Harga dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 9 Malaysia

1
Pengeluar telefon pintar gergasi, Samsung hadir dengan peranti terbaharu iaitu Samsung Galaxy Note 9. Biarpun menggunakan rekabentuk dari model Note 8 tahun lalu, ia tidak mengecewakan dari segi spesifikasi. Samsung menggandakan semua fungsi yang ada dalam siri Note. Bahkan, spesifikasinya dilihat yang terbaik berbanding mana-mana peranti flagship Android setakat ini. Apakah spesifikasi menarik peranti ini? Dan berapakan harga Samsung Note 9 di Malaysia?


Sebelum itu, antara fungsi utama yang ditekankan pada peranti ini adalah saiz skrin yang lebih besar, S-Pen atau stylus yang menerima lebih banyak penambahbaikan, dan saiz bateri yang lebih besar.

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 9


Skrin


Saiz skrin Note 9 adalah 6.4 inci berbanding 6.3 inci pada Note 8. Pertambahan ini menyebabkan peranti sedikit besar dari segi lebar dan ketebalan. Tambahan pula, baterinya juga lebih besar. Tetapi Note 9  lebih pendek berbanding Note 8 kerana ketebalan bezel dikurangkan. Akan tetapi ia masih lagi sebuah peranti yang besar.


Dari segi paparan, pengguna akan menikmati skrin Super AMOLED Quad HD+ dengan 516 PPI. Teknologi ini sudah pasti akan memberikan pengalaman menonton dan bermain permainan video yang lebih menyeronokkan.

Pemprosesan


Seperti Galaxy S9, Note 9 dikuasakan oleh Qualcomm’s Snapdragon 845 atau dikenali sebagai Exynos 9810. tetapi kali ini lancar dan optimasi lebih baik pada GPU. Dan... peranti ini mempunyai sistem 'Water Carbon Cooling ' yang direka untuk kelancaran dan prestasi konsisten terutama jika bermain permainan video untuk jangka masa yang lama. Kaki Fortnite, this is for you.

Baca juga: Aplikasi Samsung Members Ganti MySamsung

S-Pen


Kita semua tahu yang semua peranti dalam keluarga Note mempunyai S-pen atau stylusnya sendiri. S-Pen pada Note 9 menerima penambah baikkan ketara termasuklah sambungan Bluetooth. Anda boleh menggunakan butang S-Pen untuk melancarkan fungsi kamera serta menangkap gambar.

Selain itu pada jarak sehingga 30 kaki, ia berfungsi sebagai remote control untuk menukar slide sewaktu pembentangan serta menukar lagu dalam playlist.


Bagaimana ia di cas? Memandangkan S-Pen kali ini menyokong Bluetooth, ia memerlukan anda untuk mengecasnya. Setiap kali anda masukkan S-Pen ke dalam dock nya, ia akan dicas selama 1 minit dan boleh beroperasi selama 30 minit.

Baca juga: Cara Semak Samsung Original

Antara fungsi lain yang boleh dilakukan S-Pen adalah:

  • Google Translate
  • Air command
  • Live Message - Menghasilkan gambar GIF dengan lakaran sendiri
  • Screen Off Memo
  • Bixby Vision - Melancarkan pembantu maya, Bixby

Apa yang saya suka akan stylus kali ini adalah Samsung membawakan warna kuning seperti pensil kayu klasik!




Pemprosesan
Qualcomm’s Snapdragon 845/Exynos 9810
Cip Grafik
 Mali G72 MP18
RAM
6GB / 8GB
Memori
128GB / 512GB (Micro SD Card sehingga 512GB
Skrin
6.4 inci QHD+ AMOLED HDR (516 PPI)
Kamera belakang
12+12 Megapixel , f/1.5+f/2.4, OIS, 2X Zoom Optikal + Scene Optimizer
Kamera selfie
8 Megapixel f/1.7, Auto Focus
NFC
Ya
Kalis Air
IP68
Pengecasan Pantas
Adaptive Fast Charging (15W)
Bateri
4000 mAh + pengecasan tanpa wayar


Camera


Dari segi kamera pula Note 9 membawakan teknologi sama yang ada pada Galaxy S9+ iaitu 12+12 Megapixel pada kamera belakang dengan aperture boleh laras  f/1.5 atau f/2.4.

Apa yang baharu pula adalah 'Scene Optimizer' yang berfungsi untuk menyelaras white balance dan contrast serta membantu anda menggunakan tetapan yang betul.


Kamera selfie pula disokong oleh 8MP dengan f/1.7. Apa yang menarik kali ini kamera hadapan yang memberitahu anda jika anda merakam gambar dalam keadaan mata tertutup. Ia akan memberi peringatan supaya anda merakamnya sekali lagi.

Bateri


Antara fungsi yang mendapat perhatian pada pelancaran Note 9 di New York tempoh semalam adalah bateri yang kini sebesar 4,000 mAh. Ini adalah peningkatan sebanyak 21% berbanding Note 8. Dalam pada itu Note 9 turut menyertakan sokongan pengecasan Adaptive Fast Charging (15W) dan pengecasan tanpa wayar pantas Qi.

Sistem DeX


Sistem DeX membenarkan anda menyambung peranti terus ke skrin komputer atau tv menggunakan HDMI to USB-C adapter.

Harga Samsung Note 9 Malaysia


Untuk pasaran Malaysia dua versi akan dibawa masuk iaitu 128GB dan juga 512GB.
128GB / 6GB RAM - RM3699
512GB / 8GB RAM- RM4599

Semoga spesifikasi menarik Samsung Galaxy Note 9 dan harganya di Malaysia ini dapan membantu anda dalam membuat tinjauan sebelum membeli. Ini kerana ada yang lebih memilih untuk membeli Samsung A9 untuk peranti Android. Power katanya.

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. hargannya boleh menggegar rakyat Marhaen..

    namun bagi mereka yang berkemampuan..soal harga bukan satu halangan...

    yang penting boleh dimiliki tanpa sebarang kerumitan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top