Isnin, 17 September 2018

Cara Daftar iFlix

Saban tahun perkhidmatan penstriman video semakin mendapat tempat di hati pengguna. mempunyai pelbagai siri tv dan filem menarik menyebabkan ramai yang sudah mula melanggannya. Di Malaysia, perkhidmatan seumpamanya yang paling popular adalah iFlix dan dan Netflix. Jika sebelum ini saya tulis cara untuk melanggan Netflix, dalam artikel kali ini pula saya akan terangkan cara daftar iFlix pula.

iFlix dilihat lebih enkat dengan hati rakyat Malaysia. Kenapa? I'll explain later. Sebelum itu saya akan terangkan apa itu iFlix.


Apa itu iFlix?


iFlix adalah penyedia perkhidmatan penstriman video yang menawarkan penstriman rancangan televisyen dan filem. Untuk menyaksikan kandungan iFlix, anda wajib mempunyai sambungan internet. Cara guna iFlix? Anda boleh menontonnya melalui pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet, komputer, dan smart tv.

Yang menariknya tentang iFlix, ia berpengkalan di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur. Dan, untuk pengetahuan, Iflix membenarkan anda menontonnya secara PERCUMA selama 30 hari, iaitu tempoh percubaaan. Jika ingin menontonnya selepas tempoh tersebut, anda perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM10 sahaja.


Cara Daftar iFlix


1. Layari www.iflix.com dan pilih 'SIGNUP' di bahagian atas (kanan)
2. Masukkan nama, email, dan password yang bakal di akses kelak
3. Siap!

Dengan tiga langkah mudah di atas, anda sudah boleh menikmati ribuan filem dan siri Tv kegemaran. Kalau nak senaraikan semua memang tak larat. Sebab banyak sangat, terutama filem dan siri tv antarabangsa. Sesuai untuk kaki filem.

Anda boleh pilih pelbagai kategori yang disediakan seperti Adventure, Action, Biography, Comedy, Esport, Fantasy, dan banyak lagi.


Jika anda merupakan peminat setia filem superhero Marvel, Korea, Melayu, dan Filipino, terdapat saluran khas untuk filem-filem tersebut.

Cara Bayar iFlix Malaysia


Berpuas hati dengan servisFlix, dan ingin meneruskan langganan menggunakan:
  • Kad kredit
  • Prabayar 7-Eleven: Kad prabayar di 7-Eleven

ATAU

iFlix Unifi


Cara daftar iFlix Unifi?
Sebenarnya anda tidak perlu mendaftar sekiranya sudah melanggan Unifi. Jadi cara guna iFlix Unifi ini mudah sahaja.

Menggunakan Wifi Unifi > Muat turun aplikasi iFlix > Anda akan terima notifikasi percuma untuk setahun > Tekan 'OMG Let's Play


iFlix Celcom, Maxis dan Digi


Apa itu iFlix Celcom, Maxis dan Digi ini? Well, ini bermakna anda boleh menggunakan akaun postpaid atau prepaid untuk bayar iFlix. Jumlah langganan iFlix akan dimasukkan dlam bil telefon bulanan.

Cara tengok iFlix di Tv


Ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak tonton iFlix dan Netflix di Tv? Yelah, menontonnya dari telefon agak kecil. Mana puas kalau ingin menonton filem aksi. Terdapat DUA cara untuk menonton iFlix di Tv iaitu:

  • Smart tv - Ini adalah cara yang paling mudah. Smart tv mempunyai pilihan khas sekiranya anda ingin menonton perkhidmatan penstriman video. Fungsi ini anda boleh temui di semua smart tv.
  • Chromecast - Peranti yang membolehkan anda melakukan penstriman media terus dari telefon pintar ke tv atau komputer. Cuma sambungkan ke port HDMI dan selaraskan dengan telefon pintar. Harganya tidak begitu mahal cuma sekitar RM37. (Beli di SINI)


Football Malaysia iFlix


Untuk peminat bolasepak tempatan, anda boleh menonton Liga Malaysia LIVE secara percuma di iFlix. Saya dah ulas panjang lebar sebelu ini, anda boleh rujuk artikel - Tonton Liga Malaysia Percuma di iFlix

Kelebihan iFlix


  • Murah, cuma RM10 berbanding Netflix RM33
  • Ribuan siri TV & filem paling popular
  • Terdapa siri dan filem Melayu
  • Tontonan berkualiti tinggi di semua peranti
  • Muat turun dan tonton di luar jaringan
  • Tiada kontrak, boleh unsubscribe bila-bila masa
  • Tiada iklan
  • Sarikata dalam Bahasa Melayu, Cina, Tamil & transkrib dalam Bahasa Inggeris

Okay, sekarang dah tahu macam mana nak daftar iFlix Malaysia. Apa lagi pergi tonton movie dan series menarik. Boleh cuba secara percuma selama sebulan. Kalau best, baru mula langgan dengan bayaran RM10.

23 ulasan:

  1. ada ke patut, area rumah aida tgh bandar ni, takde unifi, nik?
    sedih. masih terpaksa setia dgn astro tau.
    nak tuka ke android tv pun kelajuan streamyx skang ni tak support.
    tapi byar mahal.
    kalau dgn unifi, mcm2 boleh tgk / register ekk. byk option. terbaik lah...

    BalasPadam
  2. Dah lama daftar tapi tu lah murah memang murah cuma banyak movie lama but not bad lah .. boring2 layannn je

    BalasPadam
  3. Murahnya rm10 jerk untuk sebulan.tak pernah lagi cuba iflix ni. Nanti nak tengok2 dulu.

    BalasPadam
  4. tgk masa sebulan pertama je sebab free.. lepas tu tak sambung tengok dah sebab line internet tak berapa nak laju.. hehe. Tapi not bad la. Banyak jugak movie best yang boleh nak layan..

    BalasPadam
  5. Tak pernah cuba lagi layan cerita kat Iflix, hari ni baru tahu yang Iflix ni dari Malaysia. Nak langgan guna unifi la.

    BalasPadam
  6. Amni ada iflix.hari2 layan korea dkt iflix hahaha.Senang kot.Banyak gak cite baru dalam ni.Channel tv lain pun jarang layan hahaha

    BalasPadam
  7. Saya pun dah ada iflix dekat rumah. Tu pun untuk husband tengok movie dan anak tengok kartun kadang-kadang. Kalau husband nak tengok movie, kene tunggu anak tido dulu sebab saya tak suka bagi anak tengok movie mengarut-ngarut ni. Dan kalau tengok kartun untuk anak pulak, boleh 1-3 kartun je sekali. Tak nak tengok lama lama.

    BalasPadam
  8. Ini gejalan yang fenomena baru baru ni. astru pun terpukul sama. dulu monopoli pasaran tempatan. baguslah, taklah buat perangai

    BalasPadam
  9. Suami suka tengok dekat iflix, Diah belum berkesempatan nak explore lagi. menairk juga dia buat tawaran sebulan free ya. Nanti boleh la register. Nak tengok cerita-cerita ni tunggu anak-anak dah tidur baru boleh layan.

    BalasPadam
  10. Dari dulu tahu benda iflix nie tp xpernah nak ambik tahu. Bila ramai kta kalau subsrice iflix banyak movie best2 boleh tgok scra free dan 24jam, terus rasa berminat. Thanks for the steps. Sangat bermanfaat !

    BalasPadam
  11. Tak pernah tengok lagi cerita dekat iflx ni..tapi orang ramai suka guna kan..macam banyak ceriat pulak..murah pun murah

    BalasPadam
  12. Yes. Rawlins nak daftar yang unifi la sebab memang guna unifi kat rumah. Movies - come to Daddy now! Haha

    BalasPadam
  13. Bagus info ni. Emi sendiri pun tak pernah guna iflix haha. Rasa ketinggalan betul. Nanti nak daftar la

    BalasPadam
  14. Lepas daftar boleh berterusan tonton cerita sampai muak muak. Maklumlah pilihan cerita banyak sangat kan. Orang dah kurang tengok tv

    BalasPadam
  15. Tak pernah tau lagi pasal iflix ni.. Hehehe.. Bru first time dgr.. Boleh la nk kaji2 lagi pasal iflix ni mne tau berkenan nanti... Tq share info ...

    BalasPadam
  16. Macam-macam pilihan betul ada sekarang ye. Dulu Netflix sekarang Iflix pula, Semuanya mudah register dah boleh tengok on9 kat mana2 peranti. memang menarik.

    BalasPadam
  17. Banyak juga kelebihan iflix nie yea.. leh tonton filem drama kegemaran puas2.. yg oenting xder iklan.. haaa.. tue yg nak dgr tue.. menarik utk dilanggan nie..

    BalasPadam
  18. Memang dulu layan juga iflix ni, tapi sekarang dan ada Netflix layan jugak. Ada beza tak dua-dua ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada saya content netflix lagi best sebab banyak filem dan tv show original. tapi netflix agak mahal.

      Padam
  19. langganan iflix sy sentiasa bertambah masanya dengan melanggan data celcom..

    BalasPadam
  20. Macam banyak lagi filem dan tv show berbanding dengan Astro. Boleh saya potong Astro dan tukar ke iflix sekarang.

    BalasPadam
  21. wow..makin banyak pilihan..

    lagi bagus untuk para pengguna..

    internet perlu unlimited lagi puas

    BalasPadam