7 Tempat Di Malaysia yang menjadi Lokasi Penggambaran Crazy Rich Asians

2
Filem antarabangsa yang menjadi bualan ramai ketika ini adalah Crazy Rich Asians. Siapa sangka filem yang mengetengahkan budaya Asia ini diterima baik oleh semua pihak. Kita semua tahu yang filem ini di bintangi beberapa orang  pelakon dari Malaysia iaitu Datuk Michelle Yeoh, Henry Golding, Carmen Soo, dan Ronny Chieng. Tetapi sejauh mana Crazy Rich Asians memberi kesan kepada negara ini? A lot! Tahukah anda yang hampir keseluruhan filem ini menjalani penggambaran di Malaysia?


Penerimaan luar biasa terhadap filem ini agak mengejutkan. Ini kerana karya bergenre romancti comedy sudah dipinggirkan kira-kira seabad lalu. Ia bermula sejak jumlah kutipan dipawagam 'dibunuh' oleh filem superhero dan karya yang berbajet besar.

Dengan sambutan hangat dari penggemar filem seluruh dunia, Crazy Rich Asians sekaligus mempromosikan sektor pelancongan negara ini. With that being said, Malaysia could look great on screen... only if you do it right.

Baca: Fakta Menarik Filem Crazy Rich Asians

Walaupun filem ini berlatar belakangkan kehidupan di Singapura, majoritinya menjalani penggambaran di Malaysia. 

7 Tempat Di Malaysia yang menjadi Lokasi Penggambaran Crazy Rich Asians


Carcosa Seri Negara


Mahligai milik keluarga Nick Young adalah Carcosa Seri Negara yang terletak di dalam kawasan Perdana Botanical Gardens, Kuala Lumpur. Dengan bantuan teknik CGI, pandangan hadapan bangunan ini menjadi salah satu babak penting iaitu pertama kali Rachel bertandang ke rumah Nick.


Bangunan Carcosa ini dibina sekitar tahun 1896-1897 sebagai kediaman rasmi  Sir Frank Swettenham yang pada ketika itu menjawat jawatan Pesuruhjaya Tinggi British. Ia kemudian dipulangkan kepada Kerajaan Malaysia pada 1987 dan kini menjadi salah satu hotel mewah di ibu Kuala Lumpur.

Carcosa Seri Negara dilihat bertepatan dengan apa yang digambarkan melalui buku Crazy Rich Asians tulisan Kevin Kwan.

Harga buku: RM49.45 (Beli di sini)
 

BLVD House @ Naza Tower


Antara babak awal yang melibatkan watak Nick Young dan Rachel yang kononnya berada di sebuah bar di West Village, New York. Walhal ia dirakam sebuah restoran mewah, BLVD House di NAZA Tower, Kuala Lumpur.


Be- landa House, Kuala Lumpur

Sebuah lagi rumah agam yang dipaparkan dalam filem ini adalah Be- landa House. Rumah ini digunakan sebagai kediaman Carol Tai. Babak ini juga penting dalam filem ini kerana melibatkan Tai dan rakan-rakannya bergosip tentang Nick Young.

Untuk pengetahuan, pemilik rumah ini membenarkan kira-kira 100 orang krew, 26 buak trak, barangan antik sebagai prop memasuki rumah mereka. Ia memerlukan persediaan selama lima hari dan cuma menjalani 13 jam penggambaran.

St. Regis Hotel, Kuala Lumpur


Watak Astrid diperkenalkan pada babak di butik pereka barang kemas mewah. Butik itu dibina dengan mengubahsuai Astro Bar di St. Regis Hotel, KL.


Kuala Lumpur International Airport 2


Nick Young dan Rachel di airport, bersiap seduia untuk berlepas dari New York ke Singapura. Obviously, mereka tidak berada di New York, tetapi di KLIA2. Teksi berwarna kuning digunakan supaya dapat menggambarkan suasana New York.

Crazy Rich Asians turut menjalani penggambaran di KLIA 2. 

Langkawi


Di dalam filem, babak di mana Nick memberitahu Colin yang beliau akan melamar Rachel, adalah di Pulau Rawa, Johor. Tetapi menjalani penggambaran di Langkawi berikutan masalah logistik dan kekangan masa.


Dua babak dan latar lokasi berbeza tetapi penggambaran dijalankan di tempat yang sama, iaitu di Four Seasons Resort, Langkawi. Babak yang dimaksudkan adalah babak bachelor dan bachelorette party.

Di dalam filem Amrita kononnya membawa rakan-rakan ke pulau peribadi milik ibunya di Indonesia.

Cheong Fatt Tze Mansion, Pulau Pinang


Perlawanan mahjong di antara Eleanor dan Rachel berlangsung di Cheong Fatt Mansion, Penang. Bagi menjadikan babak ini tampak realistik di layar perak, pihak produksi mengubahsuai hiasan dalaman supaya kelihatan sebagai dewan mahjong.


Cheong Fatt Tze Mansion tidak memerlukan banyak pengubahsuaian. Bangunan yangpada asalnya milik Cheong Fatt Tze iaitu pedagang dari China. Kini ia beroperasi sebagai sebuah hotel mewah. Cheong Fatt Tze adalah salah satu hotel unik di Malaysia.

Have you seen Crazy Rich Asians? It's now in theaters everywhere! Jika sudah, bolehlah berkunjung ke lokasi-lokasi yang saya sebutkan di atas. Biasanya filem Hollywood menjalani penggambaran di Eropah dan Amerika Syarikat sahaja. Kini anda boleh melawat Crazy Rich Asians  filming location di Malaysia1
Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Malaysia memang mempunyai banyak tempat yang menarik..

    Pelakon untuk filem ini menang terbaik

    ReplyDelete
  2. Baru terbaca pasal movie ni semalam.
    Hahahaha.... baru Mrs. A tahu 7 fakta ni (kesian ko Mrs. A)
    Dah masuk wishlist nak tengok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top