Selasa, 29 Mei 2018

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2018


Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2018.  Syarikat kurier nombor satu negara, Pos Laju Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tarikh akhir pengeposan item sebelum Aidilfitri yang bakal menjelang.

Bagi anda yang ingin menggunakan khidmat Pos Laju, anda dinasihatkan supaya membuat pengeposan untuk destinasi dalam negara sebelum atau pada 9 Jun 2018. Ini membolehkan Pos Laju dapat melakukan penghantaran kepada penerima sebelum hari raya yang dijangka pada 15 Jun 2017.

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2018

 

Segala serahan item yang diserahkan selepas 9 Jun akan mengakibatkan barang lambat sampai kepada penerima. Ini kerana hanya akan dilakukan selepas cuti Aidilfitri iaitu mulai 18 Jun. Walau bagaimanapun, Pos Malaysia masih menerima pengeposan sehingga 14 Jun.


Ini memudahkan syarikat kurier dan pelanggan untuk memastikan segala item penting dapat dihantar kepada penerima sebelum hari raya.

Diharap informasi ini dapat membantu anda dalam merancang pembelian secara online. Peniaga dan pembeli perlu alert agar tidak berlaku salah faham atau tertunggu-tunggu "kenapa barang lambat sampai."

Entri sebelum ini - 6 Perkara Yang Anda tidak Tahu Tentang Datuk Seri Amar Singh

Terima kasih kerana membaca - Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2018

1 ulasan:

  1. Akak baru beli beg PTT tadi. Hrp2 sempat sampai sblm balik Raya mggu dpn.

    BalasPadam