Isnin, 29 Oktober 2018

Cara Beli Barang dari China di SGshop Malaysia

Saya pasti anda semua pernah dengar yang beli barang dari China secara online ni murah bukan?Apa yang anda dengar tu semua betul. Kita boleh beli macam-macam barang dari China dan paling best harganya jauh lebih murah. Tapi ramai yang ragu-ragu dan tak tahu macam mana caranya. Guess what, saya dah pernah shopping melalui SG SHOP! Memang berpatutan dan tak sangka mudah je sebenarnya. Jadi dalam artikel ini saya akan kongsikan pengalaman beli barang di SGShop Malaysia.

Sebelum itu, saya nak terangkan konsep SGshop kepada anda yang masih belum tahu.

Apa itu SGShop?


SGsHop adalah agen kepada portal membeli-belah terbesar di China iaitu Taobao. Taobao lebih kurang seperti Amazon dan Ebay di Amerika Syarikat. Dalam bahasa mudah, SGShop ini seperti orang tengah di antara anda dan Taobao.

Kiranya anda shopping barang Taobao di website SGshop. Kemudian, semua barang yang anda beli akan dikumpulkan dalam warehouse SGshop. Mereka akan uruskan semua hal termasuklah semak kualiti barang dan berurusan dengan kastam sebelum dihantar kepada anda. Best Taobao agent in Malaysia!


Kenapa tidak beli barang terus dari laman web Taobao sahaja?
Taobao memang e-dagang yang dipercayai. Tetapi website bukan dalam English. Anda perlu menanggung risiko kos refund sekiranya berlaku kerosakan. Kalau kita beli banyak barang terutamanya dari seller berbeza, barang yang dibeli itu akan sampai berasingan. Leceh kan?

Lagi satu, di SGshop anda beli dengan matawang Ringgit. Tak perlu tukar matawang atau guna PayPal. Transaksi sama seperti anda eli barang di e-merchant yang lain.

SGshop akan semak semua barang yang anda beli. Jika berlaku kesulitan atau kerosakkan mereka akan berurusan dengan seller. Anda tak payah pening-pening kepala dah.

SGshop ni trusted agent tau. Malah, kalau anda search 'Taobao' di Google, laman web SGShop akan terpapar di halaman pertama. So, tak perlu ragu-ragu.

Promosi SGShop 11.11 Online Shopping Festival


Anda mungkin nak baca artikel ini dengan lebih lanjut sebab SGshop bakal mengadakan  jualan besar-besaran pada 11 November nanti!

Time ni banyak produk dikenakan diskaun  sehingga 90%! Bukan sekadar diskaun, tapi ada game khas yang berlangsung mulai 1 Nov - 15 Nov 2018! Tema tahun ini adalah Treasure Hunt! Dalam game Treasure Hunt ini anda berpeluang mendapatkan potongan harga, reward, hari tanpa caj perkhidmatan.

#1111TreasureHunt
#SGshop
#20181111


Baca cara beli barang Taobao di bawah. Ini adalah salah satu cara untuk borong barang China online dengan harga murah.

Procedure shopping di SGshop ni lebih kurang sama je dengan e-merchant lain. Cuma ada beberapa langkah tambahan. Biasalah, beli barang terus dari overseas kan? Tapi tak susah pun. Meh saya tunjukkan.

Satu perkara yang perlu anda tahu iaitu anda perlu BUAT PEMBAYARAN SEBANYAK DUA KALI:

1- Harga total barang yang dibeli
2- Kos penghantaran dari gudang SGshop ke rumah anda.

Cara Beli Barang dari China dengan SGshop Malaysia


Langkah 1: Layari www.sgshop.com.my, dan daftar akaun dengan klik 'Register'.


Langkah 2: Bila dan siap daftar, anda sudah boleh pilih barang-barang yang anda nak beli. Banyak kategori yang disediakan. Pastikan anda tanda preference dengan tepat. Contohnya warna dan saiz produk. Contoh macam kat bawah.


Langkah 3. Puas hati dengan pilihan barangan, tekan 'Add To Cart'. Kalau nak beli barang lain, ulang langkah sama. Bila dah selesai, baru ke 'My Cart' untuk proses pembayaran.

Langkah 4: Di bahagian 'My Cart' anda akan lihat jumlah keseluruhan barang yang ingin dibeli. Untuk bayar klik 'Next'.


PEMBAYARAN PERTAMA 

Langkah 5: Pembayaran pertama adalah di mana anda membayar semua barang yang anda beli. Semak dengan teliti, sebab sesetengah produk dikenakan 'Domestic Shipping' iaitu kos penghantaran dari seller ke gudang.

Pilih jenis transaksi sama ada Visa/Mastercard, Online Banking, FPX, atau Account Balance. Anda akan terus dibawa ke halaman bank yang anda pilih, dan buat bayaran. Siap!


Okay, dah selesai pembayaran pertama. Anda akan dapat email pengesahan pembayaran. Sekarang ni anda kena tunggu sehingga semua barang yang anda beli tu dihantar ke gudang SGShop.

Sementara itu anda boleh check semua status barang.

Semak status barang

Untuk semak status barang sama ada dah sampai, anda boleh klik di Username (sebelah Log Out) > My Order > All


Gambar kat atas ni anda boleh tengok status 1 daripada 3 barang saya dan tiba di warehouse. Senang cerita bahagian 'My Order' ni adalah tracking page.

Apa yang anda perlu buat sekarang tunggu sehingga semua barang sampai ke warehouse sebelum proceed pembayaran kedua, iaitu kos penghantaran dari warehouse SGShop ke rumah anda.

PEMBAYARAN KEDUA

Bila semua barang mempunyai status 'Warehouse Entry', ini bermakna ia sudah tiba di gudang SGShop. Anda sudah boleh mula buat pembayaran kedua untuk proses penghantaran dari China ke Malaysia.

Kos penghantaran ini melibatkan:
- International shipping fee
- Service charge
- Clearance fee

Langkah 1: Klik Username > My Order > Arrived China Warehouse > Klik 'Submit Delivery'


Langkah 2: Anda akan di bawa ke laman ' Select Shopping Method'. Di sini anda perlu masukkan alamat rumah, dan pilih cara penghantaran.

SGshop shipping fee
Langkah 3: Lepas tekan 'Submit Delivery' anda akan di bawa ke laman untuk pilih cara penghantaran. Terdapat 2 cara penghantaran dan setiap satu daripadanya berbeza dari segi tempoh dan harga.

Sea Shipping paling murah, tapi masa yang di ambil agak lama. Kalau nak cepat anda boleh pilih Air Shipping, tapi ia agak mahal.

Langkah 4: Pastikan nama penuh dan alamat adalah tepat. Kemudian pilih 'Next'.


Langkah 5: Anda akan dipaparkan dengan semua barang yang anda beli berserta dengan kos penghantaran. Lihat contoh di bawah, total shipping kos barang yang saya beli cuma RM18.98. Murah kalau nak dibandingkan jika anda beli terus melalui Taobao.

Pilih 'Pay' dan anda akan terus di bawa ke laman pembayaran. Siap!


Mudah je shopping di SGshop ni. Kat bawah ni saya sertakan proses pembeliannya supaya anda mudah faham.

1. Pilih barang di SGshop
2. BAYAR harga barang
3. Tunggu seller hantar barang ke warehouse SGshop di Guang Zhao
4. BAYAR untuk proses penghantaran
5. Terima barang

Saya dah terima semua item yang saya beli dalam keadaan baik dan sangat berpuas hati. Saya akan tulis review dalam artikel akan datang!


Seronok bila dah tahu cara nak beli barang dari China/Taobao dengan mudah. Guna SGshop sahaja. Memang rambang mata nak pilih. Banyak pakaian, aksesori yang murah berbanding e-merchant yang lain. Kalau anda peniaga online, boleh beli secara borong!

19 ulasan:

  1. Tidak pernah beli barang dari SGshop ni. Macam satu portal yang boleh dipercayai. Mungkin akan cuba beli barang dan tengok macam mana servisnya.

    BalasPadam
  2. I love online shopping, easy shopping as we dont have to go find parking or go queue cashier. Now this sgshop first time to know of it, gonna check out for more detail before shopping.

    BalasPadam
  3. Memang best shopping barang dari China sebab harganya yang murah. Cuma part shipping tu sajalah nak kena menunggu. So far tak pernah shopping lagi dengan SGShop. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  4. Saya pun dah beli 2 kali dekat sini. Senang dan murah. Tapi kena pandai cari barang murah dan barang yang ringan lah untuk dapatkan kos shipping yang lebih murah

    BalasPadam
  5. Kita dah beberapa kali juga beli produk kat SGShop ini memang kita yakin kualiti dan juga harga yang sangat murah. Tapi paling penting adalah kena sampai cepat dan tepat...

    BalasPadam
  6. Dah dua kali juga beli barang kat SG SHop.. TB tak tahu bila lagi nak shopping kat SG shop.. nanti nak terjah la tengok apa barang yang menarik untuk di order.. hehe

    BalasPadam
  7. Thanks for the tips. Thinking to get my children clothes from China too for our CNY celebration soon.

    BalasPadam
  8. I really like online shopping and this is another platform I can use, will try it out.

    BalasPadam
  9. Dha lama tak shoppingbdekat sgshop ni. Masa nak shopping dulu blur tak tahu macam mana nak order. Lama lama baru terror.hehehe

    BalasPadam
  10. Mudah je caranya mcam selalu kite beli online. Tpi selalu barang dari china ni ada sedikit perbezaan dari segi saiz. Memang kene cek betul2. Btw Sgshop ni mcm best.Nk try shopping lah

    BalasPadam
  11. waa macam menarik jugak ye SGshop ni. Ni first time dengar and mmg tak pernah try lagi pon shopping kat situ before ni. Thanks for the info, nanti bolehlah usha2 jugak website diorang ni hehe.

    BalasPadam
  12. Bolehlah cuba SGShop pulak. La ni banyak betul online shop. Tapi dah byk kali terkena bila beli online jadi buat kureng sikit nak beli. Lepas ni nak cuba di SGShop. Harap semua barang dibeli ok dan memuaskan

    BalasPadam
  13. Senang sgt nak shopping skrg, x pernah try SGShop lagi, nnt sy layar tengok ada brg yg nak beli tak.

    BalasPadam
  14. Emi belum pernah beli dekat sgshop. bila baca perkongsian ni, rasa teringin pulak cuba shopping kat sgshop ni. nak pi usha la kejap apa yg menarik kat sgshop.

    BalasPadam
  15. tak pernah beli produk kat sini..tapi nampak barangan yang ditawarkan bebraloi juga..apatah lagi pada 11.11 ni lagi banyak barang murah kan..tak sabar nak shopping

    BalasPadam
  16. lom pernah beli sini. semlm dah klik and godek-godek.
    hmmm not bad lah. boleh menarik perhatian aida utk membeli hu hu hu hu...
    nape lah semakin byk online offer yg marbeles di saat tgh bulan???!!!
    aduhai. terseksa jiwa!

    BalasPadam
  17. Selamat membeli belah. Semoga sabar menanti sea shipping. Hahaha. Masa nak beli ni la kena tengok bebetul AA yang nak. Sebab nanti terbeli semua.

    BalasPadam
  18. Shopping time..tekan n byr mudah Denali,siap jer bank bergerak haaa

    BalasPadam
  19. syok nya dapat beli barang dari china di sgshop.. time to shopping! great place to shop in.. online shopping is a must nowadays!

    BalasPadam