Sabtu, 27 Oktober 2018

Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Sajian steamboat memang menjadi kegemaran ramai. Makanan laut segar sedia dicelur di dalam tomyam. Lebih seronok sekiranya ia berkonsepkan buffet, di mana dengan sekali bayar pelanggan boleh makan sampai puas. Itulah konsep yang digunakan oleh Makette Steamboat & Grill yang saya kategorikan sebagai tempat makan sedap di Kota Bharu, Kelantan.

Makette Steamboat & Grill Panji, Kota Bharu menawarkan segala apa yang anda mahukan untuk sebuah restoran steamboat. Pelbagai pilihan makanan laut, daging, kuah tomyam yang sedap, hidangan sampingan, dan harganya juga berpatutan.

Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Udang, kepah, ketam, sotong, kerang, lala, ikan, semua jenis makanan laut yang disediakan segar-segar belaka. Malah, pelanggan juga boleh memilih aneka jenis daging, ayam, dan kambing yang telah diperap dengan dengan rempah sedap.

Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu Review


Pelanggan diberi 2 pilihan sup iaitu tomyam dan sup ayam. Pada saya tomyamnya agak pedas. Kalau datang bersama anak-anak kecil mungkin tidak sesuai. Jadi saya sarankan pilih sup ayam yang tidak kurang juga enaknya. Kalau nak campur pun boleh.


Banyak pilihan makanan berasaskan sumber dari laut yang boleh dipilih. Apa yang pasti, semuanya segar and you can even taste it. Ketam yang disediakan agak kecil, tetapi isinya banyak dan manis.

Pilihan bebola steamboat dan sayuran pun banyak. Hinggakan tidak sempat untuk merasa semua makanan yang ada.

Baca juga: KFC Zinger Waffle Burger Review

Makette steamboat Panji turut menyediakan beberapa pilihan daging lembu dan ayam yang diperap dengan rempah berbeza yang sedia untuk dipanggang (grill). Daging kambing juga pun ada. Peminat-peminat kambing, anda wajib datang ke sini. Daging kambing diperap sempurna membangkitkan selera sajian steamboat.
Sumber: Facebook
Pelanggan juga diberi pilihan beberapa jenis sos pencicah yang terdiri daripada brown sauce, black pepper, mayonis, dan banyak lagi.

Selain steamboat, Makette juga menawarkan nasi/mee/kueh tiaw goreng untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.


Antara yang menarik di Makette Steamboat adalah variasi air yang diletakkan di dalam balang tinggi. Saya pasti, ramai yang teruja melihat air balang berwarna warni. Walaupun ia hanyalah air kordial biasa, namun rasanya sungguh enak. You don't want cordial drink? Guess what, you can have hot coffee!

Untuk pencuci mulut, pelanggan boleh menikmati aiskrim dan jagung kukus manis. Mereka juga mempunyai hidangan smapingan seperti roti bakar, lokcing, dan cereal.


makette steamboat kota bharu harga

Pada saya Makette sangat sedap, tomyam dan aneka daging yang diperap cukup rasa. Lebih sedap dari steamboat Seoul Garden yang famous tu. Seoul Garden Malaysia price boleh mencecah RM49, tidak termasuk tax.  

Cuma restoran ini tidak berhawa dingin. Berpeluh-peluh juga ketika memanggang daging. Variasi makanan tidak mempunyai label. Agak sukar untuk membezakan jenis perapan kerana semuanya kelihatan sama sahaja.

Makette Steamboat ini mempunyai tiga buah cawangan iaitu di Kuala Terengganu, Tanah Merah, dan Kota Bharu. Saya ke cawangan Panji, Kota Bahru. Harga setia cawangan adalah sama.

Harga Makette Steambot & Grill


  • Dewasa: RM24.90 
  • Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) : RM9.90
  • Warga Emas: RM14.90
  • OKU: RM14.90

Murah kan? Susah nak cari steamboat buffet yang murah macam ni. Terdapat promosi khas pada hari-hari tertentu, pastikan anda mengikuti laman rasmi Makette di Facebook.

#NKFoodReview - 8/10

Makette Steambot & Grill Kota Bharu
Waktu operasi: 5pm - 12am
Nombor telefon: 019-6136973
Facebook: https://www.facebook.com/makette.hq/
Alamat: Wisma Hj Mohamed Zawawi Yusoff, Kg Pauh Panji, Jln Raja Perempuan Zainab 2, 16100 Kota Bharu, Kelantan

24 ulasan:

  1. love to steamboat and grill at the same time... can eat a lot.. hahhahhaha~~ one thing is after grilling, whole body will smells like kena grilled.. however, it's really an enjoyable eating process

    BalasPadam
  2. Tak best jugak kalau dia tak letak label dekat makanan yang perap tu kan. Mana tau ada yang kita tak makan ke. Dah ambik, tak boleh telan, buang macam tu je. Membazir pulak

    BalasPadam
  3. terliur nya tengok menu dia tapi kalau nak datang jauh sangat ni.kena masukkan dalam list dulu kalau kesana nanti baru terjah

    BalasPadam
  4. alamak.. sedapnya steamboat.. TB belum pernah lagi makan macam ni.. nanti nak cuba lah ajak hubby makan steamboat ala gini.. nampak menyelerakan je

    BalasPadam
  5. Ohh sedapynye, it's been raining lately and steamboat and grill sounds like a great way to have dinner, will be so comfy.

    BalasPadam
  6. Akak ssuka makan steamboat..baru-baru ni kan akak pi makan steamboat kat Pak John Steamboat...best ..akak kalau org ajak makan steamboat akak mmg x tolak...

    BalasPadam
  7. Murahnya harga makan steambot. Nasib jauh kalau dekat dah lama serbu. Pilihan pon banyak. Air tinggu tu nice betul. Kenyang minum air je la ye nanti.hehehe

    BalasPadam
  8. Wow nanti kita ker Kota Bharu boleh singgah sini memang sedap kita suka makan steamboat and grill bestnya wow banyak pilihan makanan...

    BalasPadam
  9. Steamboat & Grill mmg antara pilihan Mat Drat sekeluarga menjamu selera, lagi lagi hujung minggu.
    Menarik posting ni, tertarik dgn menu dan harganya pun sangat berbaloi. Boleh try ni...

    BalasPadam
  10. Huda dah try makan kat sini, memang berbaloi dengan harga. kedainya pun cantik. sekali pergi memang rasa nak repeat lagi!

    BalasPadam
  11. Nampak sedap tengok steamboat tu, murah pulak tu. Kalau dekat sis dah terjah dah. Satu hari kalau sis ke sana..bolehlah sis singgah kedai ni

    BalasPadam
  12. Owoh sedak molek nampok hehe kalu steambot , kuoh dio kne sedap and bahan2 kne byk .. nnt balik blh try

    BalasPadam
  13. Harga tu sgt murah untuk buffet steambot..tapi kalau kedai takde aircond ni, konfem aku berpeluh gila..nak nak bila makan makanan bersup ni..yg lain-lain takde kisah sangat..mohon tokey pasang ekon, nanti balik Besut, akan aku ke sana haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. seriouslah memang berpeluh2 time makan, saya cadangkan pilih meja yang dekat pintu

      Padam
  14. Harga yg sgt berpatutan ni kat KB. Sy suka jugak jalan2 cari makan. Solok is my favourite!

    BalasPadam
  15. Eh murah je harganya. Nanti balik kampung nak bawa family makan kat sini la. Hehe. tak pernah tahu kewujudan makette ni.

    BalasPadam
  16. Wah...sedapnya,kak suka mkn steamboat mmg sedap dan pilihlah benda yg kita nak mkn sampai puas..

    BalasPadam
  17. Steamboat n grill nie mmg feveret sy. Suka betul kalau ad org ajak. Eh murah ye harga utk seorg dewasa. Mesti sedap mkn dekat sini. Tp jauh lh pulak

    BalasPadam
  18. balik mom's kampung got Steamboat Grill to attack d!! yeah!! so hungry after seeing this post!

    BalasPadam
  19. Suka makan steamboat tapi dah lama tak makan steamboat. Murah juga ye harga dia. Wah bestla..Tapi jauh pulak..masak grill berpeluh2 tu memang wajib..hahhaa..asap dia fuh

    BalasPadam
  20. yeah boleh la singgah bila kami balik kampung nanti. harga pun mampu bayar sbb besanya steamboat mesti mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. kat tempat lain memang mahal. di sini sangat berbaloi.

      Padam