Rabu, 5 September 2018

Tiket Flight Murah Sempena Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018

Tengah rancang percutian untuk musim cuti sekolah kelak? Jom rebut peluang dengan membuat tempahan online di Traveloka. Sebab terdapat banyak tawaran kupon dan diskaun ke atas tiket penerbangan promosi Traveloka Sale-abration + Matta Fair 2018 dari 4 - 10 September sahaja!

Kalau nak diikutkan, Traveloka ni memang murah sepanjang tahun. Tetapi promosi Traveloka Sale-abration ini lain macam sikit Menariknya, ia berlangsung pada tarikh yang sama dengan Matta Fair 2018! Coincidence? Hee!


Sebelum saya pergi lebih lanjut tentang butiran promosi ini, saya nak jelaskan apa itu Traveloka dan Matta Fair buat mereka yang masih belum familiar. Rugi tau, sebab anda boleh buat penjimatan kalau nak bercuti.

Apa itu Traveloka?


Traveloka merupakan laman web tempahan pelancongan domestik dan antarabangsa yang sentiasa memberikan tawaran hebat dan harga terbaik. Berbeza dengan syarikat lain seumpamanya, ia bukan sahaja memfokuskan pada kadar hotel. Tetapi turut membantu anda mencari tiket penerbangan yang berpatutan tidak kira sama ada domestik mahupun antarabangsa.

Apa itu Matta Fair?


Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) atau Matta Fair adalah pameran pelancongan terbesar di Malaysia. Di sinilah tempat di mana pelbagai pakej percutian menarik dengan harga rendah ditawarkan.

Nah, cuba bayangkan kalau Traveloka Sale-abration dan Matta Fair ini berlangsung pada masa yang sama, mesti anda boleh dapat diskaun gila-gila kan?

Sebab itulah kalau anda nak bercuti, baik tempah tiket SEKARANG!

Traveloka Sale-abration - tempah tiket murah dari 4 - 10 Sept


Apa kelebihan yang bakal anda perolehi melalui Traveloka Sale-abration?


Jimat 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan
Harga tiket flight tidak dapat dijangka kerana ada naik turunnya. Kadang-kala kita sering terlepas promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Bila masuk je website Air Asia, MAS, atau Malindo, harga tiket mesti melambung.

Tapi anda akan jimat banyak sepanjang kempen Traveloka Sale-abration ini. Kira-kira  8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tak kiralah domestik mahupun antarabangsa. RM40 tu banyak okay? Cuba bayangkan penjimatan yang bakal diterima sekirannya tiket flight tu berharga RM130?


Tempah sekarang untuk penerbangan bila-bila masa
Menariknya Traveloka Sale-abration, Traveloka tidak menetapkan bila tarikh yang patut anda bercuti. Sangat fleksible. Maknanya tempah sekarang, dan anda boleh bercuti pada bila-bila dan di mana-mana destinasi impian! Kalau tidak harga akan kembali normal selepas tarikh promosi.

Kurangkan belanja percutian
Pada saya, kalau kita dapat beli tiket flight dengan harga rendah itu sudah dikira bonus. Belanja untuk bercuti ni bukan sikit. Bila dah dapat tiket murah, sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan.

No Booking Fee
This promotion is legit. Tiada caj tambahan, tiada caj tersembunyi. Anda tak perlu risau akan semua perkara itu. Kalau harga tiket selepas diskau adalah RM130, maka anda cuma perlu bayar RM130 sahaja.

Domestik: 8%, sehingga RM40
Antarabangsa: 8%, sehingga RM40

Tempoh tempahan: 4 Sept - 10 Sept 2018


Ingin menderma untuk Tabung Harapan Malaysia? Gunakan kod kupon MYHARAPAN dan kami akan menyumbangkan RM1 bagi pihak anda! 

Inilah masanya untuk anda merealisasikan impian untuk bercuti ke destinasi impian. Traveloka coupon Malaysia ni sangat berbaloi-baloi. Rugi kalau tak grab. Tempah di https://www.traveloka.com/en-my/

Cara mendapatkan kupon Traveloka Sale-abration


Macam mana pula nak dapatkan kupo tiket flight ni? Caranya senang sahaja. Cuma ikut langkah mudah di bawah.


Traveloka travel planner terbaik
Seperti yang saya sebutkan di atas, Traveloka bukat sahaja menawarkan promosi tiket murah sahaja. Tetapi mereka juga champion dalam menawarkan harga hotel.

Anda tak perlu pening kepala lagi untuk tempah hotel dan tiket penerbangan pada harga paling rendah. Di Traveloka, semuanya cukup lengkap. It is one-stop flight and hotel booking platform for domestic and international destinations.

Dah rancang ke nak bercuti di mana? Kalau belum, saya cadangkan anda ke BALI, Indonesia! Sebab biasanya tiket flight ke luar negara agak tinggi, jadi bila dah ada promosi macam ni rugi pula kalau tak ambil peluang untuk ke luar negara. Tak perlu jauh-jauh, Bali sudah cukup untuk melengkapkan percutian bersama yang tersayang.

Tempat menarik di Bali


Tanah Lot Temple - Ia merupakan sebuah kuil yang terletak di tengah-tengah laut. Sangat menakjubkan bila kita difikir-fikirkan bagaimana sebuah batu besar itu boleh terbentuk indah di Pantao Tanah Lot. Anda harus menyaksikan pemandangan matahari tenggelam di sini. Ramai pelancong sanggup menunggu berjam-jam lamanya untuk melihat momen itu.


Istana Puri Saren Ubud -  Istana yang dibina pada abad ke 19 ini masih lagi berdiri teguh. Ukiran tradisional Bali dapat dilihat di setiap ceruk istana. Ini adalah salah tempat popular di Bali. Ramai pelancong mengambil peluang bergambar di hadapat istana sambil mengenakan kain sarung Bali.


Download aplikasi Traveloka


Tak pernah menempah dengan Traveloka? You are missing out! Traveloka ni salah satu travel planner untuk memudahkan percutian anda. Bukan setakat hotel, di Traveloka, tiket flight pun murah.

Pastikan anda download aplikasi Traveloka pada telefon pintar.Senang sikit nak semak promosi terkini.

iOS: https://goo.gl/tCV21a | Android: https://goo.gl/AJi1qv


Sekarang ini dah tahu yang Traveloka Sale-abration dan Matta Fair beri anda penjimatan kan? Apa lagi, book tiket sekarang!

20 ulasan:

  1. Banyak promosi & kena tempah sebelum 10/9 nie utk tiket percutian hujung tahun nie.. thanks atas info.. jimat harga tiket boleh beli ole2 utk bawa blk..

    BalasPadam
  2. Best juga kalau nak travel gunakan traveloka ni. Boleh mendapatkan penjimatan tu. Berbaloi tu. Kena check la nak pergi mana cuti sekolah akhir tahun ni.

    BalasPadam
  3. bagus aplikasi traveloka ni sebenarnya . dia bagi potongan harga sehingga 50% . jimat untuk traveler yang nak pergi melancong

    BalasPadam
  4. Kena grab cepat2 ni. Byk yg murah2..

    BalasPadam
  5. Kalau siapa yang suka travel , mesti akan cari sale yang ada tiket flight murah . Lagipun traveloka sale ni memang berbaloi dengan promosi Dan diskaun.

    BalasPadam
  6. Br je td parent sihuk ajak bercuti katanya dlm malaysia pun xpe.. bila tgk offer traveloka tambah lagi matta fair ni mmg good opportunity utk tgk pakej2 best

    BalasPadam
  7. Pantang betul lah traveloka nie. Mcm tahu2 je bulan september nie banyak cuti. Banyak betul yer promosi yg dibuat. Kena rajin cek selalu.

    BalasPadam
  8. Mama mana lah nak beli tiket flight ni untuk jalan jalan, promosi apa pun mama tak beli. Haha

    BalasPadam
  9. Stress tengok tawaran percutian yg menarik kat traveloka. Kita punya cuti tahunan dah habissss, haha

    BalasPadam
  10. Insyaallah, pilihan percutian untuk tahun hadapan dah ada..hmm boleh la beli tiket dekat sini.

    BalasPadam
  11. Syira tgh plan nak bercuti. Traveloka menyenangkan utk user. Nak cari hotel pun senang

    BalasPadam
  12. Kalau bercuti kat mana2 ika selalu guna aplikasi traveloka untuk bookig flight mahupun bilik hotel. Lagi murah dan jimat.

    BalasPadam
  13. Ramai blogger buat review tentang promosi taveloka macam ni, memang bagus sebab kalau tidak Ibu pun terlepas

    BalasPadam
  14. Murahlah sangat tu, hehe. Dari nak travel ke dalam negeri tertukar ke luar negara pulak. habis lari bajet

    BalasPadam
  15. Banyaknya promo travel sekarang. Haritu Traveloka buat promo ke Singapore, ni ke banyak negara lain.

    BalasPadam
  16. Siapa kaki travel.. mesti suka.. sbb dpt tiket flight murah2.. dh boleh book awal.. klu la de eksempatan gi sana mesti best.. ni x sempat pi. Keje plk 😊

    BalasPadam
  17. Senang sama traveloka, banyak promonya. Ini.sangat banyak membantu dalam pembelian tiket dan hotel sehingga mempermudah transaksi dan melancarkan rencana trip

    BalasPadam
  18. Bestnya booking dgn traveloka ni yer?byk promising npknya kena plan Dari skrg utk travel nti��

    BalasPadam
  19. tiap tahun matta fair memang tak pernah miss. sebab ni je peluang nak survay pakej pakej menarik yang ada. memang berbaloi dapat tiket murah

    BalasPadam
  20. Seronoknya kalau boleh melancong ke Eropah

    BalasPadam