Siapa Dr Maszlee Malik? Ini Biodata Ringkas Tentang Menteri Pendidikan Malaysia

6

Siapa Dr Maszlee Malik? Ini Biodata Ringkas Tentang Menteri Pendidikan Malaysia.

Pada 18 Mei 2018, Dr Maszlee dilantik sebagai Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Tun Mahathir sendiri mengumumkan beliau akan memegang jawatan itu. Tetapi merujuk kepada manifesto Pakatan Harapan, Perdana Menteri tidak dibenarkan memegang mana-mana portfolio. Maka jawatan Menteri Pendidikan diserahkan kepada Dr Maszlee Malik. Ada yang tertanya-tanya, siapa Dr Maszlee ni?


Dr Maszlee mewakili Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM) pada 12 Mac 2018 dan memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam, Johor.

Nama beliau dalam politik tidaklah sebesar Rafizi Ramli atau Nurul Izzah. Tetapi mengapa Tun Mahathir melantik beliau memegang salah satu porfolio terpenting negara. Malah rata-rata pemerhati politik juga bersetuju dan mengatakan pemilihan Dr Maszlee adalah tepat.

Biodata ringkas dan latar belakang Dr. Maszlee Malik  


1. Anak kelahiran Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2), kemudiannya menyambung pengajian di Maktab Sultan Abu Bakar (English College).

2.  Beliau kemudiannya telah menyertai Madrasah al-Quran Waddin pada 1989 dan seterusnya ke Maahad Johor.

Baca juga: Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018

3. Dr Maszlee menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Bayt, Jordan dan kemudiannya di Universiti Malaya. Kedua-duanya dalam bidang Fizq dan Usul Al-Fiqh.


4. Di atas kecintaannya terhadap ilmu tadbir urus, beliau kemudian meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Schools of Governments and International Affairs (SGIA) di Universiti Durham, England. Pada 2011, Dr Maszlee pulang dengan gelaran PhD dalam bidang Good Governance.
Sebelum PRU14, beliau bertekad untuk memberikan pendidikan yang lebih baik buat golongan yang kurang berkemampuan dan setiap orang menerima pelajaran yang sama rata.
Prior to the 14th General Election, he had said that he would like to see a better education for the less fortunate people and equal opportunity for everybody.

5. Bermula tahun 2000 Dr Maszlee aktif sebagai tenaga pengajar dengan menyertai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahy dan Sains Kemanusiaan.


6. Pada ketika itu jugalah beliau sangat aktif dalam beberapa pertubuhan untuk menyampaikan ilmu kepada anak muda seperti:

- Ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)
- Penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti:
  • Teaching for the Needs (TFTN) 
  • Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS)  
  • Pertubuhan Darul Fitrah  
  • IDEAS Autism Centre  
  • Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin
- Penaung kepada Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia.
-Ahli Dewan Pewakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia

Tidak cukup dengan itu, ada yang menggelarkannya sebagai Ustaz Dr Maszlee Malik kerana beliau aktif sebagai moderator debat, wacana politik, penganalisis politik Timur Tengah, pemikir politik Islam dan gerakan Islam kontemporari.

Dr Maszlee Malik's books

Dalam masa yang sama, Dr Maszlee turut menulis sebuah beberapa buah buku bertajuk:
  1. Generasi Kedua Politikal Islam
  2. Pemburu Kesepian di Bumi Geordy
  3. Risalah Pemuda Muslim
Dalam satu temubual selepas perlantikannya sebagai Menteri Pendidikan, Dr Maszlee bertekat untuk memperbaiki sistem pendidikan Malaysia. Beliau percaya kaedah baharu perlu disuntik supaya tidak terlalu memfokuskan kepada ranking dan jumlah A dalam peperiksaan.

Anda boleh baca pandangan Dr.Maszlee dalam bidang politik dalam blog beliau di > http://maszleemalik.blogspot.my/

So, there you go. Biodata Dr Maszlee Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia 2018. Semoga dapat menjalan tugas dengan amanah untuk tempoh lima tahun akan datang!
Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. semoga dengan perlantikan beliau dapat mengubah dan menambah baik sistem pendidikan sekarang ni, kasihan anak2

    ReplyDelete
  2. Semoga perlantikan beliau dapat memartabatkan lagi sistem pendidikan negara kita..

    ReplyDelete
  3. semmoga lebih baik pendidikan Malaysia dengan menteri baru ini

    ReplyDelete
  4. orang yang hebat ..

    ilmu pun sangat steady,,

    badan pun masih steady ..



    moga membawa pembaharuan yang terbaik,

    ReplyDelete
  5. bukan calang-calang orang ni. tengok pendidikan beliau saja dah teruja.

    ReplyDelete
  6. Nice sharing, visit mine https://www.ketamkecil.com/apakah-risiko-ubat-untuk-sakit-endometriosis/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top