10 Cara Menjaga Kulit Muka daripada Jerawat

21
Jerawat merupakan mimpi ngeri setiap individu. Ia bukan sahaja menampak cela pada wajah, bahkan bintik-bintik merah ini boleh mengurangkan keyakinan diri. Ya, jerawat pada muka adalah normal. Tetapi tahukah anda, ada cara untuk mengawalnya. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara menjaga kulit muka daripada jerawat.


Punca jerawat tumbuh


  • Hormone
  • Pori tersumbat
  • Stress
  • Diet
  • Cuaca
  • Cosmetics (comedogenic oils)
  • Pemakanan
  • Kebersihan 

Kalau nak diikutkan, memang banyak cara penjagaan muka yang boleh anda amalkan. Kulit yang bebas jerawat bukan sahaja membuatkan wajah mulus. Tetapi anda juga bakal tampak berketerampilan di hadapan umum.

Berikut berupakan beberapa tips menghindari wajah daripada jerawat.

Cara Menjaga Kulit Muka daripada Jerawat



1. Kerap mencuci muka


Mencuci muka adalah tulang belakang dalam penjagaan wajah. Ini kerana setiap hari kulit kita terdedah kepada kotoran, minyak, dan makeup. Anda WAJIB mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Iaitu waktu pagi dan sebelum tidur.

Pencuci muka mampu membuang sel kulit mati, mencegah jerawat, membersihkan liang pori, mengawal minyak, dan membersihkan kulit dari pencemaran


Sebelum itu anda kena kenal pasti jenis kulit. Sama ada normal, kering, berminyak, ataupun kombinasi. Anda boleh rujuk artikel - Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering dan Berminyak untuk mengetahui produk pencuci muka terbaik.


Setakat ini, pencuci muka Cetaphil adalah antara cleanser terbaik. Ia merupakan pencuci muka berjerawat yang sering diperkatakan. Terdapat dua variasi yang boleh anda pilih iaitu Gentle Skin dan Oily Skin. Gentle Skin untuk kulit normal dan kering. Manakala Oily Skin adalah pencuci muka kulit berminyak.

2. Guna moisturizer / pelembab muka


Sama seperti mencuci, menggunakan moisturizer juga termasuk dalam rutin harian penjagaan wajah. Kulit kering mahupun berminyak, kedua-duanya boleh mengakibatkan jerawat. Buang tanggapan yang kulit berminyak tidak memerlukan pelembap kerana moisturizer mampu mengawal penghasilan minyak yang berlebihan.

Baca juga: Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

3. Jangan picit jerawat!


Satu habit yang harus dibuang. Tangan tu jangan gatal sangat picit jerawat masa tengok tv. Memicit jerawat bukanlah jalan penyelesaiannya, malah bakal membawa kepada masalah yang lebih buruk.

Tangan, jari, dan kuku mempunyai banyak bakteria. Memicit jerawat membuatkan lebih banyak kuman masuk ke dalam kulit. Ia berkemungkinan akan membiak ke seluruh wajah, dan nak tahu apa yang lebih teruk? PARUT!


Ya, oleh itu jangan picit dan jangan sesekali menyentuhnya. Ini adalah tips penjagaan muka berjerawat yang paling penting.

4. Jaga pemakanan


Apa kaitan makanan dengan jerawat? Reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri sebenarnya boleh mengakibatkan jerawat. Contohnya makan makanan berminyak menyebabkan wajah berminyak.

Sebelum itu, ingin saya ingatkan bahawa kacang BUKAN punca jerawat okay. Itu semua mitos mengarut. Tak baik fitnah kacang sampai macam tu sekali.


Antara makanan yang boleh menyebabkan jerawat adalah:
Makanan berlemak dan bergoreng
Minuman berkafein dan berkarbonat
Makanan segera

5. Hindari dari panas matahari


Terdedah kepada pancaran matahari secara terus mengakibatkan kulit berminyak, terdedah kepada habuk, pori tersumbat dan breakout.

Untuk itu, amalkan memakai sunscreen setiap kali keluar rumah. Tidak mengira apa jenis cuaca sekalipun. Kita sering lupa penjagaan kulit muka ini. Banyak sunscreen di pasaran yang anda boleh beli. Beli yang untuk kegunaan harian tau, jangan beli sunblock untuk mandi pantai tu. Heee!

Contoh produk sunscreen yang anda boleh cuba adalah Biore UV Perfect Block Milk Moisturizer dan Biore UV Aqua Rich Watery Essence.Pilih sekurang-kurangnya paling spf 30+.

6. Scrub wajah 2 kali seminggu


Teknik ini merupakan salah satu cara merawat wajah agar putih dan tidak berjerawat. Fungsi scrub adalah untuk membuang sel kulit mati atau exfoliate, supaya wajah anda kekal bersih dan segar. Selain itu ia merupakan cara melicinkan muka dengan cepat.

St Ives scrub paling berkesan
Scrub wajah anda sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Jangan lebih, nanti ia boleh mengeringkan kulit. Selain itu, jika scrub yang anda guna itu mempunyai biji-biji halus, elakkan menyapunya terus di atas jerawat untuk mengelakkan luka.

Banyak jenama scrub di pasaran yang boleh anda cuba. Scrub terbaik adalah St Ives. Terdapat banyak variasi yang boleh anda pilih.

7. Minum air secukupnya


Jika anda mengalami dehidrasi, badan akan menunjukkan tanda-tanda seperti nampak kusam, dan wajah akan menghasilkan minyak berlebihan.


Minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari. Percayalah, petua kecantikan muka ini memang berkesan.

8. Kurangkan makeup


Wanita sering menggunakan makeup untuk menutup jerawat dan cela pada kulit. Ya, ia memang berkesan... untuk jangka masa pendek. Tetapi mereka lupa yang makeup juga adalah punca kepada jerawat.

Memakai makeup yang tebal menyebabkan anda sukar untuk menanggalkannya. Sehinggakan makeup remover sendiri tidak mampu mampu menghilangkannya 100 peratus. Hasilnya ia ia tersimpan di dalam pori sebelum bertukar menjadi jerawat.

9. Guna tea tree oil


Tea tree oil memang terkenal sebagai salah satu cara merawat kulit berjerawat. Cuba sapu pada kawasan berjerawat. Kalau nak tahu ini adalah cara orang Korea jaga kulit muka.


Produk yang mempunyai ektrak tea tree oil memang banyak di pasaran. Contohnya Aiken, Body Shop, dan Cosmoderm.

10. Jaga kebersihan diri


Cara menjaga muka dnegan baik bermula dengan kebersihan. Kalau kebersihan pun acuh tak acuh, memang padanlah jerawat tumbuh. Pastikan anda kerap tukar sarung bantal dan cadar kerana itu adalah salah satu tempat bakteria membiak.



Selain itu, jangan lap muka menggunakan tuala di dalam bilik air. Anda perlu tahu yang tuala mengumpul bakteria yang ada di dalam tandas. Cuba teka dari mana datangnya bakteria tersebut?! EW!!!

Sebenarnya cara menjaga kulit muka daripada jerawat ini memang mudah. Antara mahu dan tidak sahaja. Selain itu, keluarkanlah sedikit belanja untuk menjaga wajah. Supaya muka lebih licin dan berseri!

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Anak memang mengalami kulit yang berjerawat nasi. Pernah nampak Cetaphil kat pasaran. Cuba try produk lain dulu untuk tahu keberkesanannya. Tips yang baik.

    ReplyDelete
  2. kak lily pun geram jugak ni, sebab sekarang ada jerawat plak setepek kat muka ni hah. penat cuci muka banyak kali dah ni huahuhauahua

    ReplyDelete
  3. Syukur saya sekarang memang tak ada la jerawat dimuka. Tapi bila sekali sekala dia muncul terus jerawat batu sebiji. Sakit oo.
    Tapi prevention is better than cure kan.
    Kena la jaga kulit muka ni bebaik

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah so far takde lagi masalah jerawat yang teruk, sekali sekala tu jela adela naik seketul dua..mmg syukur sgt2 huhu. tp sama jugak, mmg kena jaga kulit wajah jugak sbb dulu2 tak jaga sampai teruk jadi few skin problem cth kusam, tona tak sekata, pigmentation etc. dh makin dewasa barula tehegeh nk betul2 jaga muka and still tgh fight lg few skin problem. nice sharing anyway! 😊

    ReplyDelete
  5. Great tips.. everyone wanna be young but nobody wants pimples... without pimples everyone can hv flawless skin with ur tips.. nice one..

    ReplyDelete
  6. Bab nak minum air 2 liter sehari tu yang selalunya culas kan..tapi tengah usaha gak ni..selalunya habis 1.7 liter jer...thanks for sharing..great tips..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas 10 tips ni. Sangat berguna untuk dijadikan ingatan utk harian.

    ReplyDelete
  8. Macam dah lama jerawat tak muncul sejak guna pencuci Hiruscar .. nice tips

    ReplyDelete
  9. Semua tu wajib! Lelebih aida ni dah nak tamatkan umur 30an. Double penting.
    Jaga pemakanan. Num air suam secukupnya. Cuci muka. Tu basic, tapi sgt wajib.

    ReplyDelete
  10. wahh terima kasih diatas perkongsian menarik ini..boleh suruh anak dara baca artikel ni dan apply..muka dia banyak jerawat hehe

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang menarik. Sis nasib baiklah tak ada jerawat teruk, dah berumur ni bukan risau jerawat dah tapi risau pigment dan garis2 halus je..hehehe.

    ReplyDelete
  12. Masa jerawat dulu zaman uni, nak pergi kelas memang kena makeup, kalau tak malu..hahaa..lepas tu dh kerja kurangkan makeup, sekrg dh kawin alhamdulillah, muka ok dah..hehee..tu pun sebab review produk kecantikan..memang ada yang sesuai dengan kulit nad..tu yang syok

    ReplyDelete
  13. Yup jaga pemakanan cuma jangan terlalu kerap cuci muka sebab boleh keringkan kulit. Yg penting banyakkan minum air masak heheh..muka penting ooo..aset heheh

    ReplyDelete
  14. Pemakanan memang kena jaga. Macam saya jenis oily so, memang akan buat double cleansing

    ReplyDelete
  15. Huda memang amalkan tea tree oil tu untuk jerawat. Memang efektif. Tapikan kalau hormon tak balance setiap bulan atau tengah stress cepat jer jerawat naik

    ReplyDelete
  16. Banyak cara pencegahan drp jerawat ni..ptt la, kerja bawah matahari panas pun boleh naik jerawat gak. Geram btol bila naik jerawat, nak nak dalam hidung haha

    ReplyDelete
  17. what a great tips you shared here and for nowadays, people hardly discipline themselves but still never give up. is a great effort.. i think is time for me to get reminded too!!!!

    ReplyDelete
  18. Rawlins memang bermasalah hormon, penjagaan kulit dan pernah sebab silap pemilihan produk. Mesti ramai yang akan mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

    ReplyDelete
  19. Kalau saya, masalah jerawat nie selalu disebabkan stress..huhu. Memang kena take care betul bab hati dan perasaan ni hahaha! Kalau stress je alamatnya cik J datang la..huhu

    ReplyDelete
  20. Dari dulu sampai sekrang memang oily skin. Maybe sebab pemakanan. Tetapi kita kan suka makanan berminyak belum ada produk sesuai untuk Ika cuba. Maybe boleh try produk The Body Shop ni

    ReplyDelete
  21. With the growing age, it is necessary to take care of your skin. But due to the busy schedule, many women are not able to find enough time for them and their skin becomes dull and aging spots become more visible. Here are some easy solutions that will not only make your skin beautiful but also reduce the anti-aging spots and wrinkles. For more details, visit

    http://www.rushyourtrial.com/coupon-category/skin-care/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top