Isnin, 6 Ogos 2018

Sinopsis Cinta Bukan Kristal Tv3

Menggantikan Jangan Benci Cintaku yang dilihat mencipta fenomenanya yang tersendiri , Tv3 tampil dengan sebuah lagi drama bersiri terbaharu iaitu CINTA BUKAN KRISTAL yang bakal menghiasi Slot Akasia.

Untuk pengetahuan Cinta Bukan Kristal tidak diadaptasi dari novel cinta popular sebaliknya merupakan karya asal.


Drama rantaian terbitan OrangeTree Production ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman iaitu Shuhaimi Zulkefli untuk menggarap naskah yang memaparkan hubungan cinta dan konflik keluarga ini.

Bersiaran sebanyak 28 episod, Cinta Bukan Kristal menampilkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai pelakon utama. Selain itu ia turut menampilkan Raja Afiq, Nina Iskandar, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Hazman Al-Idrus, dan Fauziah Nawi sebagai pelakon pembantu.

Sinopsis drama Cinta Bukan Kristal Tv3


Mengisahkan Adrian, seorang suami dan bapa kepada dua orang anak yang selama ini dilihat sempurna di mata semua wanita. Suami yang baik dan bapa yang penyayang. Namun segala-galanya berubah apabila Adrian bertemu Aryana.

Aryana pula seorang wanita yang terkena kejutan budaya sehingga jatuh hati terhadap suami orang lain. Hubungan cinta antara Adrian dan Aryana melukakan hati banyak pihak terutama isteri dan keluarga Adrian.


Bagaimanakah seorang suami dan bapa mithali boleh tunduk kepada godaan cinta orang ketiga. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini?

OST/Lagu tema: Sufian Suhaimi - Di Matamu

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Cinta Bukan Kristal bakal bersiaran mulai 8 Ogos 2018, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Tv3.

2 ulasan: