetahan Amar Singh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Wartawan: Datuk Seri, bila penggeledahan ini akan tamat?
DS Amar Singh: Ia akan tamat bila ia tamat.

AHAHA! Savage.

Siapa DS Amar Singh ni? Kenapa sebelum namanya jarang kita dengar? Ataupun baru sekarang ramai yang teruja nak tahu perkembangan politik sejak BN kalah pada PRU14. Berikut merupakan latar belakang ringkas Amar Singh.

4 Perkara Yang Anda tidak Tahu Tentang Datuk Seri Amar Singh


1. Beliau mempunyai kelulusan dan pelbagai bidang akademik
Selain mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University Buckingham, Amar turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM) , Ijazah Sarjana (Master) Keadilan Jenayah dari UM, dan Diploma Undang-Undang Syariah dan Amalan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).


2. Amar Singh telah menyertai PDRM selama 35 tahun.
Amar memulakan kariernya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh selepas tamat latihan pada 1983. Disebabkan kredibiliti dan disiplinya, beliau sering dinaikkan pangkat dan memegang beberapa jawatan PDRM.

3. Amar Singh menjadi pegawai polis berbangsa Sikh pertama yang memegang jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur.
Pada 2016, beliau dinaikkan pangkat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur. Menurut beliau, ia sebagai satu penghormatan untuk kaum minoriti di Malaysia. Dalam satu temubual Amar berkata:

"Ini membuktikan pihak PDRM tidak pernah mengamalkan sikap perkauman dalam memilih pegawai mahupun melaksanakan tugas."

Kira-kira setahun kemudian, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) hinggalah ke hari ini.


4. Bapa dan datuknya juga polis
Bapa Amar, Ishar Singh, menyertai Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1939 setahun selepas datang ke Tanah Melayu dari Punjab. Manakala, datuknya, Bachan Singh, berpangkat Kosntabel sekitar tahun 1900.

5. Amar pernah mengendalikan kes besar yang mendapat liputan meluas
Seperti kes bekas Eksrkutif Kanan PedroSaudi International, Xavier Andre Justo, penyiasatan kes pembunuhan berprogil tinggi melibatkan Mona Fandey, dan kebakaran maut di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah.

6. Amar Singh sepatutnya bersara pada Jun ini.
Bagaimanapun, kerana penglibatan dan peranan pentingnya dalam penyiasatan kes skandal IMDB, Amar Singh mungkin akan melanjutkan tempoh perkhidmatannya.

Sekarang dah tahu kan serba sedikit tentang latar belakang DS Amar Singh ni. Sehingga sekarang masing-masing masih menunggu perkembangan terkini tentang penggeledahan rumah Najib.
sumber: NST


Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Satu perkara lain, watak Datuk Seri Amar Sing ada dalam kartun Kluang Man!

    ReplyDelete
  2. Sempoi je Datuk Seri Amar ni. Terbaik

    ReplyDelete
  3. bukti negara ini negara demokrasi..

    siapa layak di atas

    tak layak duduk bawah la jawabnya

    ReplyDelete
  4. Yang samakan beliau dengan karakter kartun pun ada. Pastinya beliau sangat berwibawa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top