Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify Review dari Lazada

23
What did I get during Lazada 11.11 Shopping Festival? Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify! Walaupun mask ini tidak termasuk dalam 3 item idaman Lazada, saya beli sebab harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari biasa. Oleh itu, saya nak review clay mask dan servis dari Lazada.

Sebelum saya review Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify ini, saya nak tekankan yang memang untung gila beli barang sewaktu promosi besar-besaran. Terutama pada acara 11.11 Shopping Festival yang berlangsung pada 11 November tempoh hari.


Banyak produk yang mendapat potongan harga. Bahkan Lazada buat games, flash sales, dan pemberian voucher menarik. Jadi ramailah rakyat Malaysia yang shopping pada hari tersebut. Termasuklah saya. Heee! Mana boleh lepaskan peluang begitu sahaja kan?

So, saya beli Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify. Harga asalnya sekitar RM40. Tetapi ketika promosi 11.11, ia cuma berharga RM24.90 sahaja! Murah kan?


Mask ini sampai kira-kira 4 hari kemudian. Cepat juga, saya sangka ia akan lambat tiba. Yelah, berapa juta rakyat Malaysia yang membuat pembelian pada hari sama. Mask tersebut tiba dalam keadaan baik, dibungkus kemas, dan yang paling penting... mask ini original! 👍


Jadi kalau anda merancang untuk beli barang, saya syorkan beli sewaktu promosi. Acara 12.12 is coming, so stay tuned.

Baca juga: Cara Beli Barang di Lazada

Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify Review


Loreal Paris sudah banyak menghasilkan clay mask. Tetapi yang masuk ke pasaran Malaysia dan Indonesia adalah:

  • Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify
  • Loreal Paris Pure Clay Mask Illuminating
  • Loreal Paris Pure Clay Mask Anti-Pores
  • Loreal Paris Pure Clay Mask Hydration

Ada 3 lagi variasi tambahan, tetapi tidak masuk ke pasaran Malaysia iaitu Purity mask, Detox Mask, dan Glow Mask.

Saya beli versi Detoxify kerana fungsinya yang menarik iaitu membersihkan kotoran dan minyak pada liang pori.


Ingredients:
Aqua / water, kaolin, montmorillonite, lecithin, polysorbate 20, butylene glycol, propylene glycol, oryza sativa starch / rice starch, ci 77499 / iron oxides, moroccan lava clay, charcoal powder, caprylyl glycol, citric acid, xanthan gum, polyglycerin-10, polyglyceryl-10 myristate, polyglyce-ryl-10 stearate, sodium dehydroacetate, phenoxyethanol, linalool, limonene, parfum / fragrance.

Cara Penggunaan:
Selepas mencuci wajah, sapu mask ini dan biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Disarankan guna 2 hingga 3 kali seminggu.

What it claims:
Membersih, menyerap kotoran, dan mencerahkan kulit. Oleh kerana ia turut mengandungi charcoal (arang), maka mask ini boleh menyerap minyak berlebihan. Jika digunakan secara konsisten, wajah akan kelihatan bersih, sihat, dan glowing.

Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify

Review
Saya mempunyai kulit berminyak, I can see that this mask absorbs minyak berlebihan pada kulit. Kesannya seperti guna oil control film yang warna biru tu. Sangat-sangat impressed dengan hasilnya. So, muka dah kurang berminyak. Tapi kena selalu guna dalam 2 kali seminggu untuk sekat minyak berlebihan.

Katanya ia turut memberi kesan mencerah. Tetapi seperti mask lain, kesan cerah itu cuma boleh dilihat beberapa minit selepas dibilas sahaja. Tidak mengapa. Janji muka dah tak berminyak!

gambar: iamxiiaomii.blogspot.com

 
Texture
Texture mask ini arang pekat. Sangat pekat membuatkan ia susah untuk dibilas. Dari segi bau pula, ia wangi dan mempunyai aroma seperti produk high-end. You know what I mean.

Repurchase? Hell yeah! Sangat recommend untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Anda akan rasa satisfied bila nampak mask ini menyerap minyak.

Link pembelian:

Lazada: Out of Stock

Shopee: https://invol.co/cl2699t

So there you go, my Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify review yang saya beli dari Lazada. Mungkin pada promosi 12.12 nanti saya beli versi Anti-Pores pula. 

Post a Comment

23Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Memang berbaloi kalau beli time-time saleni , harga pun kemain murah dari rm40 boleh jadi rm24 ,jimat dah disitu bukn ,

    ReplyDelete
  2. Skrg banyak sale kira murah la ni kan

    ReplyDelete
  3. berbaloi beli time sales ni kan.airah ada juga tengok review skincare twitter semua suka mask ni.banyak review positif tapi airah tak berkesempatan lagi nak beli.

    ReplyDelete
  4. Mmg byk diskaun tu..xsia2 shopping 11.11 ye..produk loreal mmg terkenal..tk pernh tgk psl clay mask detoxify dr loreal ni..tq share review

    ReplyDelete
  5. Time 11.11 tu I siap tangkap dibea C7 wireless vacuum. Berbaloi betul price time tu. OMG! I want to try this pure clay mask. Look super good and berbaloi. Tunggu 12.12 pulak.

    ReplyDelete
  6. Betul lah sekarang nak beli barang untuk kecantikan secara onlien jer memang bagus dan juga sangat berguna.... Tengok produk kat sini juga bagus....

    ReplyDelete
  7. Loreal mmg cukup dikenali dan diyakini kualiti productnya, walaupun saya lelaki... Saya pun percaya product Loreal ni.

    Dan boleh beli kat Lazada, satu langkah bagus oleh Loreal utk dekat kan pengguna dgn product mereka

    ReplyDelete
  8. wah diskaun kaw2 ye..mask macam ni terus basuh ke atau dia kena tarik..nampak best..muka kita dahla jenis berminyak

    ReplyDelete
  9. I've seen so many influencers rave about this product, can't wait to try it myself cause I have oily skin too.

    ReplyDelete
  10. i suka clay yang warna hitam ni hehehe...sejukkan kalau pakai...pernah guna satu masa dulu tapi tak ingat brand apa...nanti nak belilah brand loreal ni macam menarik pulak

    ReplyDelete
  11. Qiya belum pernah cuba clay mask ni, tapi rasa berminat plak sebab arang memang meluas penggunaannya sekarang ni dalam skincare kan. Memang murah ye harga time sales ni? Nanti Qiya nak survey jugak la untuk next sales 12.12 kan?

    ReplyDelete
  12. Wawa pakai juga clay mask loreal ni.. Antara clay mask yg kt drugstore senang nk pakai... Tp wawa pakai yg illuminating tu.. Mmg best berbanding clay mask yg lg 1 brand tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada juga yang illuminating tu. nanti2 lah review. hehe

      Delete
  13. Clay Mask ni femes. Sebab produk Loreal ni harga tak mahal dan mampu di miliki oleh hakak. Hahaha. I like face mask. Best kan? Akak dah masuk botol ke tiga dah.

    ReplyDelete
  14. Haritu 11 nov tak sempat nak shopping. Sebab 10jam atas jalanraya balik ke kampung. Tunggu 12 Dis nanti la. Hehe
    Kita jarang shopping barangan kosmetik ke pape la yang berkaitan kat lazada sebelum ni.

    ReplyDelete
  15. great mask.. the price is reasonable too.. looks great... good to detox like this once in a while..

    ReplyDelete
  16. Saya suka pakai produk lorear paris ini untuk usia 40 tahun keatas. Produkx bagus untuk mencegah penuaan dini.

    ReplyDelete
  17. Selain produk berasaskan coffee, clay mask adalah antara produk yang menjadi pilihan wanita di malaysia kan? Lepas baca ur review, rasa macam nak tunggu 12.12 and shopping !

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib shopping 12.12 nanti.. kalau ada barang yang auni tengah aim, beli je!

      Delete
  18. With the growing age, it is necessary to take care of your skin. But due to the busy schedule, many women are not able to find enough time for them and their skin becomes dull and aging spots become more visible. Here are some easy solutions that will not only make your skin beautiful but also reduce the anti-aging spots and wrinkles. For more details, visit

    http://www.rushyourtrial.com/coupon-category/skin-care/

    ReplyDelete
  19. Celluage Cream | Celluage Day And Night Cream

    ReplyDelete
  20. Very nice and affordable too.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top