McDonalds Rio Burger dan Aiskrim Durian D24 Kembali 2018

24
McDonalds Rio Burger dan Aiskrim Durian D24 Kembali 2018. McDonald's Malaysia sekali lagi membawakan dua menu popular bersempena kempen Discover The World.

Rio Burger dan Aiskrim Durian D24 ini ditawarkan dalam masa terhad sahaja. Ia merupakan antara hidangan daripada beberapa siri menu lain yang membawa citarasa unik dari beberapa negara terpilih di dunia.

Pelik juga McDonalds tidak memperkenalkan menu baru sempena World Cup, sebaliknya mengembalikan menu yang pernah mendapat sambutan hangat sebelum ini. Ada juga baiknya kerana kedua-dua menu ini mempunyai keunikannya yang tersendiri selain melambangkan citarasa Malaysia dan Brazil.

McDonalds Rio Burger dan Aiskrim Durian D24 Kembali 2018


Rio Burger


Rio Burger sebelum ini diperkenalkan pada Sukan Olimpik Rio 2016, pada burger ini menjadi kegilaan ramai kerana mempunyai rasa yang berbeza dari burger McD yang lain. Bahkan ia mempunyai sentuhan citarasa Brazil.

mcdonalds rio burger

Namun, kemunculannya kali ini lebih hebat dengan adanya pilihan tambahan Burger Rio Ayam berbanding hanya daging sebelum ini.

Keenakan burger ini terletak pada daging ayam atau lembu yang lembut, ditambah dengan sayur-sayuran, keju cheddar, sos istimewa Rio dan juga roti ban istimewa yang ditabur dengan bijan hitam dan putih.


Harga Burger Rio bermula dari RM14.95 untuk satu set hidangan. Setiap set hadir bersama kentang goreng dan minuman berkarbonat sama ada Coke McFreeze atau Fanta McFreeze.

Aiskrim Durian D24 kini kembali!


Rakyat malaysia dan durian tidak dapat dipisahkan. Setelah mendapat sambutan hebat tahun lalu, McD Malaysia dengan senang hati mengembalikan aiskrim berperisa 'raja buah', iaitu Durian D24.


Buat penggemar durian, inilah masanya untuk anda menikmati aiskrim ini kerana dahulu ia habis dijual dalam masa seminggu selepas diperkenalkan. McFlurry Durian D4 berharga RM7.99 manakala D24 Durian McFlurry berharga RM8.99.

Selain itu, McDonalds Malaysia turut menambah aiskrim baru dalam menu mereka iaitu Black Forest McFlurry Party. Saiz McFlurry ini lebih besar daripada biasa supaya boleh berkongsinya bersama rakan. Black Forest McFlurry Party berharga RM10.95 dan ia bakal menjadi menu tetap.

McDonald's World Cup FAN Bundle

McDonald’s turut memperkenalkan dua menu perkongsian untuk dinikmati oleh peminat bola sepak semasa menonton perlawanan. World Cup FAN Bundle boleh didapati dalam dua saiz yang terdiri daripada kentang goreng, Ayam Goreng McD dan Chicken McNugget.  FAN Bundle A terdiri daripada 5 ketul Ayam Goreng McD, 9 ketul Chicken McNuggets dan satu Mega Fries yang boleh didapati dengan harga RM35.00.

Kentang goreng percuma sepanjang Piala Dunia

Antara promosi menarik lain bersempena kemeriahan Piala Dunia FIFA termasuklah pemberian hidangan percuma kentang goreng bersaiz kecil setiap kali gol pertama dijaringkan untuk setiap perlawanan.

Selain itu, pelanggan juga boleh menebus minuman Coke bersaiz sederhana menerusi aplikasi McDonald’s.

Anda juga boleh memesan dua menu ini melalui McDelivery Malaysia yang mana ia akan dihantar terus ke pintu rumah anda. Hubungi McDonalds Deliver Hotline di1300-13-1300, atau layari https://www.mcdelivery.com.my.

Kempen Discover The World diadakan serentak bersama Piala Dunia yang sedang berlangsung. Pastinya kehadiran semula Rio Burger dan Aiskrim Durian D24 beberapa tawaran hebat ini memberi keseronokan berganda buat penggemar McDonald's. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.mcdonalds.com.my/

Tags

Post a Comment

24Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Dah beli mcflurry durian. Mmg sedap la u

    ReplyDelete
  2. Pergh sedapnya tengok burger tu.. Nak kena beli ni. hehe

    ReplyDelete
  3. teringin la nak cuba..

    terliur juga tengok

    ReplyDelete
  4. Hari tu dah rasa.. ok jugak. Salam Aidilfitri & maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  5. alah..kat tempat saya semua tu tak ada..

    ReplyDelete
  6. Masa raya kedua haritu nak cuba burger Rio ni. Tapi soldout pulak. Maybe next time.

    ReplyDelete
  7. Hari buat McDelivery burger rio. Sedap tapi pedas! Hahahahaa nak try D24 tu pulak

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar pasal Burger rio and durian Mc Flurry ni. But the durian Mc Flurry tu baca ramai org komplen sebab version yang dulu lebih authentic duriannye compare tu the latest one. Ntah ar..saya tak suka durian. hahaha ..Burger ok je :)

    ReplyDelete
  9. frust nih, time dietlah McD nak keluarkan durian mcflurry, hancur betul hati nih, burger rio pun sama. 2-2 produk McD memang tak dapatlah merasa, tengok Mukbang terliur je, hehehe

    ReplyDelete
  10. berger agak pedas sikit tapi sedaplah juga..tapi leh lawan dengan samurai berger feveret akk tu hahahah..beli ni kombo sekali dengan flurry durianperghh meletop rasanya hehehe

    ReplyDelete
  11. Raja buah tu!!! Sedapnya nampak. Teringin sangat nak mencuba. Kena singgah balik kerja kejap lagi ni. Yummy!

    ReplyDelete
  12. Rio burger sedap. Syira suka sebab rasa pedas. Lagi pedas daripada double spicy burger yang dulu. Boleh repeat lagi ni.

    ReplyDelete
  13. wow new burger to try, didn't try this on their menu yet. Love to dine there as kids love happy meal, now we can go back try this Rio burger!

    ReplyDelete
  14. ari tuh nak singgah mcdonalds nak beli burger ni lah, ya ampun kemain ramai orang ek. tak per nanti cuba jugak lah

    ReplyDelete
  15. yup burger rio ni memnag sedap..pernah rasa dulu..ni rasa nak pergi beli lagi. Aiskrim durian tu tak pernah rasa lagi..memang nak kena terjah

    ReplyDelete
  16. Alamak Aisktim Durian tu memang kegemaran kita lah nak kena cuba ni tapi tak kena dengan burger Rio tu hehehe macam tak masuk jer wakakakaka..

    ReplyDelete
  17. Kita belum cuba lagi dua2 menu ni. Katanya ice cream durian asyik soldout je.. burger rio tu katanya pedas2 manis.. mmg nak cuba sgt2

    ReplyDelete
  18. Wahhhhh....serious memang kena try jugak ice cream tu. Now dah meleleh air lioq tengok. Burger tu pun..adehhh sedapnya lahai

    ReplyDelete
  19. Akak dah cuba dah dedua menu ni. Burger daging dan durian. Perghhh. Burger tu pedas tak tau amenda yang pedas. dia macam zing!! Pedas berdesing yang berasap. Dia tak pedas kat lidah. Hahaha macam mana akak nak terangkan ni. Wakakaka.

    ReplyDelete
  20. alamak ketinggalan la pulak. Ramai kawan dah cuba burger daging tu yang katanya pedas tapi sedap dan bab aiskrim durian tu...memang kena dok jauh kalau ada yang makan..hehe

    ReplyDelete
  21. Wah mcdonald tak mau kalah dan terus membuat menu baru ya. Menunya pasti langsung populer nih. Rio Burger dan Aiskrim Durian D24 pasti sedap rasanya

    ReplyDelete
  22. I'm not a fast food fan and the only time I eat fast food is when I am travelling. Hope I get to eat Rio burgers and the durian ice cream soon. Yummy!!!

    ReplyDelete
  23. I nak pergi Mc Donald sekarang jugak.. durian is my favourite.. hehehee... wanna try the new burger..

    ReplyDelete
  24. Burger Rio tak try lagi. Tapi aiskrim Durian Mcflurry tu memang pilihan sebab sedap sangat. Memang akan ulang beli 2 3 kli . Terbaik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top