Khamis, 26 Julai 2018

Xiaomi Mi A2 Hanya RM1199 di Malaysia

Peranti terbaharu Xiaomi, iaitu Xiaomi Mi A2 Malaysia boleh didapat pada harga RM1199. Ini merupakan berita baik kerana sejak tahun lalu, model sebelumnya, Mi A2, menjadi peranti kelas pertengahan popular.


Xiaomi sepertinya bijak dalam membina telefon pintar berspesifikasi menarik pada harga rendah apatah lagi telefon ini di bawah program Android One. Jika anda masih belum familiar, Android One hampir sama dengan sistem operasi peranti Google Pixel. Tetapi kita semua tahu yang harga telefon Google Pixel itu jauh lebih mahal.

Jadi apa yang menarik pada Xiaomi Mi A2 pada harga RM1199 ini?


Kamera


Kelebihan yang jelas pada Mi A2 terletak pada kameranya. Kualiti dan ciri kameranya setaraf dengan peranti kelas atasan. Mi A2 menyokong dwi-kamera belakang iaitu 12MP + 20MP. Kamera 20MP hadir dengan bukaan aperture ƒ/1.75 dan teknologi Super Pixel. Ini bakal menghasilkan gambar yang lebih terang dan jelas walaupun pada keadaan gelap.

Manakala kamera hadapan/selfie pula pada 20MP dengan aperture ƒ/2.2, Super Pixel, menyokong ciri AI Portrait, AI Beautify 4.0, HDR, dan 4500K lampu selfie. Dengan ciri ini gambar selfie anda akan lebih baik dan lembut. 

Design


Dari segi rekaannya, ia membawa design berasaskan logam. Dengan perletakkan kamera belakang secara menegak yang saya kira sudah menjadi trend untuk tahun 2018. Pengimbas cap jari turut ditemui di bahagian belakang.


Di bahagian bawah pula, Mi A2 hadir dengan pembesar suara Mono yang menghasilkan bunyi lebih kuat dan berkualiti. Malangnya, seperti terikut-ikut dengan trend masa kini Mi A2 tidak lagi membawakan earphone jack 3.5mm, sebaliknya USB-C. Mujur peranti ini menyediakan adapter USB-C untuk memudahkan anda menyambung mana-mana aksesori audio.

Jika anda merasakan designnya agak familiar, ia menggunakan badan seperti Xiaomi Mi 6x. Akan tetapi Xiaomi Mi 6x Malaysia lebih mahal.

Baca: Punca Data Internet Telefon Cepat Habis

Sokongan QuickCharge 3.0


Menariknya telefon ini pengecasan QuickCharge 3.0 pada kadar maksimum18W.

Skrin


Xiaomi Mi A2 hadir dengan paparan 5.99-inci Full HD+, panel IPS LCD dalam bentuk nisbah 18:9. Ia membawakan skrin bingkai nipis tanpa takuk.


Sistem


Dari segi sistem, Mi A2 didatangkan dengan  Android 8.1 Oreo berasaskan Android One, iaitu program yang menawarkan Android asli tanpa sebarang pengubahsuaian besar. Anda boleh lihat antara muka ini pada Google Pixel.

Mi A2 dilihat hadir dengan peningkatan ketara berbanding Mi A1. Penggunaan cip Qualcomm Snapdragon 660 Ia membawakan cip lapan teras dengan dua kluster berbeza,  4 x Kyro 260 2.2 GHz yang dilihat lebih berkuasa.

Storan


Xiaomi Mi A2 hadir dengan dua pilihan iaitu 4GB dan 6GB. Tiga variasi storan dalaman iaitu32GB/64GB/128GB eMMC 5.1. Malangnya ia tidak menyokong kad microSD.

Spesifikasi Xiaomi Mi A2



Xiaomi Mi A2

Skrin
5.99 inci PS LCD Full HD+, nisbah 18:9, 403 ppi
CPU
4 x Kryo 260 2.2 GHz
4 x Kryo 260 1.8 GHz
Cip
Qualcomm Snapdragon 660
Memori
4GB / 6 GB
Storan
32GB / 64Gb / 128GB eMMC 5.1
Kamera belakang
12MP f/1.75 + 2-MO f/1.75
Kamera hadapan/selfie
20MP f2.2
Sistem operasi
Android One, Android 8.1 Oreo
Bateri
3010 mAh, pengecas 10W
Berat
166g


Xiaomi Mi A2 release date in Malaysia


Xiaomi Malaysia telah mengesahkan peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia mulai 31 Julai 2018 pada harga RM1199. Anda juga boleh mendapatkan telefon ini di kedai rasmi Xiaomi di laman Lazada.

Dengan mengumumkan harga pasaran, ini menyaksikan penurunan harga pada peranti sebelumnya iaitu Xiaomi Mi A1 kepada RM599 berbanding sebelumnya RM799 (BELI DI SINI).

Pada saya Xiaomi Mi A2 price in Malaysia -RM1199; adalah sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki. Ciri yang paling menonjol sudah pasti pada kamera dan sokongan Android One.

21 ulasan:

  1. pakai Vivo sekarang ni..kena tahan sabar 2 tahun sebab kontrak..haha

    BalasPadam
  2. wah menarik harga dan tawaran henset ni. lama nak tukar hp

    BalasPadam
  3. paparan telefon ini sangat menarik iaitu hampir 6 inci..

    telefon yang saya guna masih ok lagi dan setakat belum terasa mahu menggantikan yang baru

    BalasPadam
  4. Sebelum akak guna Huawei ni kan..akak guna Redmi note 2, HP Mi ni memang bagus..tahan lama akak pakai lama..la ni dah sedekah kat anak dara dah..haha

    BalasPadam
  5. Semlm aida baca neffos.
    Today dpt review ni. Perfect.
    tambah ilmu. mr. asben hunting for new phone.
    Anak aida kedua pun nak jugak phone.
    phone dia Izzat balik, terus off selama2nya.

    BalasPadam
  6. Xiomi ada keluaran baru ke. Memang sedang mencari handphone yang cameranya cantik untuk diambil gambar. Harganya pun sangat berpatutan dan sesuailah dengan budget saya.

    BalasPadam
  7. Phone ni husband asyik duk usha je dari dulu masa mula mula dieorang nak launching. tapi last last dia pergi cari google pixel second hand sebab nak test android

    BalasPadam
  8. Pernah ada ura ura nak try xiomi but at the end pilih Huawei. I like that they now improve in camera features. Good specs too.

    BalasPadam
  9. Kalau beli phone plg penting tgk spesifikasi kamera dan storage dia. Lain2 feature just tambahan jer. Tapi tgk pd harga dan fungsi yg ditawarkan agak berbaloi

    BalasPadam
  10. bagus juga phone Xiomi nie tuk jadikan sebagai phone kedua dan lagi menarik kalau blh guna SD card lg best sbb blogger nie suka ambil gambar bebyk..

    BalasPadam
  11. Yg penting kameranya mampu hasilkan gambar berkualiti. Tak gitu ?

    BalasPadam
  12. Bagus info ni , smarphone ini sesuai untuk dijadikan handphone ke dua... harga pulak berpatutan sangat..

    BalasPadam
  13. Haritu dahusha telefon neffos ni..namapk menarik ..banyak kelebihan dia..suka dengan gambar dia..sharp sangat..

    BalasPadam
  14. Tengokkan harga dan specs smartphone ni, macam sangat berbaloi je dengan harga yg ditawarkan..

    BalasPadam
  15. Xiaomi pun bagus jugak handphone nya..kamera pun pk.saya ada satu handphone xiomi..memang puas hati lah.harga murah tapi spec bagus

    BalasPadam
  16. Maznee memang suka pakai xiomi. Berbanding dulu pakai samsung, harapkan harga je mahal, tapi cepat panas. Sekarang ni pun kami pakai xiomi

    BalasPadam
  17. Kalau nak beli handphone spec tinggi pada harga yang berpatutan, jenama ini memang jadi pilihan mama

    BalasPadam
  18. Untuk telefon bimbit yang canggih macam ni, harga tu kira ok sangat kan. Ibu pakai handphone sekarang ni pun jenama mi juga. Tahan walau dah jatuh banyak kali

    BalasPadam
  19. Makin menarik la fon2 xiaomi ni...adudu..tergugatnyaaa

    BalasPadam
  20. 1199 harga xiominya? Klo dirupiahkan hampir sama dengan 6 juta di Indonesia. Ini memang sudah sesuai haraganya ya dengan kualitas yang bagus. Fitur fiturx juga banyak banget dan keren

    BalasPadam