Rabu, 22 Ogos 2018

Ciri Menarik dan Harga Oppo F9 Malaysia

Oppo sekali lagi hadir dengan sebuah peranti terbaharu iaitu Oppo F9. Peranti kali ini sekali lagi memfokuskan kualiti kamera selfie. Dan menariknya, Oppo F9 menampilkan takuk atau 'notch 'bersaiz kecil dan paling minima yang pernah kita lihat sebelum ini. Selain daripada takuknya, apa lagi ciri menarik yang ada pada Oppo F9 dan berapa pula harganya di Malaysia?

Oppo F9 hadir kira-kira lima bula selepas model siri-F terdahulu iaitu Oppo F7. Uniknya F9 adalah pada notch nya. Adakah notch seperti ini yang pengguna mahukan?

Baca juga: Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone


Ciri Menarik Oppo F9


Notch 'titisan air' atau waterdrop


Jika anda perhatikan dengan teliti notch kali ini, iaitu berbentuk 'V'. Notch titisan air ini mengambil inspirasi dari pancuran air yang mewakili ciri pengecasan pantas. Do we really need to get rid of notch? Kerana notch semakin tidak disedari kewujudannya.

Baca juga: Cara Semak Oppo Original

Tetapi penampakan notch yang minimum sebenarnya membantu dalam memainkan video pada paparan penuh.

Kamera

Untuk meneruskan legasi model keluarga 'F', Oppo terus melakukan penambah baikkan pada kamera hadapan. Oppo F9 memperlihatkan 25MP bagi kamera selfie, dan gabungan 16MP dan 2MP untuk kamera belakang. Hasil gambar dilihat lebih baik berbanding F7.


Kamera hadapan memiliki teknologi AI yang mampu merakam selfie yang boleh 'mencantikkan' wajah, serta fungsi HDR yang memperbaiki cahaya dalam situasi backlight.

Pengecasan pantas


Buat pertama kalinya dalam peranti siri-F, Oppo menyertakan teknologi VOOC, iaitu ciri pengecasan pantas. Teknologi ini adalah sama seperti VOOC yang ada pada peranti OnePlus. Dengan teknologi ini anda boleh meneruskan dua jam waktu berbual dengan pengecasan selama 5 minit.

Spesifikasi Oppo F9


Paparan
LTPS IPS LCD, 16M Colors,
Skrin
1080 x 2340 pixels, 19.5:9 ratio, 409 ppi, ColorOS 5.2
Chipset
Mediatek MT6771 Helio P60
CPU
Lapan teras
Kamera belakang
Dwi-kamera, 16MP + 2MP, f/1.8
Bateri
3500 mAh
Pengimbas cap jari
Disertakan; terletak di belakang peranti
Berat & Saiz
169 g |6.17 x 2.91 x 0.31 inci
 

Pemprosesan


Oppo F9 dikuasakan dengan Mediatek Helio P60 lapan teras dan memori sehingga 6GB RAM. Peranti ini menggunakan sistem operasi Andoid 8.1 Oreo iaitu sistem operasi Android yang terkini.

Design


Berbeza dengan peranti lain di pasaran, Oppo F9 warna menampilkan konsep warna 'gradient'. Warna campuran ini agak menyerlah. Jika anda tidak menggunakan phone case, anda akan dapat lihat warna istimewa ini.


Harga Oppo F9 di Malaysia


Oppo F9 akan dijual pada harga RM1399, dan akan memasuki pasaran Malaysia pada 30 Ogos 2018.

Sebagai telefon yang berada dalam kelas pertengahan, ciri-ciri menarik Oppo F9 ini memang impressive. Malah, harganya juga masih dalam lingkungan mampu milik.  Jika anda bercadang untuk membeli telefon Android yang baharu, Oppo F9 is highly recommended.

3 ulasan:

  1. ya...harga yang masih dikatakan mampu milik bagi mereka yang nak gajet bawah dari RM1500..

    BalasPadam
  2. lambat sikit jee beli oppo f9 ni huhu

    BalasPadam
  3. boleh la dengan harga mampu milik untuk dptkan hp yg menghasilkan gbr dengan kualiti yg baik.

    BalasPadam