Review McDonalds Mexicana Chicken Burger dan Strawberry Custard Pie

25
Sejak kebelakangan ini McDonald's Malaysia sering hadir dengan menu menarik. Demam Burger Rio dan Aiskrim Durian masih belum kebah. Kini McDonalds memperkenalkan Mexicana Chicken Burger berserta Strawberry Custard Pie.

Ini kerana, McDonald's masih meneruskan kempen Discover The World yang citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dan kali ini giliran Mexico. Jadi Mexicana Chicken Burger adalah menu kedua selepas Burger Rio (Brazil) tempoh hari.


Menu yang hanya hadir dalam tempoh terhad ini sering mendapat sambutan menggalakkan dari penggemar McDonald's. Adakah burger dari Mexico ini berjaya 'menangkap' selera orang Melayu?

Saya sempat cuba Mexicana Chicken Burger tempoh hari and I'd like to write a review.

Review McDonalds Mexicana Chicken Burger Strawberry Custard Pie


Burger ini hadir dengan kotak khas yang mempunyai design ala Mexico. Apa lagi kalau bukan lakaran topi sombrero, gitar, dan cili. Dari melihat lakaran ini sahaja kita sudah dapat merasakan aura Mexico dan muzik unik seakan filem terbitan Disney, Coco.

Sama seperti burger Smokey Grilled Beef, Mexicana Chicken Burger turut dibalut dengan kertas tambahan. I feel a feeling they are trying to protect the super smooth bun. Seriously, rotinya memang smooth dan nampak berkilat! Tidak seperti burger lain tapi rasanya masih sama.


Mexicana Chicken Burger (MCB) mempunyai kepingan ayam rangup bersaiz besar. Berbezaan ketara MCB dengan burger lain adalah mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno yang memberikan sentuhan masakan Mexico.

MCB turut ditambah dengan campuran ada benggala merah, salad, tomato dan white cheddar cheese.


Sedap ke? Yes. Sedap sebab sos jalapeno tu memang lain dari yang lain. Ia mempunyai rasa smokey dan berkrim serta tidak begitu pedas. Kepingan ayamnya sedap, rangup, tetapi.... I am not a fan of chicken burger.I would be nice kalau ada pilihan daging lembu.

Baca juga: McDonald's Smoky Grilled Beef - Burger McD Paling Sedap 

Mexicana Chicken Burger dijual pada harga RM15.95 untuk set medium kentang goreng dan minuman ringan. Hidangan ala carte pula berharga RM12.50. Harga burger McD Malaysia memang mahal kan?

Strawberry Custard Pie


Selain MCB,  McDonald’s buat pertama kalinya memperkenalkan pencuci mulut, pie, dengan dua jenis inti di dalamnya. Strawberry Custard Pie berkongsi jenis crust yang sama seperti pai McD lain tetapi berinti strawberi dan kastard berkrim. Serious sedap!!! Lagi sedap dari Apple Pie. Gabungan strawberi dan custard krim tu memang menjadi. Strawberry Custard Pie boleh didapati dengan harga RM3.30.


Dalam pada itu, anda boleh semak senarai harga McDonald's Malaysia di laman rasminya, di http://www.mcdonalds.com.my/.

Okay, Mexicana Chicken Burger dan Strawberry Custard Pie cuma dijual dalam masa terhad sahaja. Cepat-cepat ke cawangan McDonald's especially McD Kelana Jaya yang famous (wait, kenapa branch ni famous sangat?) kalau tak nak terlepas untuk rasa makanan dari Mexico!

Post a Comment

25Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Nampak mcm sedap je..nanti nak ajak husband pergi beli jgk ka..heehe...

    ReplyDelete
  2. ok, belum rasa lagi nampaknya..adoi..bila nak kurus cenggini..ahaha

    ReplyDelete
  3. Jom sis kita g makan sesama... bila leh kenal nik khazami ni... hehe

    ReplyDelete
  4. Maxicana Chicken Burger tengok pada kotak pun rasa nak simpan buat kenangan. Menarik kali ini bila McDonals'd Malaysia menerusi kempen Discover The World membuat giliran cita rasa Mexico.

    ReplyDelete
  5. sejak berpindah lokasi kerja ni, memang jarang sangat da makan McD. Kalau dulu hampir hari2 muka ni masuk McD haha. So, baca review ni, memang kiena datanglah McD kan. hehe

    ReplyDelete
  6. Sally dah nak cuba haritu tapi entah kenapa tak sampai seru..ini dah baca review terus rasa nak call delivery sekarang jugak tapi pie tu mmg teringin nak cuba!

    ReplyDelete
  7. Akak ni kan..kalau bab makanan segera ni agak kureng skit..kalau anak dara akak memang dia suka..ni kalau dia tau ada perisa baru sure meroyan ajak akak pi..boleh la consider nanti ni....

    ReplyDelete
  8. Orang kata burger ni pedas so saya tak dapat nak merasa. Time pregnant ni tak boleh nak makan benda benda pedas, nanti muntah. Tak tau lah kenapa

    ReplyDelete
  9. hadoi lah, nik.
    da byk blog aida baca pasal burger ni tau.
    menggugat jiwa ku yg sedang diet fastfood ni.
    hadoi lah...
    mcD bab burger memang dia menang la. compare dgn other fastfood, kan.
    menggoda sungguh!!!!!!

    ReplyDelete
  10. bole tahan jugak harga burger tuh ek. tapi sedap so tak kisahlah kan sekali sekala makan

    ReplyDelete
  11. tk try lg berger baru kt mcd ni...aritu nk try yg strawberry custard pie tu tp sold out..dh pegi outlet lain pn sold out..frust tk dpt merasa

    ReplyDelete
  12. haritu nak pergi mcd, tapi tak terpergi pulak..nak cuba rasa burger baru ni..nanti nak pergi la..nak cuba custrd pie juga

    ReplyDelete
  13. Yes baru je cuba Mexicana Chicken Burger ni semalam! Mmg rasa nya seperti yg di war-warkan. But in my POV, the taste tak terlalu mexican sgt kalau nak berbanding rasa asas mexican food. Overall okay lah i like it!!

    ReplyDelete
  14. Hari tu ada orang belanja kita makan burger ini memang sangat pedas nasib masa tu ada promodi aiskrim durian tu hehehe jadi lega sikit kita makan ngan burger ini...

    ReplyDelete
  15. Strawberry custard pie tu memang sedap dah banyak kali makan tak jemu, next time nak makan burger pulak.... he he he

    ReplyDelete
  16. Belum lagi cuba burger ni, memang teringin jugak nak cuba..nak tau sodap ke idok seperti yang di gembar gemburkan tu..:D.

    ReplyDelete
  17. Mc d ni kreatif selalu keluarkan produk baru. Tapi dlm banyak berger plg suka dan akan order ialah samurai berger. Yg lain kurang sikit utk tekak ayu hehe

    ReplyDelete
  18. Dah try Mexicana Burger dan Strawberry Sundae ni. Memang best.macam mana dekat iklan tv macam tuh lah in realitynya.rasanya memang terbaik

    ReplyDelete
  19. Dah try mexicana ni..sedap gak..tpi xleh selalu sbb tgh diet kan..nnt hilanv diet kalau dengan burger2 mekdi ni

    ReplyDelete
  20. Ok tengok roti dia memang berkilat hahah. Sedapnya strawberry pie!! Dulu suka beli apple pie. Baru ni Nad try strawberrg sundae mcd, boleh tahan jugak harga dia sampai 2.40 😂 Baik beli strawberry pie hahah.

    ReplyDelete
  21. Hmmm...sedapnya dah lama xpg mkn2 kat MCD

    ReplyDelete
  22. tarot dah try custerd pie tu, memang sangat sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top