Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering dan Berminyak

2

Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering dan Berminyak. Memiliki kulit yang bersih serta mulus menjadi dambaan tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki. Oleh itu, untuk mendapatkan hasil yang diingini, perlulah melalui langkah wajib iaitu mencuci muka.

Mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari perlu dijadikan rutin. Sama ada kulit jenis kering atau berminyak, tak ada alasan untuk tidak menggunakan pencuci muka.

Pencuci muka mampu membuang sel kulit mati, mencegah jerawat, membersihkan liang pori, mengawal minyak, dan membersihkan kulit dari pencemaran. 

Tapi nak guna pencuci muka apa? Jenama apa yang terbaik untuk kulit? Terdapat banyak produk di pasaran yang boleh anda pilih. Tetapi anda perlu pilih yang bersesuaian dengan kulit supaya dapat menangani masalah yang dihadapi.


Dalam entri kali ini saya akan kongsikan pencuci muka sesuai untuk kulit kering dan berminyak.

Pencuci muka untuk kulit kering

1. SENKA Perfect Double Wash
Bagi masih belum tahu, Senka adalah produk penjagaan kulit di bawah naungan rangkaian Shiseido. Ia merupakan cleanser two-in-one yang mencuci dan dalam masa yang sama menanggalkan makeup. langsung tidak mengeringkan kulit.

Beli di sini: http://invol.co/cl91nq


2. SIMPLE Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel

 
Produk nombor satu di UK ini sesuai digunakan setiap pagiuntuk mencuci dan menjadikan kulit segar sepanjang hari. mengandungi Pro-Vitamin B5, ia membantu melembut dan dan formula gelnya memberikan kesegaran kepada si pemakai. Antara pencuci muka terbaik untuk kulit berjerawat dan sensitif.

Beli di sini: https://invol.co/cl267so

Baca juga: Moisturizer Untuk Kulit Berminyak


3. GLOSSIER Milky Gel Cleanser
Pencuci muka dari USA ini turut mempunyai kada PH yang rendah which is perfect untuk kulit. Malah, di botolnya sendiri tertera "conditioning facial cleanser' iaitu pencuci muka yang dalam masa sama mengekalkan kelembapan kulit. Pencuci tanpa buih ini turut juga berfungsi sebagai pembersih makeup.

Harga: RM58

Beli di sini: https://invol.co/cl267sw


4. GARNIER Sakura White Pinkish Radiance Foam
Dirumus dari ekstrak daun pokok sakura ini meningkatkan kadar kelembapan sepanjang hari. Ia juga membersihkan lubang pori dengan lebih mendalam. Paling menarik, si pemakai mendapa kesan pipi merah jambu bak artis Korea.

Beli di sini: https://invol.co/cl267t8


5. NANO WHITE Fresh Milk Cleanser
Diformulasikan dari vitamin C, pokok teh dan alga laut. Sesuai digunakan setiap hari dan berkesan dalam menghilangkan kotoran dan memberikan kelembapan pada kulit. Semua untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.  

 

Harga: RM23.90

Beli di sini: https://invol.co/cl267tg

Pencuci muka untuk kulit berminyak


1. CETAPHIL Oily Skin Cleanser
Tiada siapa boleh menyangkal keberkesanan Cetaphil. Malah, dermatologis sendiri mengesyorkan jenama ini. Ia membersih, memberi kesegaran, dan mengawal minyak pada wajah. Pencuci muka Cetaphil juga dilabelkan sebagai pencuci muka untuk kulit berjerawat. Ia terbukti keberkesanannya. Cubalah!

Beli di sini: https://goo.gl/eGc91y


2. COSRX Low PH Good Morning Gel Cleanser
Antara yang paling famous ketika ini kerana sesuai untuk semua jenis kulit. Kerana 'low PH' ni perfect untuk kulit. Tambahan pula produk ni bertujuan untuk mengawal minyak dalam masa yang sama mengekalkan kelembapan. Saya dah cerita panjang lebar dalam entri review. Boleh baca di >> SINI

 Beli di sini: https://goo.gl/jesRH4


3. SENKA Perfect Whip Cleanser
Mampu membersihkan minyak yang masuk jauh ke dalam liang pori. Kuli jadi lebih bersih, lembut, dan kekal terhidrat. Buih sericin yand terkandung di dalamnya juga boleh menanggalkan makeup. Harganya juga berpatutan.

Beli di sini: https://goo.gl/2mBtKM


4. GARNIER MEN Turbolight Oil Control Charcoal Foam 
Pencuci muka yang berkesan untuk lelaki. Diperkaya dengan arang semulajadi yang terkenal dengan ciri penyerapannya. Bertindak untuk memerangkap minyak berlebihan dan 95% kotoran.

Beli di sini: https://goo.gl/rkXMcA


5. HADA LABO Blemish & Oil Control Hydrating Wash
Jenama hada Labo juga tidak kurang hebatnya. Dirumus dari ekstrak tumbuhan seperti hatomugi, chameleon dan bunga chamomile menjadikan pencuci muka ini mengimbangi kadar minyak yang terhasil. Pada masa yang sama ia melawan bertumbuhan jerawat. Senang nak beli, kat Watsons pun ada.

Beli di sini: http://invol.co/cl91nt

Sehingga kini ada juga yang masih belum percaya keberkesanannya. Kata mereka produk di pasaran tu banyak bahan kimia yang boleh merosakkan kulit. Sedangkan tabiat malas mencuci mukalah yang sebenarnya boleh merosakkan kulit.

Anda perlu tangkis persepsi ini kerana setiap produk yang dijual mempunyai ramuan yang membantu melindungi kulit.


Oleh kerana setiap hari kita terdedah kepada kotoran, kita perlu mejaga kebersihan kulit wajah supaya lebih bersih dan segar. Habuk pun boleh membuatkan pori tersumbat. Semoga entri pencuci muka terbaik untuk kulit kering dan berminyak ini memberi manfaat.



Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. cocok untuk kulit muka saya kering dan mudah kusam

    ReplyDelete
  2. With the growing age, it is necessary to take care of your skin. But due to the busy schedule, many women are not able to find enough time for them and their skin becomes dull and aging spots become more visible. Here are some easy solutions that will not only make your skin beautiful but also reduce the anti-aging spots and wrinkles. For more details, visit

    http://www.rushyourtrial.com/coupon-category/skin-care/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top