Khamis, 13 September 2018

7 Kelebihan Jual Barang di Shopee

Berniaga secara online sudah menjadi trend. Ramai student dan suri rumah dah mula buat kerja sambilan dengan jual barang di atas talian. Dengan pelbagai platform seperti media sosial khususnya, anda boleh jual barang dengan mudah. Tapi ada satu lagi platform yang anda kena cuba iaitu SHOPEE. Ya, Shopee bukan untuk shopping sahaja tetapi anda juga boleh jual barang. Banyak kelebihan jual barang di Shopee ni. Akan saya terangkan dalam entri ini.

Berniaga di Shopee tidak sama seperti di Facebook dan Instagram. Platform Shopee memang dikhaskan untuk urusan jual beli online. Malah tagline Shopee sendiri adalah 'Buy and Sell Online".


Kalau anda dah tahu bagaimana nak jual barang di Shopee, baguslah. Kalau belum boleh rujuk tatacaranya di sini - Cara Jual Barang di Shopee

Jadi apa kelebihan berniaga di Shopee ni? Banyak! Saya sendiri ada pengalaman berniaga di Shopee. Saya rasa kalau jual di Instagram, belum tentu ada orang beli. Kalau anda seorang peniaga online, anda kena baca artikel ini sampai habis.

Kelebihan jual Barang di Shopee


1. Mudah, cuma guna telefon pintar


Salah satu kelebihan paling ketara adalah cara jual barang di Shopee ini cukup mudah. Anda boleh menggunakan telefon pintar sahaja.


Anda perlu ikut beberapa langkah mudah ini:
  • Cuma muat turut aplikasi Shopee
  • Ambil gambar produk & muat naik
  • Terangkan diskripsi produk
  • Muat naik, dan barang anda kini berada di Shopee!

Saya dengar banyak procedure yang perlu dilalui kalau nak berniaga di Lazada. Betul ke

2. Tidak perlu tampilkan lesen perniagaan


Di Shopee, anda tidak perlu sertakan lesen perniagaan SSM untuk jual barang. Tapi saya tidaklah menggalakkan anda supaya tidak buat lesen kalau nak berniaga.

Kalau nak jual dua, tiga barang je takkan nak kena buat lesen.


3. Platform percuma


Anda tidak perlu bayar apa-apa untuk buka kedai Shopee. Dah la ia merupakan medium yang lebih 'proper' untuk jual barang. Malah, anda tidak perlu is borang rumit untuk mulakan perniagaan.

4. Tak perlu jumlah followers yang ramai


Jika anda berniaga di Facebook atau Instagram, jumlah followers dan likes memainkan peranan penting. Semakin tinggi jumlah followers semakin cerah peluang bisnes anda laku keras. Tu belum masuk bab FB Ads lagi.

Baca juga: Cara Beli Barang di Shopee

Di Instagram pula, anda perlu bijak bermain dengan hashtag dan Insta Stories untuk menarik perhatian pelanggan. Sampai ada yang sanggup 'beli followers' untuk mengaih kepercayaan orang ramai.

Jadi peniaga baru akan selamanya terpinggir.

Tetapi tidak di Shopee. Shopee sellers are just the same.


5. Shopee tidak mengambil sebarang komisen


Kelebihan terbesar berniaga di Shopee adalah mereka tidak mengambil sebarang komisen atas jualan anda. Contohnya anda jual barang dengan harga RM50, anda akan dapat RM50.

Tapi mereka tidak akan bayar on the spot. Anda akan menerima bayaran setelah pelanggan menerima barang.

6. 100% selamat


Untuk pengetahuan setiap kali anda beli barang di Shopee, anda membuat bayaran kepada Shopee dan bukannya kepada seller.

Setelah pelanggan membuat bayaran, seller perlu menghantarnya dalam masa tiga hari. Cara pos barang Shopee? Buat macam biasa, drop off parcel di Poslaju. Jika barang tidak sampai, pelanggan boleh mintak refund. Nampak tak kelebihan kat situ?


7. Dropship di Shopee


Sekarang ni memang musim dropship. Ia berisiko rendah, tidak memerlukan modal besar, dan tak perlu simpan barang. Ramai yang dah buat dropship di Shopee. Memang laku keras. Saya pun tertanya-tanya cara daftar dropship di Shopee online.

Saya nak cerita lebih pun tak boleh sebab tak banyak pengalaman. Anda boleh baca panduan lengkap ini untuk pencerahan - Bisnes Shopee

Banyak betul kelebihan jual barang di Shopee. Kalau anda ada satu atau dua barang yang nak let go, iklankan sahaja di Shopee. Mudah!

22 ulasan:

  1. Rawlins pun ada 'kedai' kat Shopee - jual barangan kecil-kecil dan comel-comel. Pastu kekadang 'terbeli' gak barangan kat sini - berhantu Shopee nie. Hehe

    BalasPadam
  2. Teringin jugak nak berjual beli dekat shopee. Selama ni membeli je kan. Nak menjual dekat shopee nampak lebih mudah daripada platform lain.

    BalasPadam
  3. Hehe shopee memang bagus utk pengusaha2 jual barang secara online. Sy pun jual produk saya di Shopee..

    BalasPadam
  4. Shopee ni bagus cumanya kena pertingkatkn service dia. Plus menjual barang terpakai dalam satu platform hnya akan mengelirukan org Dan sy hmpir terkena sebab ada barang yang tiada penyata barangan terpakai

    BalasPadam
  5. setuju ! mudah dan cepat. tambah2 kalau guna apps dia. sangat friendly user. barang2 pulak jauh lebih murah berbanding platform online yg lain.

    BalasPadam
  6. Thinking what I should sell at Shopee now. Thanks for sharing and it is a good infor for me to earn side income.

    BalasPadam
  7. Ramai orang promote untuk berniaga menggunakan sistem yang canggih di shoppee kan. Oklah dapat cari duit lebih online saja

    BalasPadam
  8. Tiap tiap platform ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Apa pun yang kita pilih, kita wajib tahu baik buruk sebelum join.

    BalasPadam
  9. amni peminat tegar shoppe.hahaha.suka gila sebab shoppe macam lagi murah dari platform lain.serius berhantu shoppe ni macam kedai eco rm2 tu ha hahaha

    BalasPadam
  10. Dulu saya pun meniaga online, memang sush nak dapat sale dengan sebab2 macam yang dinyatakan. Bila dah baca entry ni rasa macam tertarik pulak untuk berniaga semula. Hmmm nanti lah kena fikir2 dulu.

    BalasPadam
  11. Nad dah jadi pengemar online dekat Shopee..memnag bgus shopee ni..selama shopping, barang dapat dalam keadaan elok je. Pernah terjadi dia lupa bagi satu barang, barang tu dipos lagi, dapat seller bagus okla kan.

    BalasPadam
  12. Tumpang tanya mecam mana nak jual barang secara dropship ini? LOL :D Boleh tolong ajar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sendiri pun tgh buat research tentang dropship di Shopee. ada yang jana keuntungan hingga empat angka. kalau saya dah tahu nanti saya kongsi dalam blog ya?

      Padam
  13. Liez mmg terfikir nak berniaga di Shopee.. jual brangan cosmetik dan barangan baby.mmg betul shopee dah sedia platform yang ada ramai pelanggan

    BalasPadam
  14. menarik nyer.
    tapi aida xde brg nak diniagakan.
    roti mana bleh masuk shopee hi hi hi hi :)
    dpt seller yg bagus ok la. kena tgk rating, kan.
    aida baru sekali shopping di shopee.
    ok la. not bad. brg sampai cepat.

    BalasPadam
  15. beli brg kt shopee mmg best. ada mcm mcm pulak tu. kalau jual brg pun confirm mest ada pembeli. hehe

    BalasPadam
  16. Kita pernah tengok ada orang ramai update dapat ratus ribu jualan kat Shopee kita rasa tercabar dan rasa nak berniaga juga hehehe cuma tak ada produk jer sekarang ni hurmmm....

    BalasPadam
  17. Kebelakangan ni ramai brtol orang dok update tentang keuntungan meniaga kt shopee ni. Memang tertarik betol. Tapi kita tak ada produk pulak nak jual

    BalasPadam
  18. Banyak juga kelebihan jual barang di shopee ni kan. tak ada alasan untuk tak jual barang sekarang ni kan. Nak meniaga senang

    BalasPadam
  19. Wah salah satu idea menarik ni. Jual barang di shopee. Dulu jual online juga melalui instagram. Sekarang dah platform lain yang mudah dan cepat.

    BalasPadam
  20. Sejak kenal Shopee ni terbeli juga lah barang satu dua. Tapi memang agak murah dari kedai

    BalasPadam