Kuba Guling Viral + Resepi

22
kuba guling

Kuih 'Kuba Guling' atau kerbau guling, namanya sahaja sudah unik apatah lagi jika merasanya. Pencuci mulut ini menjadi viral di laman sosial kerana menjadi popular dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk di Rantau Panjang, Kelantan, sejak awal Ramadan lalu.

Mendengar namanya sahaja ada yang mula kerut dahi. Kenapa letak nama Kuba Guling? Well, dalam dialek Kelantan 'kuba' membawa maksud 'kerbau'. Manakala 'guling' maksudnya lebuh kurang seperti 'berkubang.

Ia berwarna hitam dan bersalut kelapa parut, seakan-akan kerbau sedang berkubang dalam lumpur. Mungkin dari situlah kuih ini mendapat namanya.


Kuba Guling berwarna hitam, mempunyai tekstur lembut serta bersalut kelapa parut. Bagi yang tertanya-tanya, bahan pembuatan Kuba Guling ini hanya berasaskan tepung beras, tepung jagung, tepung beras pulut, dan arang tempurung bakar.

Kuba Guling Viral


Permintaan terhadap Kuba Guling terus meningkat setiap hari. Sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang sehingga dua jam untuk merasai keenakkan kuih ini.

Mana tidaknya, gerai yang terletak di Rantau Panjang ini mula beroperasi jam 4.00 petang, namun orang ramai sudah mula memenuhi kawasan kedai seawal jam 2 petang lagi. Masing-masing tidak mahu ketinggalan dan terlepas peluang untuk menjamu kuih ini sebagai juadah berbuka puasa.

Baca: Resepi Biskut Alien Viral Yang Betul

Hampir 70 dulang habis dijual hanya dalam masa kira-kira 30 minit sahaja. Ini menyebabkan ramai pelanggan termasuk yang datang dari jauh kecewa kerana tidak sempat membelinya. Pemilik terpaksa meletakkan had di mana pembeli hanya dibenarkan membeli maksimum RM10 sahaja.

https://www.facebook.com/ahmadamiruldin.amin
Punyalah famous, samapai masuk Buletin Utama dan berita RTM 1. LOL!

Keenakan kuih ini terserlah apabila rasanya berlain dari kuih-kuih tempatan yang lain. Menurut pelanggan, Kuba Guling ini manis, mempunyai rasa lemak manis yang memikat selera.

Selain Kuba Guling, pelbagai jenis kuih tradisi Kelantan turut dijual di gerai ini. Antaranya sira labu, kacang sepat, kuih nangka, dan nekbat.

Lokasi kedai: Jalan menghala ke KompleksICQS Rantau Panjang, bersebelahan dengan stesen minyak Caltex.

Selamatkah makan arang (charcoal)?

Apabila mendapat tahu salah satu bahan yang terkandung dalam Kuba Guling ni arang tempurung, ramai yang tertanya-tanya. Selamatkah untuk dimakan? Jawapannya mestilah SELAMAT.

Abu dari tempurung kelapa atau lebih dikenali dengan arang aktif ‘activated charcoal’ merupakan satu komponen yang terhasil apabila tempurung kelapa berkenaan dibakar pada suhu tinggi menghasilkan karbon.

Tempurung kelapa yang dibakar juga menghasilkan ubatan yang dikenali sebagai pil charcoal atau activated charcoal.

Serbuk arang ini banyak digunakan dalam pembuatan makanan dan dijual di kedai-kedai bakeri. Malah, ia juga menjadi salah satu ramuan ubat gigi dan produk penjagaan kulit. Sumber - Root Of Science.

Resepi Kuba Guling


Just in case kalau anda nak cuba buat sendiri kuih kerbau guling ni, saya sertakan resepinya di bawah

Bahan-bahan
  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula   
  • 150gm tepung jagung   
  • 1/2 sudu makan kapur   
  • 3 sudu makan tepung beras pulut   
  • 1/2 cawan santan pekat   
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis). Pastikan anda ambil tempurung yang bersih  
  • 1 liter air atau lebih (bergantung pada kepekatan)
  • Secubit garam

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali. Kacau sebati.    
  • Bila sudah sebati, hidupkan api dapur (sederhana besar) dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.  
  • Sediakan loyang saiz 8.
  • Sapukan minyak dan tuangkan bahan yang sudah di masak tadi.   
  • Bila adunan sudah sejuk, potong dan gulingkan kuih anda ke dalam kelapa parut (muda) yang telah digaulkan dengan sedikit garam.   
  • Sedia untuk dihidangkan dan dimakan.

For somebody yang tinggal di Kelantan, saya sendiri belum cuba kuih Kuba Guling ni. Mungkin kerana lokasinya agak jauh. Kita tunggu bila dah reda sikit. Kuih ni nampaknya seperti bermusim.

Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tak ajen lagi try kueh "Kuba Guling" ni. Napok pelik sunggoh kueh ni.

    Ni tamo kali denga kueh nie. Lagu mano raso ehhhh....?

    ReplyDelete
  2. Memang tengah viralkan kuih ni. Tapi tak terasa lagi nak cari kuih ni. Hari tu pun kawan ada post pasal kuih ni, tnye gak dia sedap ke tak..

    ReplyDelete
  3. kuih ini pakai arang masih pikir-pikir amankah ?

    ReplyDelete
  4. yea betul..haritu masuk buletin utama kuih ni..hot tak hot la..kemain panjang orang beratur..siap ada no.giliran uolls..mak aih, ni kalau tak sedap atau tak kena dengan tekak, penat beratur..haha..tapi tak cuba tak tahu,kan..jadi kena cuba la dulu kena dengan tekak ke tak...nasib jual kat Kelantan..kalau ada kat KL,boleh gak cari kat mana ada jual..nak buat sendiri..adeh..tak baper nak berbakat tangan ni buat kuih...

    ReplyDelete
  5. Nak try apalah rasa kuba guling ni yang org dok kata sedap sangat nie. Part pakai arang tu macam pelik tapi buat tertnya2 apalah rasanya.hahaha. Harap ada lah peniaga jual kt kl lepas ni ye. HUH

    ReplyDelete
  6. Emi orang kelantan, tapi seriously emi tak tahu pun kewujudan kuih ni. Kawan2 pakat duk tanya emi. Krik2 je sebab emi sendiri tak tahu, haha. Balik raya nanti nk cari la.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan. Viral sampai line beratur kemain panjang? OH MY.....kalau saya malas nak beratur. Kalau makan arang mesti kuih ni rasa ala ala asap. Ye tak?

    ReplyDelete
  8. wah tq for the recipe..orang kata sedap..tapi suka lagi yang pink tu..maybe sebab kaler dia kut gerun sikit hahahahaha...kuih2 unik mmg akan viral kan

    ReplyDelete
  9. Wow resepi kuih viral. Dasyat Moga sedap rasanya. Nak g kelantan jauh sangat

    ReplyDelete
  10. Teringin jugalah nak merasa kuih since dah viral hehe. Baca resepi yg nik kongsi ni nampak cam mudah je so nanti ada free nak try buatlah :)

    ReplyDelete
  11. Nature nyerbmcm kuih kasui kan. Nampak sedap! Aida ni peminat kuih kasui. Asben nak ke kelanyan next week, mcm nak kirim :-)

    ReplyDelete
  12. SA ada dengar jugak pasal kuih ni..dan nampak memang pelik..kaler hitam betul and lebih kurang kuih kasui..x tua la apa rasanya sampai boleh jadi viral

    ReplyDelete
  13. Aah sbrnya abu arang dr tempurung tu dh byk digunakan dlm bhn buat kek dan lain2 cuma kita je xberapa perasan.. nama dia sgt unik sbb viral thun ni kn.. tak penah rasa lagi tp nk cuba resepi ni nnti..

    ReplyDelete
  14. uis dah baca komen baru tau banyak rupanya resipi yang guna arang. first time tau nih haahh kuba guling pun first time dengar. kreatif!

    ReplyDelete
  15. Tengok dekat berita, panjang orang beratur..biasalh orang sanggup beli sebab nama dan rupa yang unik..orang mesti nak rasa..rupanya sama mcm kuih kaswi

    ReplyDelete
  16. Ooo.. Patutlah orang duk sebut kuba guling kuba guling. .duk blur je apa benda alah kuba guling tuh. Rupanya sejenis kuih yang viral. Macam macam nama kuih ada sekarnag nih ye. Tahi itik lah, kuba guling la.. Memang rare!

    ReplyDelete
  17. rasa macam pernah makan dulu. Tapi tak tahu pulak namanya apa.

    Haha

    ReplyDelete
  18. Tak pernah rasa lagi kuba guling ni..bila dah viral camgini terasa pulak nak cuba..nak tahu macam mana lah gamak rasanya sampai jadik viral cam gini.
    Nak cuba buat takut tak jadi je..:)

    ReplyDelete
  19. Masa tengok berita pasal kuih nie, jadi teringin pulak nak rasa. Masam kuih kasui (xtahu nak eja mcm mna) pon ada. Okay, bolehlah cuba buat sendiri dekat rumah kuih nie. Thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  20. This is interesting I've not heard about thinking before but since so many lining up for it then it should be really good.

    ReplyDelete
  21. Masa dpt tahu kuih ni viral. Saya tengok pun dah tau ni kuih kaswi kegemaran saya. Tapi bila hitam lega camtu. Tak lalu saya nak makan. Hahaha. Kuih kaswi kalau di sediakan macam yang makcik tu buat. Potong dan Gaul dengan kelapa. Memang sedap. Kalau dah sedia Gaul, dia jadi berair. Hahaha. Kalau dah minat kuih kuih tradisi, kedai yang sedap pun kita tahu. Masa bulan Ramadan la nak mengumpul no telefon kedai-kedai masakan sedap. Nanti bleh order next time. Haha

    ReplyDelete
  22. saya orang kelantan pun tak tahu tentang kweujudan kuih kuba guling ni. tetiba teringin pulak nak try. terima kasih atas resipi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top