Rabu, 29 Ogos 2018

Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Setiap individu dilahirkan dengan pelbagai jenis kulit. Sama ada normal, kering, berminyak, atau kombinasi, setiap satu daripadanya mempunyai masalah yang tersendiri. Bagi kulit berminyak, ia memerlukan anda menjaganya dari masa ke semasa untuk mengelak wajah dan tampak bersinar. Tapi tahukah anda terdapat beberapa jenis pencuci muka untuk kulit berminyak yang boleh mengawal kulit dari minyak berlebihan?

Setiap produk pencuci muka mempunyai pengkhususan yang tersendiri. Ini bermakna anda tidak boleh sembrono membeli cleanser. Mahu atau tidak, anda perlu beli yang sesuai dengan jenis kulit.


Pencuci muka yang dikhaskan untuk kulit berminyak mampu mengecil dan membersihkan liang pori dari tersumbat. Sebab liang pori yang besar inilah yang boleh menyebabkan masalah kulit.

Contohnya blackheads, whiteheads, dan yang lebih teruk... jerawat! Nobody wants that.

Berikut merupakan beberapa pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak. Saya sertakan sekali harga dan link untuk anda beli secara online. Sebab ada di antaranya hanya boleh didapati di atas talian, dan jauh lebih murah.

Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak


COSRX Low PH Good Morning Cleanser

Rangkaian penjagaan kulit Cosrx dari Korea ini memang tengah hot. Rata-rata yang menggunakan Good Morning cleanser ini berpuas hati dengan hasilnya. Sangat sesuai untuk kulit berminyak tetapi dalam masa sama tidak mengeringkan kulit.


Mungkin juga kerana faktor PH nya yang rendah iaitu sekitar 5.0 - 6.0 sahaja, which is almost perfect untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.  Dalam masa sama, pencuci muka ini juga boleh membersihkan makeup.

Saya sendiri menggunakannya, anda boleh baca - REVIEW Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser 

Good Morning Cleanser ini juga merupakan pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif. Oh ya, kedai fizikal tak jual ya. Kena beli online.

Harga: RM30.90 (BELI DI SINI)

CETAPHIL Oily Skin Cleanser


Keberkesanan pencuci muka Cetaphil sudah tidak dapat disangkal lagi. Jenama ini memang terkenal seantero dunia. Ia merupakan pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Baca juga: Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat


Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah mempunyai masalah jerawat, 9/10 daripada mereka akan mengatakan Cetaphil adalah yang terbaik. Ia ringan, mengawal minyak berlebihan, dan tidak menyebabkan iritasi.

Cetaphil mempunyai DUA jenis pencuci muka. Anda pilih yang mana sesuai dengan kulit anda:

Himalaya Purifying Neem Face Wash


Dirumus khas untuk pembersihan yang mendalam supaya bebas bakteria. Dengan penggunaan setiap hari, kulit anda akan bebas dari minyak berlebihan dan merawat kulit.


Pencuci muka Hilamaya ini mengandungi 'neem' yang terkenal dengan cirinya yang membunuh bakteria. Ia turut digabungkan dengan kunyit, yang membantu mengawal jerawat.

Harga: RM15 (BELI DI SINI)

Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Wash


Produk dari Jepun ini tidak kurang juga hebatnya. Ia mengandungi ekstrak bunga Hatomugi, Bishop's Weed dan Chamomile yang mampu menghilangkan cela, mengurangkan merah jerawat, dan menenangkan kulit.


Buih halusnya membantu menghilangkan minyak dan kotoran tanpa mengeringkan wajah.

Menariknya ia bebas pewangi, pewarna, dan mineral oil. Bagus juga, mineral oil boleh menyebabkan breakout bagi sesetengah kulit.

Harga: RM35.90 (BELI DI SINI)

Neutrogena Hydro Boost Water Gel


Untuk kulit berminyak, anda perlu guna pencuci muka yang ringan. Jika tidak, wajah akan bertambah berminyak. Neutrogena Hydro Boost Water Gel ini berbentuk gel + air yang ringan. Tekstur ini boleh menghilangkan kotoran, minyak, dan makeup.


Dalam masa sama ia turut memberikan kelembapan yang diperlukan kulit. Brand Neutrogena ni mudah di dapati. Di drugstore dan pasaraya mesti ada. Ini adalah salah satu pencuci muka untuk kulit berminyak di Watson.

Harga: RM49 (BELI DI SINI)

Pencuci muka untuk kulit kering


Eversoft Avocado & Rice Bran Oil


Saya selitkan juga cleanser untuk kulit kering. Eversoft Avocado & Rice Bran Oil ini adalah pencuci muka yang berkesan dalam meningkatkan kelembapan kulit.


Ia membersihkan jauh ke dalam pori dan mengekal keseimbangan kelembapan. Highly recommended untuk kulit kering.

Harga: RM17 (BELI DI SINI)

Pencuci muka untuk kulit kombinasi


Kulit kombinasi biasanya merupakan gabungan normal dan berminyak. Hanya beberapa kawasan wajah berminyak seperti dagu, hidung dan dahi – T Zone.

SIMPLE Refreshing Facial Wash Gel


Produk nombor satu di Unite Kingdom, pencuci muka ini mengandungi ramuan sempurna dalam mengurangkan minyak berlebihan.


Tambahan pula, Pro-Vitamin B5 yang terkandung di dalamnya boleh melembut dan menyegarkan kulit. Pencucui muka terbaik di Watsons ini turut menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Harga: RM35 (BELI DI SINI)

Sebelum itu, jom ketahui cara bagaimanan untuk mengenalpasti jenis kulit sama ada kering, berminyak, kombinasi, atau berjerawat.


Sama ada lelaki mahupun perempuan, mencuci muka sekurang-kurang dua kali sehari dapat menjaga kesihatan kulit. Ini kerana setiap hari wajah terdedah kepada minyak, kotoran, dan habuk. Carilah pencuci muka untuk kulit berminyak. Kena try and error. Sebab kalau dibiarkan ia bakal mendatangkan masalah yang lebih besar iaitu jerawat. 

22 ulasan:

  1. menarik pilihan semua pencuci muka.

    BalasPadam
  2. Nice sharing.
    Anak dara Mrs. A jenis kulit muka berminyak dah bermacam gak try jenis pencuci muka.
    Nanti nak bagi dia cuba Cosrx tulah

    BalasPadam
  3. kak lily jenis kulit berminyak so memang senantiasa mencuba je mencari produk yang sesuai dengan muka. sekarang guna himalaya je cetaphill mahall

    BalasPadam
  4. Thanks for the infor and the price. Easier for me to make comparison before my purchase.

    BalasPadam
  5. Muka saya jenis combination. So far pakai apa apa pun setakat ni tak ada masalah. Jerawat pun kadang kadang je naik

    BalasPadam
  6. Certainly need all these products to control the oil on our faces.... For flawless skin!~ Yeah!

    BalasPadam
  7. saya guna produk himalaya. memang bagus untuk kulit wajah saya. lagipon ianya organik

    BalasPadam
  8. yang himalaya tu memang favourite airah. dah banyak buat review pencuci muka himalaya dekat blog hihi

    BalasPadam
  9. semua jenama tu saya dah pernah cuba dulu tapi tidak yang Labo Blemish tu dan sekarang guna produk lain sebab tak de masalah jerawat dan kulit berminyak so far ;D

    BalasPadam
  10. Cetaphill, himalaya dan eversoft memang bagus. neutrogena tu maca menarik tapi belum cuba lagi.

    BalasPadam
  11. senang membuat perbandingan untuk pilihan yang sesuai. Saya tengah guna pembersih muka Avon. Bagus jugak produk ni , dpt membersih dan tak rasa ketegangan dan kering pada kulit saya.

    BalasPadam
  12. Buat masa ni kulit kinah ok tak berminyak. Mungkin nanti bila timbul masalah kulit berminyak bolehlah cuba seperti yang disarankan ni. Nice sharing

    BalasPadam
  13. Rawlins pakai Marine Essence Beauty Bar sahaja sebab itu yang sesuai dengan kulit Rawlins yang mengada-ngada dan manja ini. Hehe. Thanks sebab share info begini - memudahkan untuk rerakan nak cari bagi yang memerlukan.

    BalasPadam
  14. Kulit muka lia mmg berminyak .Sometime rasa tak selesa . Memang kena beli pencuci muka Yang sesuai. Thanks for sharing 😊

    BalasPadam
  15. Cetaphil all the way ! Memang banyak produk penjagaan wajah untuk kulit yang berminyak cuma kena tengok mana satu yang bersesuaian dengan kulit sebab ada produk tak sesuai dgn kulit wajah.

    BalasPadam
  16. Pernah guna brand himalaya mmg best. Bau dia pun best. Cetaphil ramainyg rekomen utk kulit sensitif ingat nak try juga satu hari

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah sis x ada masalah kulit wajah dari dulu..cuma kdg2 je ada bila bukan mengambang..hehehe.
    Produk diatas semua belum pernah cuba tp ada yg pernah dengar je lah..Himalaya kata org bagus jugak

    BalasPadam
  18. Mine more towards dry skin. Himalaya and simple both tried before. Not bad!

    BalasPadam
    Balasan
    1. OK, i'll write about cleansers for dry skin soon!

      Padam
  19. Thanks for the tips! This is really good for me because I have Oily-Combination skin

    BalasPadam
  20. Eh eh, harga dia memang tak mahal sangat kan. Ingatkan produk muka ni kebanyakan mahal kemain.

    BalasPadam
  21. Bagus utk mereka yg kulit bminyak,kak jenis Kering tp anak lelaki kak kulit bmyk

    BalasPadam