Isnin, 4 Jun 2018

9 Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Tommy Thomas


Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Tommy Thomas. Sejak dua, tiga hari kebelakangan ini nama Tommy Thomas menjadi tajuk berita selepas kerajaan Pakatan Harapan mencadangkan beliau dilantik sebagai Peguam Negara.

PH dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir dilaporkan menyerahkan nama Tommy Thomas kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan sebagai Peguam Negara atau Attorney General (AG). Tetapi cadangan ini telah menimbulkan kontroversi kerana Thomas bukan Muslim dan oleh itu, tidak dapat membantu Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara Islam di negara ini.

Baca: 6 Perkara Yang Anda tidak Tahu Tentang Datuk Seri Amar Singh

Banyak pihak yang bersetuju dengan cadangan ini memandangkan Thomas merupakan seorang peguam berpengalaman dan telah banyak mengendalikan kes berprofil tinggi termasuk yang melibatkan perundangan negara sepanjang kariernya. Jadi, pemilihanTommy Thomas sebagai Attorney General (AG) dilihat tepat.

Agong tolak Tommy Thomas

Walau bagaimanapun, difahamkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang lain mahukan seorang peguam negara berketurunan Melayu beragama Islam. Selain itu ada juga yang berpendapat tidak wajar kerajaan melantik Peguam Negara daripada kalangan bukan Islam.

siapa tommy thomas

Ini kerana tugas AG adalah untuk menasihat utama kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Islam. Tetapi bagaimana melakukannya jika AG sendiri bukan beragama Islam.

Dengan banyak cakap-cakap tentang Peguam Negara baharu yang bakal menggantikan Tan Sri Apandi Ali yang dipecat, ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya siapa Tommy Thomas ini? Mengapa beliau menjadi calon utama Tun M sebagai AG?

9 Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Tommy Thomas


1. Thomas telah menjadi peguam selama 40 tahun.

Menurut latar belakang di laman firmanya di http://tommythomas.net/profile-tommy-thomas/ , Thomas memperoleh Ijazah Peundangan di University of Manchester dan Ijazah Sarjana (Masters) di London School of Economics.

2. Beliau kini mewakili keluarga mangsa tragedi pesawat MH370


Thoma mewakili keluarga 76 penumpang MH370 yang memfailkan tuntuan terhadap Malaysia Airlines di atas kehilangan pesawat itu pada 2014.

3. Mewakili Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan ahli Barisan Nasional  (BN)


Thomas pernah mewakili Lim Guan Eng dalam kes korupsi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Dan beliau juga sebelum ini pernah menjadi peguan kepada ahli (BN).

4. Konsisten sebagai antara peguam terbaik Malaysia.


Saban tahun, Thomas konsisten sebagai antara peguam yang menjalankan tugas-tugasnya dengan baik sehingga ada yang menggelarkannya sebagai peguan terbaik Malaysia.

Tommy Thomas dan Chin Peng

5. Pernah mewakili tokoh komunis, Chin Peng.


Bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (CPM), Chin Peng, mengetuai pemberontakan gerila parti semasa tempoh Kecemasan Tanah Melayu. Selepas meminta maaf kepada mangsa dan ahli keluarga atas kekejaman yang pernah dilakukan, Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. Ketika itulah Thomas mewakili tokoh komunis ini.

6. Thomas juga menulis dua buah buku


selain menjadi seorang peguam, Thomas juga pernah menulis dua buah buku yang bertajuk Anything But The Law dan Abuse of Power. Kedua-dua buku ini menyentuh tentang perlembagaan, ekonomi, dan politik.



7. Pernah berkhidmat dalam Majlis Peguam


Thomas berkhidmat dalam Majlis Peguam (The Malaysian Bar Council) dari 1984 hingga 1988 dan dari 1993 hingga 2001. Beliau dipilih sebagai Setiausaha dari 1995 hingga 1997. Thomas juga ahli (Prosiding Tatatertib) Jawatankuasa Kajian di bawah Pengerusi Tun Hussein Onn, dan menulis Laporannya pada tahun 1986.

8. Bercanggah pendapan dengan Mahkamah Tinggi dalam isu larangan penggunaan nama 'Allah'


Thomas menganggap tindakan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam kes penggunaan Nama “Allah” oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah.

9. Pernah menjadi peguam PAS


Tommy Thomas yang mewakili parti PAS, DAP dan PKR memfailkan tindakan terhadap ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan konspirasi frod melibatkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU13. Pada 2014, Thomas mewakili Kelantan yang dipimpin PAS untuk menuntut hak "Kelantan Petroleum Agreement" dan "Kelantan Grant" yang dimeterai pada 9 Mei 1975 di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas .

Biodata Tommy Thomas




Itu dia beberapa perkara tentang calon AG yang mungkin anda tidak tahu. Do you think he is qualified enough? Keputusan sama ada Tommy Thomas sebagai Peguam Negara telah pun diputuskan kerana Agong telahpun memperkenan perlantikan beliau. 

23 ulasan:

  1. wow.. what a nice info about Thomas. :) Thanks for the compilation info

    BalasPadam
  2. banyaknya info mengenai Tommy Thomas ni ek, bagus sebab senang kak lily nak baca. ingat mudah ke nak buat compilation cam nie, kena betul-betul research ni

    BalasPadam
  3. Nice Info about TOMMY Thomas, I tak boleh nak cakap banyak sebab i tak ada ilmu mengenai law ataupun mengenai politik, tapi biasalah dalam sosial media banyak fitnah dan laga-laga benda tu memberi tekanan konfius pada masyarakat, nak pula yang berkaitan dengan agama dan bangsa... kadang kadang takut mengenang, hidup kena tempuh juga,

    BalasPadam
  4. great compilation of all info about Tommy Thomas... easy to read up as it's in point form...

    BalasPadam
  5. Wah... Interesting and very informative! Tapi it is fair to all of us to agree - sesiapa pun yang memegang jawatan, tak kisahlah dari sekecil-kecil jawatan sampailah ke besar, semuanya memainkan peranan. Berlaku 'kerosakan' sikit maka terganggulah semuanya... Semoga apapun keputusannya, semoga tetap menjalankan amanah sebaik-baiknya...

    BalasPadam
  6. actually dalam bab ni i x leh cakap lebih, kerana mereka yang memilihnya tahu apakah kelebihannya. yang pasti sesiapa pun yang diberi mandat harap dapat jalankan dgn baik

    BalasPadam
  7. Tengok details tentang beliau ni rasa look up to him. Handle kes berprofil tinggi. Semuanya berperanan untuk membantu memajukan negara. Agung tolak tu mungkin ada sebab yang kita tak tahu la agaknya. Apa pun sesiapa yang diberikan mandat dapat menjalankan tugas dengan berintegriti. No more corruption.

    BalasPadam
  8. Kalau ikutkan, nampak ok je dia untuk jadi AG... Banyak kes yang dia handle pun bukan calang2 dan bukan bersifat perkauman or agama sangat.

    Kenapa ada pihak yang dok bising-bising.

    Macai BN ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin bukan macai BN sebab tu Tun cadangkan nama dia.

      Padam
  9. Terbuka mata saya bila baca info mengenai Tommy Thomas ni. Banyak kes berprofil tinggi yang beliau kendalikan. Tapi tuhlah tak dapat perkenan YDP Agong kan. Ada sebab munasababnya kan

    BalasPadam
  10. Wah..banyaknya info tentang Tommy Thomas ni..brilliant dia ni..sampai Tun pun pilih dia..ada sebab tu kenapa tun pilih diam.harap diperkenankan lah oleh YDP

    BalasPadam
  11. Banyak pengalama n dia kan..i have been reading about him sometimes ago sbb minat..sbb pengalaman kat legal office dulu kot..hehe

    BalasPadam
  12. Oleh kerana tiada percalonan lain yang dikemukakan oleh kerajaan PH maka kita terpaksa akur bahawa Tommy Thomas adalah Peguam Negara..

    Pada mula Agong tidak memperkenan beliau namun selepas persidangan Raja-raja Melayu akhirnya Tommy Thomas telah dipersetujui menjawat jawatan tersebut.,

    ada hikmahnya juga.

    Rasionalnya mereka menjunjung tinggi perlembagaan dan undang-undang bahawa sesiapa sahaja boleh menjawat jawatan itu dengan syarat ada kelayakan..

    sebagai orang biasa saya tetap berpendapat kelayakan paling ideal untuk apa-apa jawatan yang menjunjung tinggi keadilan ialah orang yang beriman..

    Masalahnya orang yang beriman tinggi susah nak jumpa sekarang ini....lebih-lebih lagi dalam dunia fitnah Dajjal

    Yang ramainya cinta dunia dan takut kepada mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam hal ini kalau cakap dia tak layak sebab bukan Islam mmg tak relevan. tak perlu jadi islam untuk jd AG.

      Previous AG melayu islam, tapi tak guna. bak kata Tun M, "bullshit". lol

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  13. tak nak ckp banyak... sbb kdg2 org xkaji selidik dgn betul siapakah dia... kerana dia bukan Islam masing2 hentam.. kadang2 tak paham dgn yg bising2 ni. memang kalau boleh kita nk elakkan.. tapi tak smua yg bukan islam tak boleh handle kes2 berat cm dia yg byk pengalaman... cuma harap2lah kali ini lebih tekankan islam... moga tiada apa yg buruk2...inshaaAllah..

    BalasPadam
  14. Sebelum ni kita tak tahu pun pasal siapa Thomas ni setelah baca ni kita baru tahu siapa beliau dan kenapa beliau menjadi calon pilihan. good info thanks..

    BalasPadam
  15. Bagus info ni untuk orang-orang yang tak memahami dan tahu siapa Thomas ni. Macam sis yang tak tahu ni kadang2 nak tahu jugak tahu lata belakang mereka. Bolehlah nanti bagi info-info nama-nama mereka yang lain pulak ekk..senang boleh baca terus di sini..:D

    BalasPadam
  16. bukan calang2 yer si Tommy Thomas nie. banyak pengalaman dalam handle kes2 besar. dari segi qualification, memang layak snagat. tapi yelah, mungkin ada certain things yang the malays kena jaga walaupun tidak ada dalam perlembagaan n whatsoever

    BalasPadam
  17. Bagus info ni. Kalau tak terbaca entri sampai ke sudah tak tahu sape gerangan tommy ni. Bg saya ok je bila baca profil dia. Ape yg pasti, beliau dipilih mesti ada sebabnya utk negara juga. Walau di bantah tapi akhirnya diperkenankan juga. Semoga negara kita terus dilindungi dan terus maju di mata dunia. Hehehe

    BalasPadam
  18. Saya baca setiap info yang awak tulis ni. Memang sangat informative dan kebanyakkan info ni pun saya baru tahu

    BalasPadam
  19. Great info sharing on Tommy Thomas. So much to learn about him in one unbiased article. Thanks for taking the time to compile it.

    BalasPadam
  20. wah dah 40 tahun jadi peguam..memang banyak pengalaman..banyak wakili client berprofile kelas tinggi tu..maybe boleh bagi peluang tgok dia menjalankan tugas..

    BalasPadam