12 Mei 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018


Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Setelah Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, maka terbentuklah kerajaan baharu. Kemenangan ini membolehkan Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Persekutuan untuk tempoh lima tahun.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menamakan tiga menteri utama iaitu Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Baki TUJUH kementerian bakal diumumkan selewat-lewatnya minggu hadapan. Tun Mahathir juga menegaskan kesemua menteri yang bakal mengisi portfolio tersebut akan diisi dengan seimbang oleh parti gabungan PKR, DAP, PPBM dan Amanah.

Senarai penuh Menteri Kabinet Malaysia 2009
  • Menteri Kewangan: Lim Guan Eng
  • Menteri Pertahanan: Mohammad Sabu
  • Menteri Keselamatan Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik
  • Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina harun 
  • Menteri Perumahan dan Kerjaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin
  • Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook
  • Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo
  • Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub
  • Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad
PM turut memberi bayangan wanita dan suara orang muda akan menjadi pertimbangan utama untuk mengisi portfolio kabinet.

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018. (Klik untuk besarkan gambar)


Dalam pada itu, Tun Mahathir turut menubuhkan Majlis Penasihat yang diisi oleh bekas tokoh ekonomi iaitu:
  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara)
  • Tun daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan)
  • Tan Sri Hassan Merican (bekas Presiden & CEO Petronas)
  • Robert Kuok (tokoh perniagaan)
  • Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram (Pakar Ekonomi)
Tujuan penubuhan Majlis Penasihat

Majlis Penasihat ini berfungsi untuk menasihati kerajaan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.

Pasukan ini akan membantu dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari sahaja.

Semoga semua Menteri Kabinet yang dibina 2018 dalam menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan amanah sepanjang memikul tugas berat ini. Bukan mudah untuk memberntuk kerajaan baharu apatah lagi perlu membersihkan segala permasalahan yang ditinggalkan kerajaan sebelum ini.

Entri sebelum ini - Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering dan Berminyak
 

1 ulasan:

  1. ternyata Dr M menggunakan kepakaran dan pengalaman selama 22 tahun sebagai PM Malaysia dalam mentadbir urus negara ini..

    proses pemulihan 100 hari sangat mencabar kerana mereka akan bekerja all out demi memenuhi janji kepada rakyat.

    senario perlu dipelajari oleh pihak pembangkang jika ingin memenangi PRU15 pada masa akan datang..

    rakyat kini menjadi hakim dan demokrasi semakin subur dikalangan generasi muda

    BalasPadam