Ini Info Penyakit HFMD yang Perlu Anda Tahu

2
Sejak beberapa hari kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita penyakit HFMD yang semakin membimbangkan di Malaysia. Orang ramai perlu beri perhatian yang serius dan mengambil langkah berjaga-jaga. Ini kerana HFMD telah mencatatkan kematian.

Kes HFMD di Malaysia mencatatkan peningkatan ketara. Ia direkodkan sebanyak 6,000 kes berbanding 2017. 12 negeri telah melepasi paras amaran kecuali Johor, Sabah, dan Sarawak. Pada 30 Julai lalu penyakit berjangkit ini telah meragut bayi berusia 17 bulan dari Pulau Pinang.


Pada saat artikel ini ditulis, sejumlah 22 tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) situtup sementara. Daripada jumlah itu, 7 Tabika yang ditutup adalah di Selangor.

Namun, apakah HFMD ini? Apakah simptom, rawatan, dan langkah pencegahannya? Jika anda mempunyai anak kecil yang berumur bawah 10 tahun, wajib baca artikel ini sampai habis untuk tahu tentang bahaya HFMD.

Apa itu HFMD?


HFMD adalah 'hand, foot, and mouth disease' atau dalam Bahasa Melayu 'penyakit kaki, tangan, dan mulut.  Ia disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie atau virus enterovirus.

Penyakit HFMD berjangkit melalui:


  • HFMD merebak melalui sentuhan air liur, cecair dari ruam, dan najis contohnya...
  • Bersin dan batuk
  • Berkongsi makanan atau minuman yang boleh bersentuhan air liur seperti aiskrim dan gula-gula
  • Bersentuhan dengan permukaan yang sudah dijangkiti virus

Simptom HFMD

  • Antara tanda-tanda HFMD boleh dilihat dengan jelas iaitu..
  • Ruam pada tangan, kaki, dan mulut/lidah
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Lesu

Dapatkan nasihat doktor sekiranya anak-anak anda mempunyai tanda-tanda di atas. 

Ubat dan rawatan HFMD


Menurut laman https://kpkesihatan.com, setakat ini tiada ubat khusus untuk membunuh virus tersebut. Mereka yang terkena jangkitan ini hanya diberi rawatan untuk menghilangkan demam dan mengurangi gatal pada ruam. Contohnya ubat ulser.

Jangkitan penyakit ini selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan ianya sembuh dengan sendiri dan tempoh kuarantin adalah sekitar 7-10 hari apabila ketahanan atau imuniti tubuh terbentuk.

Kanak-kanak yang dijangkiti boleh dirawat dengan cara:
  • Rehat secukupnya.
  • Minum air secukupnya
  • Beri makanan dan minuman kegemaran supaya selera makan bertambah

Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menggalakkan pesakit HFMD mendapatkan rawatan tradisional. Rawatan perubatan di hospital atau di klinik penting bagi memastikan jangkitan itu dirawat dengan cara betul. Perkongsian di media sosial yang merawat HFMD menggunakan serbuk kunyit, daun semambu dan bedak sejuk adalah salah. Sumber: Astro Awani

Cara pencegahan HFMD


Memandangkan tiada ubat HFMD yang khusus untuk virus ini, langkah yang paling selamat adalah mencegah dari anak kena HFMD. Selain kanak-kanak bawah 10 tahun, orang dewasa turut terdedeah kepada penyakit ini.

  • Kerap cuci tangan menggunakan air bersih dan sabun
  • Tutup mulut ketika batuk dan bersin
  • Elak sentuhan langsung
  • Elak berkongsi makanan yang boleh bersentuhan air liur seperti aiskrim
  • Sekiranya anak anda terkena HFMD, elakkan ke tempat awam seperti sekolah, pasaraya, dan taman permainan.
  • Bersihkan alat permainan yang terkena air liur
  • Jangan berkongsi bekas makanan/minuman, tuala, sapu tangan, dan berus gigi

Pada luaran, penyakit HFMD ini tidak nampak serius. Tetapi kita kena ingat yang penyakit ini telah membawa maut. Langkah utama yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa alah sentiasa menjaga dan mengajar anak-anak akan pentingnya kebersihan diri. Semoga bermanfaat.


Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. hmmm kesian tengok bayi yang kena penyakit ni. thanks info, sekarang dah tahu biasa dengar orang cakapje

    ReplyDelete
  2. baru semalam sorang anak customer kena :(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top