Jumaat, 14 Disember 2018

Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3

Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3 | Menyusuli Seribu Rindu, stesen tv nombor satu negara, Tv3, membawakan sebuah drama bersiri hebat untuk tontonan anda yang bertajuk Pujaan Hati Kanda yang bakal menghiasi Slot Akasia.

Seperti biasa, Pujaan Hati Kanda juga diadaptasi dari novel cinta yang mencatat jualan tertinggi dari tajuk yang sama, tulisan Aulia Iman.


Drama terbitan Mache All Star United Sdn Bhd dibawah arahan Eoon Shuhaini darip garapan Intan Zarina Mohd Yasin.

Pujaan Hati Kanda menampilkan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, dan Catriona Ross.

Sinopsis drama Pujaan Hati Kanda Tv3


Mengisahkan seorang playboy, Danny, yang telah mula sedar akan kesilapan lampau dan ingin memulakan hidup baharu. Dia kini bertemu Nadine dan nekad untuk menikahi gadis itu. 

Pada hari perkahwinan mereka, Danny menerima hadiah yang tidak diduga. Seorang bayi kecil bersama sijil kelahiran yang membuktikan dialah bapa kepada bayi itu ditinggalkan di masjid.

Remuk hati Nadine selepas mendapat tahu bayi itu adalah anak kepada bakal suaminya. Nadine enggan meneruskan perkahwinan. Majlis pernikahan itu dibatalkan dan Danny merasa bertanggungjawab ke atas bayi tersebut.



Danny terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga bayi itu dan dia dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang terdesak memerlukan duit. Dalam masa yang sama Danny dan Tiara menjadi semakin rapat kerana bayi itu.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian dan perlu pulang ke kampung. Siapa yang harus menjaga bayi tersebut? Danny perlu berkerja dan dalam masa yang sama harus merungkai misteri bayi tersebut.

Hendak atau tidak, Tiara terpaksa membawa bayi itu pulang ke kampung dengan memberitahu keluarganya yang dia kini mengasuh anak kepada duda yang kematian isteri.

Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana hubungannya dengan Nadine? Perasaannya terhadap Tiara? Siapakan ibu kepada bayi itu?

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

OST / Lagu tema: Adira - Pujaan Hati

Saksikan Pujaan Hati Kanda bermula 20 Disember 2018, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam hanya di Tv3. 

3 ulasan:

  1. popular kata ganti diri "kanda" hehe

    BalasPadam
  2. Suke nengok film di Malaysia, kisah ceritanya berbobot dan tampak profesional. Beda sama kondisi sinetron di Indonesia yang kesannya material, hedonisme, licik, kekerasan, dan sejenisnya.

    BalasPadam