Sabtu, 1 Disember 2018

Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix

Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix | Netflix hadir dengan sebuah lagi siri hebat yang ditayangkan sempena Halloween lalu bertajuk The Haunting of Hill House. Kisah seram ini di adaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama karya Shirley Jackson. Menariknya, ia bukan sekadar naskah seram biasa. Tetapi lebih daripada itu.

The Haunting of Hill House (THOHH) diarahkan oleh Mike Flanagan, iaitu pengarah yang tidak asing lagi dalam arena seram. Beliau sebelum ini pernah mengarahkan Hush, Ouija: Origin of Evil, dan Gerald's Game.


Sinopsis The Haunting of Hill House


Mengisahkan lima beradik Crain yang melalui pengalaman menyeramkan di rumah agam Hill House sewaktu kanak-kanak. Menginjak dewasa, mereka bagaikan tidak boleh lupa akan tragedi yang berlaku di Hill House. Peristiwa hitam masih menghantui minda mereka.

Baca: Cara Daftar Netflix Malaysia

Pengarah: Mike Flanagan
Pelakon: Michiel Huisman, Carla Gugino, Kate Siegel, Elizabeth Reaser, Henry Thomas, Timothy Hutton,
Genre: Drama/seram

*Ulasan ini TIDAK mengandungi spoilers.

Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix


This is without a doubt, one of the best horror out there. THOHH bukan sahaja sebuah naskah seram yang hebat, tetapi karya perfileman yang bijak. Ia seimbang dari segenap sudut. Baik dari segi plot, lakonan, mahupun teknikal.

Siri THOHH mengingatkan saya kepada filem Hereditary dan The Autopsy of Jane Doe iaitu cara bagaimana mereka menerapkan elemen seram secara effortless.

Penonton tertunggu-tunggu kemunculan kelibat hantu, but nothing showed up. Kemudian jump scares muncul tanpa disangka-sangka dan ia diletak di tempat yang sepatutnya.


Senang cerita THOHH bukanlah karya yang cuba memperbodohkan penonton dengan false jump scares yang memualkan.

Sebaliknya, Flanagan bijak mencipta mood seram yang tidak hanya bergantung pada kelibat hantu dan jump scares semata-mata. Elemen seram boleh dirasai pada naratif dan penceritan dari episod pertama hingga akhir.

Baca: Ulasan Siri Stranger Things

Nadi penggerak THOHH terletak pada storyline dan persembahan lakonan yang memukau. Oleh kerana terlalu 'attached' dengan nasib malang yang menimpa keluarga Crain, anda tidak sedar akan kemunculan hantu.  

Bijak bermain dengan timeline


This is the horror version of NBC's hit show, This Is Us. I could not help my self from seeing the resemblance between this show and This Is Us. Persamaan antara kedua-dua siri ini cukup ketara terutama bagaimana ia bermain dengan susur masa. Seperti kepingan puzzle, penonton perlu menyusun setiap insiden yang berlaku kerana setiap babak flashback dan masa kini berkait antara satu sama lain.

Oleh kerana ia menggunakan non linear perspective, penonton dipersembahkan dengan babak past dan present.

Contohnya, penonton sudah tahu apa yang berlaku berdasarkan present time, tetapi bila dan bagaimana itulah yang menjadi tanda tanya. Just like This Is Us. lol!



THOHH lebih menitik beratkan soal jalan cerita, perkembangan watak dan mutu lakonan. Ia sarat dengan dialog di mana setiap bait-bait ayat yang diucap oleh karakter adalah penting. Bahkan anda tidak boleh terlepas walau satu babak sekalipun.

Pemilihan pelakon yang tepat


Pada saya pemilihan pelakon baik versi kanak-kanak dan dewasa amat tepat. Mereka bukan sahaja berjaya menghidupkan watak dengan baik. Bahkan, adik-beradik perempuan Crain dan ibu mereka, Olivia mempunyai wajah yang seiras.


I would not say it is important to cast pelakon yang mempunyai wajah seiras. Tetapi ia sedikit sebanyak menambah rencah dan drama dalam keluarga Crain.

Episod 6 The Haunting of Hill House cemerlang


Pada saya, episod 6 paling menyerlah. Bukan kerana terlalu seram tetapi cemerlang dari aspek skrip, arahan, lakonan, dan pergerakan kamera. Without spoiling anything, episod enam cuma mempunyai empat babak tanpa suntingan. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka melakukannya?

Episod 6 mengangkat standard siri televisyen ke satu tahap yang cukup membanggakan.

Instagram: @nikkhazami

Saya berani meletakkan THOHH pada kedudukan yang cukup tinggi. It is a well executed horror yang tidak hanya melahirkan perasaan seram but it hits you right in the heart. THOHH bukan sebuah karya seram tipikal seperti pernah kita tonton sebelum ini.

The Haunting Of Hill House 
9/10

24 ulasan:

  1. Netflix banyak series yang sedapr. Tapi tak sempat tengok pun.

    BalasPadam
  2. best2 cerita dia kat netflix ni macam nak langgan je jugak

    BalasPadam
  3. macam menarik je jalan cerita dia tapi airah seram sikit nak tengok cerita hantu niiii.nanti teringat-ingat sebab memang penakut hahahaha baca ramai jugak review cakap best

    BalasPadam
  4. Alahai sayangnya sebab selalu busy sekarang. Rasa rugi sangat sebab dah lama juga tak tengok drama-drama atau filem-filem ni semua walaupun rasa teringin sangat. Kalau yang drama sampai dah tertinggal jauh dah episod-episod dia. Haha. Oklah boleh lah simpan drama ni untuk watchlist. Memang nampak mengancam trailer dia!

    BalasPadam
  5. I like to watch horror movie, glad you sharing this. I not yet watch this movie, I will ask my mom to watch with me as she loved also horror movies. Netflix is new to me, gonna try it out too.

    BalasPadam
  6. Menariknyaaaa! Cx dahlah suka cerita seram. Kalau dulu takut sebab ashik fikir hantu je tapi skrg layan cite seram sebab timeline and storyboard dia. Nak tahu kenapa jd cmtu, kenapa jadi camni. Haaa mcm detective conan bila tgk. Hehedh thanks for sharing!

    BalasPadam
  7. Kalau ada flash back kejap2 flash back ni kena concentrate betul2 untuk memahami plot cerita tu. Belum berkesempatan nak menonton cerita ni. Suka cerita seram macam ni....

    BalasPadam
  8. Ramai kata cerita dekat netflix best best. Nak try usher juga lah. Bila baca review ni terus rasa tertarik nak tgk juga walau penakut. Kadang bunyi muzik dh boleh terperanjat. Hehe

    BalasPadam
  9. Tengok jugak Netflix tapi sibuk tengok cite Korea..hehehe. Nanti dah habis series ni sis akan tengok cerita Haunting Of Hill House ni..macam menarik je

    BalasPadam
  10. Menarik cerita ni...BC pun nak follow kt neflix laa ikut cerita ni...jalam ceritanyapun menarik...kesah seram yang memang menjadi kegemaran BC sekeluarga...netflix mmg banyak cerita yang bagus2 utk ditonton...terima kasih atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  11. Tk pernh tgk movie di neflix..nanti nk kena bc dlu mcm mana nk kena daftar dlu kan..cite seram ni suka juga tp kena hati2 kdg2 terkejut2 buat jantung berdebar2 hehe tapi tgk ramai2 ok la..kurang skit seramnya

    BalasPadam
  12. Netflix ni memang tempting nak subscribe. Movie kat situ memang menarik jugak. Cerita hantu ni memang I tak suka sebab takut sangat. Nanti mengigau pulak malam malam. Jalan cerita as per your review memang menarik!

    BalasPadam
  13. Wah promising sangat rate 9/10 tu. Sebagai peminat cerita seram, memang nak kena tengok cerita ni lah nanti. Episode pon x banyak kan. Boleh lah marathon nanti.

    BalasPadam
  14. Interesting. Lama tak layan drama/filem seram. Actually memang suka dengan cerita seram bollywood, tak cliche sangat. Ni kalau bosan² boleh layan.

    BalasPadam
  15. 9/10 rate memang comfirm cerita ni best gila!

    BalasPadam
  16. Alaa bestnya ada netflix.mcm khai Tak suka cerita putus2 org kata potong stim hahaha tunggu semua episode ad baru tgok.for this one of course no tgok yeah

    BalasPadam
  17. Cerita seram kita sangat suka nak tonton memang kalau ada kat wayang mesti pergi tengok hehehehe cuma sekarang ni sibuk sikit nak pergi tak ada masa tak apa kita tengok kat Netflix kat rumah jer senang hehehehe...

    BalasPadam
  18. baca jer pun dah seram tapi nampak menarik, walaupun tak berapa suka dengan cerita genre horror , sesekali kena layan jugak sebab sebenarnya cerita seram2 nih baik untuk kesihatan jantung, kira macam sambil bersantai sambil bersenam gittuuu

    BalasPadam
  19. do you actually subsribe to netflix? cause i always curious if anyone does so. i know it's super popular in US but not sure about malaysia... anyway horror movie not suitable for me, need to have a strong heart. haha

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    BalasPadam
  20. Pernah tengok trailer, tapi tak pernah tengok sampai sampai habes hehe..genre seram ni aku kureng sikit, kalau action boleh layan sampai ke subuh haha

    BalasPadam
  21. Klo sy gk kuat nonton yg seram seram gitu. Biasax terbawa mimpi jadi gak kuat aja gitu hehee

    BalasPadam
  22. dah lama tak tengok cerita seram orang putih ni..tak dan nak tengok movie..nak tengok kena tunggu keluar dekat tv..tapi seronok cerita seram ornag putih..dengar sinopsis cerita ni pun macam menarik je..

    BalasPadam
  23. Kak memang suka tgk cite seram,tak kira movie dari mana2 negeri asalkan cite seram

    BalasPadam