9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee

23
Cara Tingkatkan Jualan di Shopee | Saya yakin sekarang ini ramai yang sedar betapa mudahnya jual barang di Shopee. Punyalah senang sehingga ramai peniaga online yang sebelum ini berniaga di Facebook dan Instagram kini sudah beralih ke Shopee.

Apa yang membuatkan ramai memilih Shopee sebagai platform marketplace adalah kerana anda boleh menjualnya dengan menggunakan telefon pintar sahaja. Tekan-tekan fon, jual, dan terus dapat duit. Saya dah terangkan dengan terperinci dalam artikel - Cara Jual Barang di Shopee 


Sebenarnya ada teknik-teknik menaikkan jualan. Shopee sendiri menyediakan tools ini untuk membantu peniaga online. Rugi kalau tak guna dengan sebaiknya, sebab ia PERCUMA. Jom lihat antara tips jualan Shopee yang anda mungkin tidak tahu.

9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee


1. Penghantaran Percuma Poslaju


Mendaftar shipping program adalah digalakkan. Program ini membolehkan anda menghantar barang seberat 5 kilogram ke bawah yang dipesan pelanggan secara percuma!


Cara pos barang Shopee adalah seperti biasa. Drop-off sahaja barang tersebut di pejabat pos tetapi tanpa membayar kos penghantaran. Pelanggan juga tidak perlu membayar kos penghantaran. Setiap item di kedai Shopee anda akan tertera "Free Shipping."

Ini satu kelebihan buat anda kerana majoriti pelanggan akan memilih produk yang tidak mengenakan caj penghantaran. Rujuk link ini untuk apply - https://shopee.com.my/web/events3/code/1869732280/?
 

2. Balas chat dengan pantas


Sudah menjadi kebiasaan pelanggan bertanyakan soalan sebelum membeli. Sebagai penjual, anda perlu alert dengan setiap notification Shopee. Balas dengan pantas menunjukkan anda penjual yang dipercayai dan salah satu cara untuk cara menaikan rating Shopee.


Lihat sahaja gambar di bawah. Cuba bayangkan sekiranya peratusan tersebut rendah. Mesti pelanggan akan cari seller lain bukan? Anda patut tahu cara menjual di Shopee yang ini, penting tau. 

Baca: Cara Daftar Tiktok Shop 2023

3. Boost Now

Butang 'Boost Now' ini juga penting. Ia adalah untuk meletakkan produk anda pada kedudukan teratas di laman Shopee. Ini membolehkan produk anda mudah dilihat pelanggan setiap kali mereka membuat carian dan boleh meningkatkan jualan.

credit: www.bantumula.com
Macam mana nak Boost? Mudah sahaja. Pergi ke bahagian 'Me > pilih produk > tekan "Boost Now".

Oh ya, anda cuma boleh boost 5 produk sahaja dalam masa 4 jam.

4. Tag Diskaun


Logo diskaun sentiasa menarik perhatian pembeli. Thankfully, Shopee mewujudkan sistem di mana penjual boleh meletakkan tanda diskaun pada produk.

Anda boleh tetapkan produk mana dan jumlah potongan diskaun. Label berwarna kuning akan terpapar secara automatik pada barang.


Label tersebut berperanan sebagai 'psikologi'. Pelanggan mudah tertarik kepada barangan yang mempunyai potongan harga.

Cara buat diskaun di Shopee

  • Pastikan anda mendaftar dengan https://seller.shopee.com.my terlebih dahulu.
  • Pilih Marketing Center
  • My Discount Promotions
  • New Discout Promotions.
  • Isi jumlah diskaun dan tarikh diskaun berjalan
  • Pilih produk
  • Pilih 'Done'

5. My Campaign


Saya yakin anda semua alert dengan promosi besar-besaran seperti 11.11 dan musim perayaan. ketika ini banyak pengiklanan dilakukan baik di media sosial mahupun mainstream seperti radio dan televisyen.

Pendedahan seperti ini membuatkan ramai pembeli mula menjengah Shopee untuk mencari barang idaman pada harga murah.

Baca: 7 Kelebihan Jual Barang di Shopee

Menyertai My Campaign ini membolehkan barang anda tersenarai kempen tersebut. Ini secara tidak langsung melariskan jualan kedai Shopee anda.

6. Penggunaan gambar produk yang baik


Ramai yang memandang rendah akan teknik ini. Penggunaan gambarlah yang sebenarnya tools bisnes online, kerana pelanggan tidak dapat memegangnya.


Gunakan gambar yang jelas, berkualiti, dan diambil dari beberapa sudut berbeza. Selain itu, seller juga disaran menggunakan gambar sebenar. Jangan pula lain yang dipaparkan, lain yang dihantar kepada pembeli. Pembeli akan memberi nilai rendah dan ini sekali gus mencemarkan kedai online anda.

7. Diskripsi produk yang jelas


Diskripsi penting dalam menerangkan kualiti, ciri, dan saiz produk. Ada juga seller yang malas isi description ni.

Cuba bayangkan jika anda ingin membeli sesuatu barang. Harga murah, nampak okay, tapi bila scroll ke bahagian description... Kosong!

Barang yang dijual nampak tidak meyakinkan. Lalu pelanggan akan beli dengan seller lain.

8. Penggunaan hashtag


Seperti media sosial, penggunaan hashtag (#) di Shopee turut dilihat penting dalam meningkatkan jualan. Penggunaan hashtag yang bersesuaian membuatkan produk mudah tersenarai apabila pelanggan membuat carian.


Masukkan hashtag berkaitan. Jika anda menjual smartwatch, letak hashtag jenama, model, dan sebagainya.

9.Letak banner di kedai Shopee


Teknik ini mungkin dilihat tidak berapa penting berbanding yang lain. Tetapi alangkah moleknya jika ada banner yang 'summarized' kedai Shopee anda. Adanya banner menunjukkan yang kedai anda boleh dipercayai dan meyakinkan pelanggan.

Tak perlu cantik-cantik. Cukup sekadar nama kedai, logo, dan beberapa produk yang anda jual. Pastikan juga font yang digunakan relevan dan senang dibaca.



Sebenarnya banyak lagi cara tingkatkan jualan Shopee. Anda boleh baca Panduan Bisnes Shopee. Panduan ini menerangkan dengan lengkap berserta cara jual barang dropship di Shopee.

Anda boleh rujuk panduan lengkap ini di - www.bisnesshopee.com


Nah, itu dia 9 cara tingkatkan jualan di Shopee. Senang je kan? Cuba praktikan teknik di atas, dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.
Tags

Post a Comment

23Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Alangkah beruntungnya jika mampu menguasai ilmu jualan di Shopee..

    buat duit on;ine sebanyak yang mungkin

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips, I brought in some stocks recently think I should use this tips and start generating some side income :)

    ReplyDelete
  3. good to know I didn't know we can do this. Great sharing here, thanks for tips now can let my friends to know of this too. They too interested to know of these, great tips to know.

    ReplyDelete
  4. Sekarang nak beli apa je mesti buka Shopee. So seller kena guna peluang ni sebaiknya utk promote barangan mereka. Info2 yg diberi sgt baik utk dipraktikan oleh seller.

    ReplyDelete
  5. #11 Wah! Thank you so much for sharing this! Cx ada juga jual beli dkt shopee. Tq sgy ntk info yg sangt berguna ini! Okay nak apply sekejap lagi! Semoga berterusan dikurniakan rezeki melimpah ruah!

    ReplyDelete
  6. Berniaga melalui platform Shopee memang banyak untung. Nak juga buat business melalui platform shopee ni tapi still tak tahu .Dah baca entry ni dah nampak penggunaan platform shopee ni. Nanti nak try

    ReplyDelete
  7. wah tips yg bagus sgt nik share ni..ciktom mmg berniaga kat shopee n kaki shopping kat shopeee..haha..nanti nak try prsktis semua tips ni..tenkiuu ����

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ilmu ni. Bolehlah dipraktikkan buat mereka yang nak jual barang di Shopee ni. Ada tips untuk boost kan barang2 jugak. Penting bagi penjual untuk sentiasa alert dengan message dari pembeli.

    ReplyDelete
  9. good sharing! betul tu setuju dgn semua info dan point2 yg ada di sini! as a loyal customer di shopee mmg betul antara yg utama jd tarikan unt beli adalah free shipping tu, then credibility seller tu seperti kecepatan dan gaya yg baik membalas msg customer, gmbr2 real dan jelas serta info yg betul dan lengkap tentang produk, mcm2 lg lah kan hehe.

    ReplyDelete
  10. Pernah jugak try meniaga di Shopee ni. Tapi buat separuh jalan je ekeke. Sebab memang betul-betul memerlukan komitmen yang tinggi dan perlu konsisten. Siapa yang rajin follow every steps mesti boleh. Bagus ada panduan camni, boleh bantu sesiapa yang blur-blur nak meniaga di Shopee.

    ReplyDelete
  11. Great tips. Now I know how to increase my sales at Shopee to earn more money. Ha ha ha...

    ReplyDelete
  12. that's a nice tips, thank you. but I phobia with Shopee from the recent 1111 sales. the sellers just cancelled my order suka hati and refund my money back to my Shoppee account. Teruk experience so I hesitate to use it.

    ReplyDelete
  13. Amni dah daftar shoppe
    Skrg mmg but bisnes 100% dari shoppe
    Alhamdulillah kena ada taktik dan teknik yang betul kalau nak jana income lebat dan lumayan dekat shopee ni
    Usaha pun kena konsisten baru menjadi

    ReplyDelete
  14. thanks for the info.. Liez pun nak tahu lebih lanjut pasal bisnes melalui shopee ni..bukan apa, di shopee memang mudah nak buat duit dan lebih dipercayai.kena belajar lagi ni atau kena hadiri class shopee nanti

    ReplyDelete
  15. Penghantaran percuma tu boleh ker atau mereka dah masukkan dalam harga barang tu hehehehe tanya jer jangan marah. Tapi bab balas chat pantas tu memang betul kalau kita tanya soalan kat situ mesti nak jawapan cepat sebab kita nak beli betul tak..

    ReplyDelete
  16. promosi di shopee mmg hebat mampu memancing ramai pelanggannya untuk setip kali kempen anjuran mereka. jadi peniaga dibawah shopee haruslah merebut peluang. mmg tak nafikan ramai yang dah berjaya menjual menggunakan platform shopee

    ReplyDelete
  17. tak pernah menjual dekat shopee, tapi membeli ye pernah hehe. tapi betul, kalau iday beli barang, iday akan check profile seller betul2, macam mana dia jwab soalan, berapa lama masa dia ambil dan kualiti gambar yang diupload. baru la yakin nak buat proses pembelian hehe

    ReplyDelete
  18. CCL selalu shopping melalui shopee .salah satunya sesetengah barang ada yg free postage dan setiap brgn charge postagenya tak sama,kita pun tak perlu tertunggu2 nak tahu harga sesuatu brg, sbb melalui shopee hrga dah tertera jimat masa di situ kan

    ReplyDelete
  19. AM kalu time gaji selalu gak menskodeng apa yg menarik di shopee.. Respon dan maklum balas Dr peniaga cepat.. Servis masih lg tip top..

    ReplyDelete
  20. ramai rupanya dah jadi peniaga di shoppee. mudah kan.

    ReplyDelete
  21. Seee even orang berniaga pun guna boost kat apps shopee. Inikan kita yang blogger influencer kann. Nak berjaya kena la melabur skit. Kalau kedekut, kena lah rajin kan. Kena ballance dengan gaya hidup kita. Haha. Nanti ruby nak boost shopee akaun rubydotmy. Silalah melawat. Hakhakhak

    ReplyDelete
  22. These are good tips! As a smart shopper I always look out for the free shipping products and also any discount banners in their homepage

    ReplyDelete
  23. Saya sudah pun memulakan bisnes ��diShopee�� tapi jualan belum betul-betul laris. Banyak juga yang perlu saya belajar. Apapun saya akan terus berusaha dengan lebih kuat lagi untuk terus berjaya ��

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top