Cara Buat Link WhatsApp di Facebook

4

Cara Buat Link WhatsApp di Facebook. Over the years, aplikasi permesejan telah banyak melalui penambah baikkan. WhatsApp menjadi pilihan kerana pengguna boleh menhantar mesej secara percuma selagi mempunyai sambungan internet.

Aplikasi yang dimiliki Facebook Inc ini sentiasa menambah banyak fungsi baharu padanya. Dari fungsi utama iaitu menghantar text sahaja, kini WhatsApp telah menyokong ciri yang membantu dalam menguruskan kehidupan seharian. Apatah lagi bila WhatsApp sudah menjadi 'key element' dalam perniagaan online. Masing-masing mula meletakkan nombor telefon di laman sosial supaya mudah dihubungi pelanggan. Tapi tahukah anda ada cara lain yang jauh lebih mudah iaitu dengan hanya buat link WhatsApp?


Sebagai penjual, sebelum ini anda hanya tinggalkan nombor telefon di kedai online contohnya di Facebook untuk membolehkan pelanggan menghubungi anda. Ini bermakna pelanggan perlu 'save' nombor telefon tersebut sebelum text anda menerusi WhatsApp. Bukankan cara ini leceh. Silap hari bulan terus tak jadi nak beli produk yang anda jual.

Cara mudah yang saya maksudkan adalah dengan membuat link WhatsApp. Di mana pembeli hanya perlu klik link dan terus membawa mereka ke aplikasi WhatApp dan sedia untuk menghantar mesej.

Macam mana nak create link ni? Sila ikut tutorial di bawah.


LANGKAH 1: Layari https://apps.mrachmatriadi.id/whatsapplinkgenerator/
LANGKAH 2: Masukkan nombor telefon berserta kod negara (Malaysia: 6).
LANGKAH 3: Di ruangan 'Message' tu optional sahaja. Tinggalkan kosong pun tak apa. Kalau nak isi dengan ayat-ayat iklan seperti 'contact me, hubungi saya, klik sini, beli di sini, atau PM tepi' pun boleh.
LANGKAH 4: Klik 'Generate'.
LANGKAH 5: Link akan keluar dalam dua pilihan, iaitu panjang dan tertera nombor telefon atau yang telah dipendekkan. Copy dan pastekan di Facebook.


*Saya sarankan pilih yang pendek supaya nombor telefon anda tidak kelihatan. Lebih privasi.

Cara ini bukan sahaja terhad untuk digunakan di Facebook sahaja, malah anda juga boleh letak link WhatsApp di media sosial lain seperti Instagram, Twitter, dll.

Berkaitan: Cara Berniaga di Instagram

Letak dalam website/blog

Untuk website/blog special sikit. Ada 2 kod yang boleh anda pilih iaitu link ringkas dan link berserta logo. Yang logo ni sesuai kalau nak letak di sidebar.



Jika pelanggan klik link tersebut melalui komputer/desktop, mereka akan dibawa ke WhatsAppWeb dan akan diarahkan supaya scan kod menggunakan telefon. 

Buat link group WhatsApp

Selain itu ia boleh digunakan untuk menjemput pembaca menyertai group WhatsApp. Sekiranya berminat untuk menyertai group yang membincangkan topik-topik khusus, mereka hanya perlu klik link yang diberikan. Kemudian mereka terus akan menjadi ahli group chat dan boleh memulakan perbualan dengan ahli lain.

Kelebihan guna WhatsApp link generator
- Untuk mengetahui mereka yang menghubungi anda itu dari sumber mana untuk tujuan optimasi iklan.
- Tidak perlu simpan nombor telefon terlebih dahulu
- Mengelak nombor telefon anda dari dilihat umum

Senangkan buat link WhatsApp di Facebook ni? Tak perlu membazir masa dan tenaga untuk buat satu-satu. Sekarang ni hanya sekali 'tap' sahaja, anda terus boleh chat individu tersebut. Entah apa lagi yang bakal dibangunkan WhatsApp di masa akan datang.

Semoga bermanfaat.

Entri sebelum ini - Sinopsis Halalkan Hati yang Kucuri

Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Whatsapp dimiliki oleh facebook, sebab itu fungsi link ini boleh diadakan. Kalau FB dapat adakan butang share status FB ke whatsapp...lagi bagus.

    ReplyDelete
  2. Tetima kasih besr ni utk peniaga mcm saya

    ReplyDelete
  3. sangat bermanfaat ..

    terima kasih awak kerna sudi berkongsi info ini..

    nak cuba juga la..

    ReplyDelete
  4. Dah try, cara macam ni nampak best sikit. Sebab orang tak nampak nombor telefon kita

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top