Rabu, 6 Jun 2018

Sinopsis Andainya Takdir 2 Tv3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Tv3. Kejayaan drama ini pada Ramadan tahun lalu mendorong A.Aida Production dan Tv3 menerbitkan kisah kesinambungan atau sekuel drama Andainya Takdir 2 menerusi Slot Samarinda.

Percaya atau tidak, Andainya Takdir musim pertama mencatat jumlah tontonan sebanyak 10 juta sepanjang bersiaran. Drama rantaian yang berkisarkan suka-duka kehidupan berumah tangga dan masalah penyakit mental 'Othello Syndrome' atau dalam bahasa mudah 'cemburu buta' benar-benar menangkap perhatian penonton.


Tambah pula keberkesanan persembahan para pelakon khususnya Shukri Yahaya menjadi faktor drama ini diterima penonton. Saya pasti lepas ni ramai yang sibuk nak cari Andainya Takdir 2 full episod. Lol!

Baca: Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2018

Untuk pengetahuan, Andainya Takdir bukan diadaptasi dari novel cinta, sebaliknya merupakan kisah benar yang berlaku kepada rakan penulis skrip, Wan Mahani. Drama ini ditulis untuk memberikan kesedaran dan pengajaran kepada penonton. Khususnya kepada mereka yang sudah berumah tangga.


Oleh sebab itulah Tv3 membawakan anda Andainya Takdir 2 kepada penonton setia Tv3. Drama rantaian 20 episod yang menggantikan NUR ini diarahkan oleh Eoon Suhaimi. Masih lagi dibarisi pelakon asal, musim kedua turut menambah beberapa muka baru.

Senarai pelakon


Antara pelakon yang terlibat ialah Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Idris Khan, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, dan Neera Azizi.

Sinopsis drama Andainya Takdir 2 di Tv3


Setelah tiga bulan bercerai, Airil masih lagi tidak putus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula. Airil menyesal atas segala kesilapannya. bagi Airil, hidupnya tidak sempurna tanpa isteri dan anak disisi.


Fatihah pula turut berdepan kesukaran, dia mula berasa kepayahan hidup tanpa suami. Lebih-lebih lagi Aleeya yang sering bermasam muka kerana rindu akan ayahnya.

Fatihah terpaksa kerja keras untuk menyara kehidupan mereka berdua sehingga mengabaikan Aleeya. Airil menyedari kesulitan Fatihah dan cuba untuk membantu. Tetapi adakah Airil sudah berubah sepenuhnya dan sudah tidak baran seperti dahulu lagi?

Video promo


OST/Lagu tema: Sabhi Sadhi - Setia Menunggumu

Andainya Takdir 2 bakal menemui penonton mula 13 Jun 2018, setiap Rabu hingga Jumaat, di Tv3.

2 ulasan:

  1. ya..menarik juga drama ini...

    boleh layan untuk hilangkan rasa stress dengan permainan dunia

    BalasPadam