Sebelum itu, khabarnya Shopee kini semakin hampir merampas takhta Lazada sebagai platform e-dagang nombor 1 di Malaysia. Betul ke? Jika mereka mengekalkan prestasi seperti sekarang, tidak mustahil Shopee akan menjadi portal membeli belah pilihan utama Malaysia.
Platform jual beli online paling mudah
Satu lagi faktor yang menyumbang kepada populariti Shopee adalah kerana ia merupakan platform jual beli online yang mudah. Anda bukan sahaja boleh membeli, bahkan menjual barang dengan mudah dan pantas. Saya dah cerita panjang lebar dalam artikel ini - Shopee Aplikasi Untuk Jual Beli Barang
Shopee menjadi medium baharu usahawan online untuk menjana pendapatan kerana ia tidak melibatkan modal yang besar. Segalanya boleh dilakukan dengan mudah melaui aplikasi Shopee iOS/Android yang boleh dimuat turun percuma.
Saya sendiri pernah menjadi seller. Seriously, memang mudah sangat jual barang di Shopee. Dah la tidak memerlukan syarat ketat. Shopee pula tidak mengenakan sebarang bayaran atau komisyen atas setiap produk yang berjaya dijual. Best kan? Boleh baca lanjut di sini - Cara Jual Barang di Shopee.
Tetapi bagaimana pula anda berdepan dengan kesulitan? Mesti kelam kabut. Mana tidaknya, ia melibatkan wang ringgit. Nah, ketika inilah memerlukan anda menghubungi Shopee Customer Service.
Ini antara permasalahan yang sering dihadapi pelanggan dan penjual Shopee
- Barang tiba lewat dari tarikh yang dijanjikan - Kita semua biasa berdepan dengan masalah ini. Apabila ETA menetapkan barang akan tiba dalam masa 3-5 hari berkerja. Tetapi dua minggu pun masih belum sampai.
- Barang rosak - Barang yang dibeli tidak berfungsi dengan baik dalam tempoh warranty. Ataupun rosak akibat pembungkusan yang tidak efficient.
- Ketiadaan stok - Shopee sering memaparkan sama ada sesuatu produk itu masih ada stok atau tidak. Yang menjadi masalah adalah, ia tertulis 'In Stock' dan anda sudah membuat bayaran, tetapi hakikatnya tiada stok dalam simpanan. Akhirnya, barang tidak sampai.
- Kod diskaun tidak berfungsi - Kita sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang untuk menggunakan kod diskaun. Tetapi kod tersebut tidak berfungsi. Perkara ini pernah terjadi kepada saya. Dan saya terus menghubungi khidmat pelanggan.
Oh ya, anda kena tahu yang Shopee hanya menyediakan medium, dan mereka sendiri tidak menjual barang. Sebaliknya ia bergantung kepada seller luar.
Jangan risau sekiranya anda mempunyai masalah seperti di atas, kerana anda boleh melaporkannya kepada khidmat pelanggan. Saya akan tunjukkan tatacaranya.
Cara hubungi Shopee Customer Service Malaysia
Terdapat DUA cara untuk menghubungi pegawai khidmat pelanggan Shopee. Iaitu menghubungi nombor telefon Shopee Malaysia DAN melalui email.
Cara 1:
Menghantar email kepada khidmat pelanggan. Email tersebut tidak perlu formal. Ringkas, mudah difahami (tidak menggunakan short form) dan straight to the point. Shopee customer service email:
support@shopee.com.my
Cara 2:
Hubungi Shopee contact number Malaysia
03 2777 9222
Anda boleh menghubungi mereka menggunakan kedudua cara di atas setiap hari dari jam 9 am - 6 pm.
Cuma anda perlu ingat itu simpan Shopee receipt/invoice yang mempunyai 'Order Number'. Senang untuk rujukan mereka nanti.
Saya juga pernah email kepada Shopee seller support, surprisingly email dibalas dalam waktu yang singkat! So, cubalah!
Untuk maklumat lanjut layari: https://help.shopee.com.my/hc/en-us/articles/115007707107
Hah sekarang dah tahu macam mana nak contact Shopee Customer Service Malaysia, semoga masalah pembelian anda dapat diatasi dengan segera.
alamak saya pergi website Shoppe pun belum pernah..
ReplyDeletenampak sangat ketinggalan zaman
Selalu shopping shopee tapi ada sekali tu barang sampai tak cukup. Bila dm seller boleh pulak senyap. No reply. Sedih kita. Sampai skrg tak ada jawapan dr shopee. Hmm. Dah la barang cust.
ReplyDeleteThanks for sharing, one of my friends had a bad experience with Shopee brg sampai tidak dijanjikan but personally I dah shopping banyak kali still ok.
ReplyDeleteBgus e comerce skg da ada talian online. Bkn sja convenient tp customers dpt thu byk jika pkhidmtn sdg mnjlnkn offer
ReplyDeleteAida baru skali soping di shopee. Ok la. Bettee than lazada. Before this aida setia dgn lazada. Shopee, diskaun nyer more! And beli byk got extra diskaun.
ReplyDelete*Better
DeleteBaru2 ni shopee ada menwarkan voucher 1sen kpd pengguna tp ianya sgt menyusahkan krn segelintir Cust terlalu biadap Dan kurang ajar hingga sanggup mereka reka cerita yg x btl hanya krn brg yg nk dibeli x bnrkn Oleh staf dgn pnuh hormat.sy sndiri sbg pengguna brasa marah ats tindakan yg x bertanggungjawab Cust tersebut.tlg hentikan 1sen anda yg sgt menyusahkan.
DeleteAkak dah pernah buat cara yang sama masa ada masalah dengan order akak..barang tiba- tiba tiada dalam stock..so far cepat dan mudah..
ReplyDeleteBaru je lepas dapat barangan dari Shopee. So far ok lah. Barang tiba kita pun happy. Harga sangat2 berpatutan. Kena pandai2 pilih la kan supaya berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
ReplyDeleteNi kompom kaki shopping kat shoppee..😀😀👍👍
ReplyDeleteSelalunya selepas dua cara yang digunakan ini tidak ada tindakan atau lambat paling cepat korang guna sosial media. Korang komen mereka kat sana memang akan laju mereka ambil tindakan sebab kita pernah buat hehehe bukan nak hentam tapi nak mereka ambil tindakan pada aduan kita jer...
ReplyDeleteSis belum pernah beli sendiri kat shopee..selalu suh cousin yg ada acc shopee yg belikan. Kalau nk jual barang pun suruh dia. Setakat ni alhamdulillah ok tak ada masalah
ReplyDeletebaguslah customer service Shoppe ni cekap dan efektif. Barulah customer yakin nak terus shopping di Shoppe.
ReplyDeleteIbu memang tak gemar beli barang online terutama sekali kalau abrang tu nak pakai cepat. Jadi macam diatas ni jadi kerja nak panggil shopee. Buang masa dan duit.
ReplyDeleteMemang terkenal dah nama syariakt e commerce besar ni dengan kualiti servis selepas perkhidmatan yang teruk. Baca review pun ramai yang komplen lambat
ReplyDeleteSaya pun tak berkenan nak beli dengan laman lazaaada dan choopee. Nampak macam urah, kes barang tak sampai pun banyak. Masa survey tu baca revie pelanggan lepas yang marah
ReplyDeletebagus ada pesaing hebat mcm shopee nie. Tentu masing2 berlumba2 meningkatkan mutu service..
ReplyDeleteSo far ..servis dari shopee tak pernah mngecewakan..saya mmg suka shopping kt shopee
ReplyDeleteSaya pun dah mula berjinak-jinak beli barang di Shopee, memang boleh lawan dengan Lazada. Cuma satu je yang tak best, Shopee ni tak ada affiliate program dia sendiri
ReplyDeleteeh adalah... tapi shopee partner dengan InvolveAsia.
DeleteKalau tak ada pesaing nanti industri akan jadi macam asto. suka suka sendiri nak naik harga dan berada dalam zon selesa
ReplyDeleteShoppepay block
ReplyDeleteOrder Barang tapi tidak sampai.... Da bagi Tau seller.. Dia ckp Tunggu ja sampai bila...
ReplyDeleteOrder Barang tapi tidak sampai.... Da bagi Tau seller.. Dia ckp Tunggu ja sampai bila...
ReplyDeleteBini Sye ada Oder barang dekat shoppe tapi belum sampai lagi selama seminggu tggu barang tu belum sampai,.. sampai ap ni
ReplyDeleteSy nk complain psl ada bbrp budak jnt yg pemalas.. selalu tinggal barang dkt guard house sedangkn sy ada kt umah.
ReplyDeleteutk pengahtahuan saya ada beli barang dari indonesia bath bilik mandi dgn harga rm245.00,tetapi penantian yg saya dapat hanya lah sekeping kertas yg bertulis rp700....itu yg saya dapat,..harap lepas ni tiada pihak yg terkena atas dasar penipuan...
ReplyDeleteHI...
ReplyDeleteBOLEH SAYA DAPATKAN NOMBOR TELEFON IBU PEJABAT SHOPEE..
SAYA DARI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA PUTRAJAYA....BOLEH EMELKAN SAYA DENGAN EMEL PEJABAT...
nooraini@jp.dosm.gov.my
shopee dah.monopoli curier...dia je.yg pilih......asyik jnt.....tamak samapi dah x terhamtar.brg....hold punya lama....byk.masalah...
ReplyDeletesaya ada beli barang di shopee. masih belom sampai tetapi status sudah bertukar SELESAI. kenapa macam tuu??!!!
ReplyDeletesaya ada buat pembelian barang tetapi barang tidak sampai .Hampir 1 bulan buat pembelian tetapi sampai sekarang tidak sampai.Cuba hubungi kedai barang tapi tiada jawapan.
ReplyDeleteTunggu Shopee pulang balik wang pun kena tunggu 15 hingga 30 hari. Apa la! Bukan silap buyer, seller yang tak order barang yang saya beli. Sudah 3 bulan 3 minggu dah baru Shopee terima untuk kembalikan wang lebih 10k.
ReplyDeleteSy tidak boleh pin shopee pay
ReplyDelete