Sinopsis Seribu Rindu di Tv3

1
Sinopsis Seribu Rindu di Tv3 | Menggantikan Villa Ghazara yang telah menamatkan siarannya minggu lalu, Tv3 kembali menyinari petang anda dengan sebuah lagi drama bersiri hebat berjudul SERIBU RINDU.

Drama rantaian terbitan OrangeTree Production ini mendapat sentuhan dari pengarah Zamri Zakaria. Mengisahkan percintaan dan konflik keluarga, Seribu Rindu yang mengisi Slot Akasia ini dijangka akan memikat hati ramai penonton.

seribu rindu

Bakal bersiaran sebanyak 28 episod, Seribu Rindu dibintangi Zul Ariffin dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Turut dibantu oleh barisan pelakon berbakat seperti Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, dan Hafizuddin Fadzil.

Sinopsis drama Seribu Rindu Tv3


Percintaan silam yang terhenti angkara tidak direstui. Maisara terpaksa membuang kasihnya terhadap Airel kerana perkahwinannya tidak akan direstui kedua ibu bapa Airel. Orang tua Airel lebih memilih untuk menjodohkan anak lelakinya dengan calon pilihan.

Namun Maisara, seorang gadis kental percaya sinar akan muncul suatu hari nanti.



Irfan pula, seorang chef yang sudah lama menyukai Maisara. Dia sanggup ke kampung untuk belajar memasak dengan nenek Maisara hanya untuk mendekati gadis itu.

Maisara jatuh hati terhadap kebaikan Irfan dan akhirnya membawa pasangan ini ke gerbang perkahwinan.

Perkahwinan mereka mula diuji saat bahagia mula dimiliki. Malang tidak berbau, Irfan ditimpa kemalangan dan lumpuh.


Ketika inilah bala menimpa perkahwinan mereka apabila Airel kembali menuntut cintanya. Datang pula Johan dan Damia yang mengeruhkan lagi keadaan.

OST/Lagu Tema Seribu Rindu: Alyah - Jutaan Purnama

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Seribu rindu bakal bersiaran mulai 12 November 2018, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, di Tv3. 
Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Alamak dah lama tak terjebak drama pukul 7 nih ,
    Alih-alih tengok zul ariffin yg berlakon CCL terjebak untuk follow drama ni .

    Overall drama ni memang best

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top