Selasa, 21 Ogos 2018

Fakta Menarik Crazy Rich Asians

Fakta Menarik Filem Crazy Rich Asians | Ini adalah filem pertama Hollywood yang majoritinya menampilkan pelakon Asia. Memandangkan Hollywood kini dilanda gelombang 'diversity', di mana mereka menerima dan mengiktiraf karya dari semua pihak. Tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Crazy Rich Asian hadir tepat pada masanya.

Filem ini mendapat perhatian ramai pihak kerana dilihat berani mengetengahkan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Penerimaan terhadap filem bergenre romantic-comedy sudah tidak seperti dahulu. Genre sebegini telah dipinggirkan kira-kira sedekad lalu sejak jumlah kutipan dipawagam 'dibunuh' oleh filem superhero dan karya yang berbajet besar.


Tetapi tidak bagi Crazy Rich Asians. Filem arahan Jon M. Chu ini diterima baik oleh semua pihak. Ia dapat dinikmati peminat dari semua latar belakang.

Lebih mengejutkan, Crazy Rich Asians berada di tempat pertama dalam carta kutipan tiket di Amerika Syarikat dan Kanada. Ini merupakan filem pertama yang tidak bergenre fantasi atau superhero.

Menariknya, Crazy Rich Asians menampilkan tiga orang rakyat Malaysia iaitu Henry Golding, Michelle Yeoh, dan Ronny Chieng. Bagus juga si Henry Golding ni. Senyap-senyap je. Lepas terus muncul dalam filem Hollywood, terbitan WarnerBros pulak tu. Ini tidak, baru terrima panggilan ujibakat, terus heboh satu dunia. *cough*

Sinopsis


Mengisahkan Rachel Chu, seorang warga AS berketurunan Asia dari New York pergi ke Singapura untuk bertemu keluarga teman lelakinya, Nick, yang mengekalkan tradisi Cina. Rachel mendapat tahu yang Nick berasal dari keluarga yang kaya-raya. Bukan itu sahaja, Nick dikelaskan sebagai jejaka bujang pujaan di Asia. Di Singapura, Rachel terpaksa berhadapan dengan golongan sosialis, dan lebih parah, ibu Nick yang tidak menyukainya.


Pengarah: Jon M. Chu
Pelakon: Michelle Yeoh, Henry Golding, Constance Wu, Awkwafina, Ken Jeong.
Genre: Romantic comedy
Durasi: 2 jam 1 minit

Fakta Menarik Crazy Rich Asians


-Merupakan filem Hollywood pertama dalam masa 25 tahun yang menampilkan pelakon Asia.

- Crazy Rich Asians diadaptasi dari novel terkenal dari tajuk yang sama karya Kevin Kwan.

- Filem ini dibarisi tiga pelakon kelahiran Malaysia iaitu Michelle Yeoh, Henry Golding, dan Ronny Chieng.


- Watak Nick yang dipegang oleh Golding, hampir diberikan kepada Harry Shum Jr.

- Buku Crazy Rich Asians diterbitkan dalam bentuk trilogi. Ini bermakna ada kemungkinan ia mempunyai sekuel kelak.

- Ini merupakan filem pertama lakonan Henry Golding. 

- Ditayangkan pada 17 Ogos 2018, tarikh ini memang dirancang produksi. Mengikut feng shui, nombor 8 membawa tuah dari kekayaan. 17hb pula adalah 1+7=8.


- Salah satu faktor kejayaan filem ini disumbangkan oleh directornya. Jon M. Chu pernah mengarahkan Now You See Me 2, G.I Joe Retaliation, Jem and The Hologram, dan Step Up 3D.

- Jon M. Chu memanggil mereka yang berketurunan Asia untuk menghadiri ujibakat sebagai pelakon tambahan. Jon membuat hebahan melalui Youtube.

Baca juga:  Fakta Menarik Avengers Infinity War

- Menelan belanja kira-kira $30 juta USD

- Menjalani penggambaran sekitar Singapura, Cheong Fatt Tze Mansion (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, dan Pulau Rawa (Langkawi).


- Rumah agam nenek Nick dalam filem ini adalah Tyersall Park, bangunan bersejarah di Singapura tetapi dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

Crazy Rich Asians mula ditayangkan di Malaysia pada 22 Ogos 2018. Diharap beberapa fakta menarik ini dapat menambahkan lagi keterujaan anda  untuk menonton filem ini.

1 ulasan: