Fakta Menarik Filem Aquaman

3
Fakta Menarik Filem Aquaman 2018 | Menutup tirai 2018, kita dihidangkan dengan sebuah lagi filem bertemakan superhero yang diadaptasi dari komik DC. Aquaman yang kini menjadi sebahagian daripada DC Extended Universe (DCEU) semakin digemari selepas kemunculannya dalam Justice League dan BvS.

Tahun 2018 cukup cemerlang buat filem superhero terutama buat Marvel. DC mengambil langkah untuk menggunakan khidmat pengarah James Wan yang terkenal dengan genre seram untuk filem keenam DCEU ini.


Adakah Aquaman mampu menyelamatkan dunia DCEU yang semakin tenggelam dek kerana plotline yang kucar-kacir. Filem terakhirnya, Justice League menerima kecaman hebat dari segi jalan cerita, cinematography, villain, hinggalah ke CGI yang menutup misai Henry Cavill.

Saya pasti DC, Warner Bros, dan pengikut setia mengharapkan Aquaman mampu menyelamatkan semula DCEU. Pada saat artikel ini ditulis, Aquaman mendapat banyak pujian dari peminat dan pengkritik filem. Rating Aquaman di Rotten Tomatoes nya juga cemerlang.

Pengarah: James Wan
Pelakon: Jason Mamoa, Nicole Kidman, Amber Heard, Willem Dafoe, Patrick Wilson 
Tarikh tayangan: 13 Disember 2018
Pengedar: Warner Bros
Klasifikasi: PG13

Aquaman release date di Malaysia adalah pada 13 Disember lalu. Dah tonton? Kalau belum jom lihat beberapa fakta menarik di bawah untuk menambahkan lagi keterujaan anda!

Fakta Menarik Aquaman 2018


- Pengarah James Wan ia berasal dari Malaysia tetapi dibesarkan di Australia. Ini adalah filem superhero pertama arahan Wan yang sebelum ini mengarah dan menerbitkan filem seram seperti Insidious, Saw, dan The Conjuring.

[Baca] Fakta Menarik Avengers Infinity War

- James Wan mendedahkan yang beliau diberi pilihan sama ada untuk mengarahkan The Flash ataupun Aquaman. Beliau lebih memilih Aquaman yang berstatus underdog dan belum pernah dibikinkan sebelum ini.


- Aquaman merupakan filem kelima Wan bersama aktor Patrick Wilson selepas  Insidious (2010), The Conjuring (2013), Insidious: Chapter 2 (2013) and The Conjuring 2 (2016).

- Nicole Kidman sebelum ini menolak tawaran Queen Hippolyta dalam Wonder Woman (2017)

- Aquaman menjalani penggambaran sekitar Australia, Morocco, dan Kanada. 


- Untuk mengelak dari peminat dan paparazzi, tajuk filem ini dinamakan 'Ahab'.

- Pelakon tersohor, Nicole Kidman adalah pilihan utama James Wan untuk watak Queen Atlanta. Nicole pula selama ini meminati hasil kerja Wan sehingga menggelarkannya 'Master of Horror'.


- Salah satu sebab mengapa Wan ingin mengarahkan Aquaman adalah beliau ingin mengolah jalan cerita yang lain dari sebelumnya. Kita sering menjadikan alien sebagai ancaman dalam filem.

- Menurut Amber Hear, babak di dasar laut menjalani penggambaran dalam studio bersuhu rendah.

- Ini merupakan filem superhero kedua Patrick Wilson, Nicole Kidman, dan Willem Dafoe.

Semoga fakta menarik filem Aquaman yang saya senaraikan di atas dapat menambahkan lagi keterujaan untuk menonton filem keenam dalam DCEU!

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik sbb dah lama tak tgk nicole kidman berlakon

    ReplyDelete
  2. iskk.. tak sempat g tgk lagi ni.. adess

    ReplyDelete
  3. Movie ini memang terbaik sbg penutup tahun 2018 ini. James Wan memang seorang yang berbakat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top