Cara Daftar Netflix Malaysia

25
Sejak Netflix mula dilancarkan di Malaysia pada Januari 2016, peminat-peminat filem/siri tv streaming bersorak gembira kerana mereka akhirnya dapat menikmati perkhidmatan hebat itu. Maka dengan ini bolehlah mereka menonton pelbagai filem dan siri antarabangsa yang menarik. Tapi masih ada yang belum tahu bagaimana cara untuk melanggan dan mendaftar Netflix Malaysia.

Sebelum itu, yang tertanya-tanya apa itu Netflix?, meh saya terangkan. Netflix adalah penyedia perkhidmatan penstriman video berbayar yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Ia menyediakan pelbagai kandungan popular seperti filem, siri-tv, dokumentari, rancangan temubual, dan lain-lain.

cara daftar netflix malaysia

Senang cerita, Netflix ni seperti gabungan antara Astro dan Youtube. Di mana anda perlu membayarnya setiap bulan dan hanya boleh diakses dengan talian internet. Cara menggunakan Netflix di Malaysia adalah sama dengan seluruh dunia iaitu melalui semua peranti yang mempunyai sambungan internet sama ada smart tv, computer, telefon, atau tablet/iPad.

Baca juga: Android Box Terbaik dan Berbaloi  

Ada yang merasakan agak membazir bila bayar bil Astro setiap bulan tetapi Astro sering mengulang tayang rancangan sama. Ada juga yang tidak mempunyai masa untuk menonton tv kerana sibuk dengan urusan kerja. Golongan ini lebih memilih untuk melanggan penstriman video.


Pelbagai filem dan siri tv popular yang boleh ditonton. Malah, Netflix mempunyai original content yang terdiri daripada filem dan siri berkualiti yang hanya boleh ditonton pada Netflix. Kebanyakkannya dibintangi nama-nama besar Hollywood.

Setakat ni saya sudah menonton beberapa siri original Netflix iaitu Stranger Things, Unfortunate Events, dan 13 Reasons Why. Memang best dan berkualiti. Stranger Things is by far the best series I have ever seen! Filem original pun tidak kurang hebatnya seperti To The Bone, Annihilation, Okja, Bright, dan banyak lagi.

Saya pernah menulis review siri dan filem Netflix, kalau nak baca boleh rujuk link kat atas. 👆👆👆

Anda perlu tahu, Netflix memberikan percubaan PERCUMA SELAMA 30 HARI untuk pengguna yang baru mendaftar. Tetapi semasa mendaftar, anda perlu memasukkan maklumat kad kredit/debit. Jangan risau, tiada caj akan dikenakan dalam tempoh ini dan anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa.

Cara Daftar Netflix Malaysia


Langkah 1: Layari https://www.netflix.com/my/
Langkah 2: Join Free For A Month


Langkah 3: Pilih "See the plans". Pilih satu di antara tiga pelan yang anda mahu. Kemudian klik "Continue"


Langkah 4: Di ruangan 'Create Your Account', klik "Continue"
Langkah 5: Masukkan email dan password anda pada ruang yang disediakan
Langkah 6: Pilih jenis pembayaran.


cara daftar netflix malaysia

*Jika anda merupakan pelanggan Maxis atau Digi, anda boleh pilih telco tersebut dengan memasukkan nombor telefon postpaid anda. Netflix akan mengenakan caj melalui bil telefon anda.
Langkah 7: Jika memilih untuk menggunakan kad kredit/debit, masukkan butiran kad. Anda kemudian akan menerima nombor pengesahan yang akan dihantar ke telefon bimbit. Masukkan kod tersebut, dan klik 'Start Membership'.

SIAP!

Selepas siap mendaftar anda sudah boleh mula menonton. Cara nak tengok Netflix ni senang sahaja, Ia telah tersedia di smart Tv, XBOX, PS3, PS4 anda. Dan jika ingin menontonnya melaui telefon pintar atau tablet, muat turun aplikasi Netflix secara percuma di Apple Apps Store, Google Play, dan Microsoft.


Kelebihan Netflix Malaysia


  • Penawaran program yang diterbitkan mereka sendiri. Jumlah kandungan ini semakin meningkat saban tahun.
  • Peminat komik MARVEL pasti akan gembira kerana banyak series adaptasi komik sepertiLegion, Jessica Jones, The Punisher, Luke Cage, The Defenders, Daredevil, dan Iron Fist.
  • Tiada komitment. Sekirannya anda tidak berpuas hati dengan kandungan Netflix, anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang caj. Tak macam Astro kan?
  • Tidak perlu menunggu untuk tonton episod baru. Katakan sesebuah siri mempunyai 8 episod, Netflix akan menyiarkan kesemuanya sekaligus.
  • Banyak kandungan hebat yang dipecahkan dalam beberapa kategori iaitu romance, horror, action, documentary, rancangan kanak-kanak, dan lain-lain.
  • Anda boleh tonton Netflix percuma selama 30 hari, jika tidak berminat, boleh batalkannya pada bila-bila masa.
  • Boleh ditonton secara offline. Anda dibenarkan memuat turun kandungan untuk ditonton kemudian. 
  • Dengan harga serendah RM33, Netflix murah di Malaysia. Jauh lebih murah dari Astro.  

Keburukan Netflix


  • Anda perlu tahu yang kandungan Netflix tidak ditapis. Penggunaan bahasa kasar, adegan 18SX juga ditayangkan sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan kandunagn berunsur LGBT. Maka sesetengah filem dan siri tidak sesuai ditonton bersamakanak-kanak.
  • Jumlah kandungan yang boleh ditonton di Malaysia lebih kecil berbanding apa yang ditawarkan di Amerika Syarikar dan Eropah. Ia berbeza mengikut negara. Mungkin masalah perlesenan. Beberapa pengguna menggunakan VPN Malaysia untuk mengakses kandungan penuh.
  • Untuk peminat filem dan drama bersiri Melayu, anda pasti akan kecewa kerana setakat ini Netflix tidak menawarkan kandungan tempatan.
  • Cara bayar Netflix Malaysia adalah menggunakan kad kredit/debit. Walaupun ia lebih mudah dan selamat, masih ramai yang tidak memiliki kad tersebut. Lebih kurang sama je dengan cara bayar iFlix Malaysia.

Ini beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum melanggan Netflix


  • Memerlukan internet laju & stabil
  • Anda dinasihatkan menggunakan internet tanpa had untuk mengelak kehabisan quota/data. manalah tahu, kita ni mudah leka.
  • Kualiti video bergantung kepada jenis pelan yang anda langgan. 
  • Tempoh 30 hari itu adalah satu-satunya cara tengok Netflix percuma.
Itu merupakan cara daftar Netflix Malaysia, mudah bukan? Kalau jarang tengok tv, dan tidak mahu terikat dengan Astro, lebih baik langgan perkhidmatan penstriman video.

Tags

Post a Comment

25Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Memang mudah netflix ni. Lepas tu siap ada suggestion lagi. Fuhh. Bestt

    ReplyDelete
  2. Tapi kannn.. Movie cam lama lama je.

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni semunya di hujung jari. Menarik juga pakejnya. Peminat filem luar boleh la subscribe. Tapi bab filem tidak ditapis tu paling tak suka sebab takut ada adegan tak sesuai tontonan anak remaja.

    ReplyDelete
  4. Pakej Netflix ni menarik tapi banyak keburukan yang tak sepatutnya kan..kalau nak tgok time anak- anak takde la kot..haha..SA paling x berkenan kalau ada filem yang tak ditapis..walau canggih macam mana pun pakej tu tetap takde yang bagi kepuasan..

    ReplyDelete
  5. kos berganda la pulak..

    bayar Netflix dan bayar data internet Unlimited..

    kalau saya guna 20GB memang seminggu dah habis kouta

    ReplyDelete
  6. rasanya i pun nak try netflix ni.. banyak rancangan rancangan yang menarik ni.. nak tengok la.. heheheheheh

    ReplyDelete
  7. Already have netflix at home and now Im binge watching and wasting my time non stop. so addicting

    ReplyDelete
  8. Netflix ini menampilkan banyak program menarik ya? Apalagi yang suka nonton film tinggal milih programnya saja.

    ReplyDelete
  9. Info yg menarik buat mereka yg belum melanggan netflix.
    Sis ada tpi tak rajin pun tgok..kdg2 je le bila terasa nk tgok

    ReplyDelete
  10. i dah lama registered netflix memang layan habis drama siris so far yang dah habis layan cerita anneee

    ReplyDelete
  11. Netflix sekarang dah jadi trendy di kalangan masyarakat Malaysia . Kebanyakkan sering menghbiskan masa berjam jam menonton rancangan kegemaran mereka.

    ReplyDelete
  12. Mmg teringin naknkangsn neflix tapi masalah ya x tahu nak tontonnya bila. Hahhahahs. Bz giler aktiviti setiap hari

    ReplyDelete
  13. Eh, murah je Netflix cas rupanya. Lagi better dari Astro pulak tu..boleh consider untuk pasang ni..

    ReplyDelete
  14. Netflix has a lot of channels to be watched. I can watch my favourite cartoon and Hong Kong movie too. And can watch non stop either with mobile phone or desktop

    ReplyDelete
  15. macam best je guna neflix ni.... siap bergabung dgn astro.... lagi murah dr astro ke cmne? saya suka tgk movie2 ni..... boleh bgtau husband cmni.... hehehe.....

    ReplyDelete
  16. best netflix ni sebab boleh tengok balik rancangan/ drama yang lama. Dulu suka follow prison break hehe. Yes, stranger things memang best tak rugi follow cerita tu hahaha.

    ReplyDelete
  17. Believe it or not, I've not tried this before, even my mum has netflix, lol, I think I need to give this a try but most of the time I don't have much time to spare.

    ReplyDelete
  18. Netflix tampak menarik betui dengan harga yang ditawarkan .Rm33 basic package pun dah menarik.Harga pun murah. Kena try la ni

    ReplyDelete
  19. Apsal aku x boleh nk masukkan no. tepon ea? aku pakai maxis

    ReplyDelete
  20. sy pun try guna debit or credit card x boleh juga,masukan no.hp pun xboleh juga..netflix tetap akan potong ka kalau dah ada account?

    ReplyDelete
  21. sy berminat tapi boleh tahu tak,netflix boleh sambung ke mirascreen anycast????sy biasa pasang movie phone ke tv guna mirascreen ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh tapi a bit tricky. boleh cuba nanti ya?

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top