Ahad, 18 November 2018

Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan

Berita baik buat semua penggemar filem dan siri tv, penstriman Netflix kini hadir dengan pelan RM17 sebulan. Tetapi harga rendah ini hanya terhad untuk ditonton pada peranti mudah laih sahaja.

Pakej langganan bulanan yang bernilai RM17 ini tidak boleh diakses melalui komputer dan smart tv. Selain itu, ia juga hanya boleh ditonton dalam resolusi SD dan tidak dalam HD seperti pakej biasa. Pelan ini juga terhad kepada satu skrin sahaja.


Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan


Buat mereka yang masih merasakan pakej 'Basic' yang bernilai RM33 itu masih mahal, anda boleh melanggan pelan RM17 ini. Ada juga yang ternanti-nantikan pelan murah ini kerana kebanyakkan yang melanggan Netflix cuma menonton filem kegemaran melalui telefon pintar sahaja.

Maklumlah, tidak semua mempunyai komputer atau laptop. Bahkan jarang-jarang sekali menonton televisyen. Jadi, langkah Netflix menguji pelan RM17 ini hadir tepat pada waktunya.


Untuk melanggan pakej ini anda perlu mengakses Netflix Malaysia melalui aplikasi pada peranti mudah mudah alih. Muat turun aplikasi Netflix melalui pautan berikut:

iOS: https://itunes.apple.com/my/app/netflix/id363590051?mt=8
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.netflix.mediaclient&hl=en

Anda boleh tonton Netflix percuma selama 30 hari, jika tidak berminat, boleh batalkannya pada bila-bila masa.

Boleh rujuk artikel - Cara Daftar Netflix Malaysia sebagai rujukan.

Kelebihan Netflix


Kandungan Netflix sememangnya layak diberikan pujian. Pelbagai filem dan siri tv menari yang boleh ditonton tanpa batasan. Netflix juga mempunyai sejumlah kandungan original yang tidak disiarkan di mana-mana platform. Kesemuanya berkualiti dan dibintangi oleh nama-nama besar Hollywood.


Keburukan Netflix


Jumlah kandungan yang boleh ditonton di Malaysia lebih kecil berbanding apa yang ditawarkan di Amerika Syarikar dan Eropah. Ia berbeza mengikut negara. Mungkin masalah perlesenan. Beberapa pengguna menggunakan VPN Malaysia untuk mengakses kandungan penuh. 

Untuk kaki movie dan penggemar filem antarabangsa, melanggan pelan Netflix RM17 adalah keputusan yang bijak. Bolehlah anda menonton siri popular seperti Stranger Things, Narcos, The Haunting of Hill House, dan sebagainya.

3 ulasan:

  1. fuhhh..terbaik ni..dah lah cerita2 kat netflix mmg awesome

    BalasPadam
  2. Ok..rupanya untuk mobile sahaja. Tapi berbaloilah :)

    BalasPadam
  3. Boleh tahan murah juga RM17 sebulan boleh tengok macam2 di phone

    BalasPadam