Semak Kelayakan Free Speed Upgrade Unifi Streamyx

20
Saya pasti anda semua sudah tahu yang Telekom Malaysia (TM) kini dalam proses menaik taraf kelajuan internet kepada pengguna sedia ada secara percuma. Oleh itu, jika anda pengguna Unifi atau Streamyx, anda sudah boleh mula semak sama ada layak menerima free speed upgrade bermula hari ini, 18 Julai 2018.

Sebelum itu, program naik taraf ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan baharu untuk melihat rakyat Malaysia menerima kualiti perkhidmatan jalur lebar bertaraf dunia dan pada harga mampu milik.


Melalui inisiatif ini, pelanggan Unifi dan Streamyx sedia ada layak menerima naik-taraf pada perkhidmatan mereka. Seperti biasa, pelbagai proses naik taraf ini akan tertakluk kepada sokongan teknikal dan sebagainya.

Okay, untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak, jom semak!

Semak Kelayakan Free Speed Upgrade Unifi Streamyx


Langkah 1: Layari https://unifi.com.my/turbo-upgrade/index.html

Langkah 2:  Pilih jenis jalur lebar anda, sama ada Unifi atau Streamyx.

Langkah 3: Masukkan beberapa butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, serta 'Service ID'. *Anda boleh dapatkan 'Service ID' TM di dalam bil bulanan.


Langkah 4: Klik 'I'm not a robot' untuk memastikan anda adalah individu sebenar, dan klik 'Verify Now'.

Sekiranya anda layak menerima free upgrade ini, perkataan "Congratulations" akan dipaparkan. Namun sekiranya pakej anda tidak layak, ia akan memaparkan "Not eligible".

Jenis speed upgrade TM 2018

TM Streamyx
Akan di naik taraf kepada Unifi atau 2 kali ganda kelajuan (jika lokasi tidak disokong Unifi)

TM Unifi    
20Mbps dan kebawah –> sehingga 100Mbps
30Mbps –> sehingga 300Mbps
50Mbps –> sehingga 500Mbps
100Mbps –> sehingga 800Mbps

Peningkatan kelajuan ini hanya bermula pada 15 Ogos 2018 secara berperingkat. Tunggu sahaja perubahan kelajuan internet anda kelak. Semak kelajuan ini boleh dilakukan di laman web TM Speed Test di - speedtest.tm.com.my/

Unifi package 2018 - Unifi Basic RM79


Dalam pada itu TM turutmemperkenal pakej Unifi 2018 yang baru iaitu Unifi Basic yang berkelajuan 30Mbps dengan kuota 60GB pada harga RM79 sebulan. Melalui pakej ini sekiranya pelanggan menghabiskan 60GB, mereka masih boleh melayari internet, tetapi kelajuan dikurangkan kepada 128kbps. What a joke right? Sudah 2018 pun masih tawarkan kelajuan kbps.


Ramai yang bingung dengan pakej TM Streamyx dan Unifi ni. TM suatu ketika dahulu pernah mempromosikan Streamyx 4Mbps, RM88. Kemudian katanya Streamyx akan menggunakan jenama Unifi sepenuhnya. Sedangkan package Streamyx 2018 masih berjalan.

Baca juga: Cara Tukar Pasword Unifi
 
Boleh semak sekarang sama ada layak menerima free speed upgrade Unifi Streamyx ni. Saya sendiri pun banyak kali cuba tadi. Asyik server down memanjang, mungkin terlalu banyak menerima trafik hari ini. Lol!

Tags

Post a Comment

20Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Free Speed ni dia bagi masa terhad je eh?. Menarik juga menambahkan kelajuan sebab untuk internet mereka yang lambat je tu jenuh juga nak buat kerja sekolah atau office ke kalau kelajuan internet lambat. Good offer juga ni.

    ReplyDelete
  2. Belum semak lagi. Nak juga tambah speed kat rumah yang macam kura kura menari hawaii ni. Harap saya layak la.Unifi please!!!

    ReplyDelete
  3. SA ni dari awal tahun nak masukkan internet kat rumah..senang untuk kegunaan SA dan Dania kan..tapi itu la..blom lagi terlaksana...harap akan datang ada la..zaman sekarang zaman teknologi kan

    ReplyDelete
  4. line internet laju memang dambaan setiap netizen kan..harap2 betol betul laju la ni nanti

    ReplyDelete
  5. Wow kita pun tak tahu cara nak check ni hehehe thank sebab sudi share lepas ni kita akan terus cek kita layak ker tidak waaaa harap-harap layak lah...

    ReplyDelete
  6. oh ni suami ada cakap..nad cakap kita pakai jela sekrg, harga dikurangkan..kita kan aklau boleh nak harga dikurangkan..hehee..yang RM79 tu..bagusla..macam ni

    ReplyDelete
  7. Sis bab2 benda macam ni kureng pandai sikit..so sis serahkan pada yg berpenglaman dn tahu bab2 ni. Nasib baiklah ada sedara tinggal serumah so semua dia handle

    ReplyDelete
  8. It's good to hv free upgrade... such a nice benefit for streamyx user.. must be happy with faster speed..

    ReplyDelete
  9. Padanlah asyik slow je selama nie. Tengah upgrade rupanya. Okay lepas nie nak check lah kelajuan dia berapa. Ingat nak upgrade jugak nanti

    ReplyDelete
  10. OO.. boleh dah upgrade ye.. mcm TB dah pakai yang 20mbps unifi camne yea? boleh upgrade lagi tinggi ke.. ke memnag dha takat tu je.. tapi memang sejaka khir2 ni selow memanjang.. tak tau pasaipa.. sebab tengah upgrade la ye kot

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak tengok betul dak yg upgrade berkali ganda tu dari pakej yg sedia ada ni, mesti berdesup laju la kot dan harap jgn la macam sekarang ni...lagi perlahan dari siput..hehe

    ReplyDelete
  12. Still thinking whether want to consider Unifi as they offer a good package compare to fiber. I now pay RM168 per mth.

    ReplyDelete
  13. Kiya xguna unifi so xtau sgt... Hehe.. Tp bgus jugak boleh ugrade kan... Stkt ni guna TM je sbb ada tpon uma.. Tp klo uma fmly rse mcm nk psg wifi juga.. Nnti nk cek samada unifi ssuai x dgn kwsn sana..

    ReplyDelete
  14. Kami guna yang pakej unufi RM189 sebulan. Harap layak lah untuk free upgrade speed ni. Nanti nak try check. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. harap luluslah ,, tapi macam tak lepas nih..hehe

    ReplyDelete
  16. tak guna streamyx tapi guna maxis./.tapi nampak menarik pulak tgk pakej streamyx ni...ingat habis tempoh bond blh lah try streamyx pulak

    ReplyDelete
  17. Bestnya..geram kita..streamyx ni xda ka yg boleh upgrade...rumah kita xleh nak langgan unifi..sob2

    ReplyDelete
  18. lagi laju internet laju sedap buat kerja...

    cuma kalau dah terlalu laju ...data juga cepat habis

    ReplyDelete
  19. Unifi offering free upgrade to 16 mbps is a great offer. tm speed test is best.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top