Rabu, 2 Januari 2019

10 Filem Terbaik 2018

10 Filem Terbaik 2018 | It's been a year. Sebagai seorang peminat filem tegar, saya mengumpulkan 10 filem terbaik sepanjang tahun ini. It is time to look back dan lihat naskah manakah yang terbaik pernah dihasilkan sepanjang 2018.

Oh ya, sebelum itu anda boleh baca filem terbaik pada tahun lepas. Baca di sini - 10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom


Secara jujurnya 2018 bukanlah tahun terbaik untuk cinema. Seriously, we only get to see few great films yang sering disebut-sebut netizen dan menjadi trending. Itu pun filem francais dan bergenre superhero.

Bercakap soal filem superhero, 2018 merupakan tahun gemilang buat Marvel. Avengers Infinity War mencatat sejarah sebagai filem terlaris dalam sejarah perfileman dunia. Manakala Black Panther pula berjaya mengubah dominasi adiwira berkulit putih. Lebih membanggakan, ia kini bertanding dalam musim anugerah yang bakal berlangsung.

Penstriman popular, Netflix juga tidak kurang hebatnya. Tahun ini Netflix menayang sejumlah original content hebat seperti Annihilation, To All The Boys I've Loved Before, Bird Box, dan banyak lagi.

[Baca] Cara Daftar Netflix Malaysia

Selain filem blockbuster, anda patut tahu terdapat sekumpulan pengkarya yang menghasilkan filem untuk bertanding pada musim anugerah. Atau dengan kata lain, filem-filem ini dipanggil 'Oscar bait'. Mereka tidak kisah sekiranya ia mendapat kutipan rendah, asalkan diiktiraf oleh pengkritik.

Contohnya filem yang sebut-sebut bakal tercalon dalam kategori Best Picture adalah A Star is Born, First Man, dan Roma.

Filem-filem ini dinilai secara telus, tanpa diskriminasi, dan tidak mengira genre.

Honorable mention: 
  • A Quiet Place
  • Tully
  • Game Night

 

10 Filem Terbaik 2018 pilihan Nikkhazami Dotcom



#10 BlacKkKlansman


Diangkat dari kisah benar, BlacKkKlansman mengisahkan Ron Stallworth yang dilantik sebagai pegawai polis berkulit hitam pertama di Colorado Springs pada era 70-an. Stallworth ditugaskan dalam misi penting iaitu menumpaskan Ku Klux Klan iaitu pertubuhan rasis yang anti orang kulit hitam.

The plot, dialogue and acting all come together to make a cohesive movie. Pengarah Spike Lee bijak dalam meletakkan mesej, humor, dan isu yang warga African-American hadapi pada waktu itu. Dalam masa sama menjadikan BlacKkKlansman sebagai filem yang menghiburkan.


Dalam konteks dan suasana politik pada hari ini, plot line BlacKkKlansman dilihat segar dan diterbitkan tepat pada masanya.

Rating: 8/10

#9 Love, Simon


Setiap orang berhak melalui kisah cinta zaman remaja. Tetapi ia rumit buat Simon Spier. Mempunyai keluarga bahagia, hidup senang, dan rakan-rakan yang positif. Namun Simon mempunyai satu rahsia besar. He is gay. Bimbang jika dia mengaku secara terbuka bahawa dia beridentiti gay, dia akan kehilangan orang yang disayanginya.


Okay, don't judge me. Saya tidak menyokong LGBT.  I just love well executed movies. Love, Simon tidak seperti teen-romance yang pernah kita tonton. Ia tidak memaksa penonton untuk mengasihani atau menghukum Simon. Sebaliknya melihat bagaimana reaksi orang sekeliling terhadap ketidak sempurnaan yang tidak boleh dielakkan.

Rating: 9/10

#8 Upgrade


Naskah yang berkisarkan balas dendam atas kehilangan orang tersayang sudah tidak asing lagi di layar Hollwood. Upgrade juga menggunakan acuan yang sama di mana Grey yang kini lumpuh bergantung pada teknologi baharu, Stem, untuk membalas dendam akan kematian isterinya.

Upgrade adalah salah satu filem yang memaparkan aksi yang saya kategorikan sebagai ganas dan 'gore'. This is not my type of movie, but it surprised me on so many levels. Dari jalan cerita, babak aksi, hinggalah ke plot twist.

Kiri: Tom Hardy ; Kanan: Logan Marshall-Green
Untuk pengetahuan, ia adalah sebuah naskah dari penerbit filem Get Out. Faham tak point saya di sini? Upgrade tidak mempunyai bajet yang besar tapi masih mampu menggarap naskah yang baik. Contohnya nak hire Tom Hardy mungkin mahal sangat, jadi mereka hire Logan Marshall-Green. HAHA!

Rating: 9/10

#7 Sicario: Day Of Soldado


Untuk rekod, filem pertama Sicario (2015) merupakan salah satu filem kegemaran saya sepanjang zaman! Filem tersebut menggabungkan tiga pengkarya berbakat iaitu Denis Villeneuve, Taylor Sheridan, dan Roger Deakins. If you haven't seen it, please please please go see it!

Masih mengetengahkan pengedaran dan penyeludupan dari Mexico, tetapi kali ini ia dipertontonkan dari sudut berbeza.


I am glad that it was still written by Sheridan. Sicario: Day Of Soldado mengisahkan isu penyeludupan manusia dan bagaimana Amerika Syarikat menanganinya. Istimewanya Day of Soldado adalah kerana ia berani menyentuh bagaimana keganasan dan jenayah boleh melibatkan kanak-kanak.

Walaupun saya kecewa kerana ia tidak lagi di arahkan oleh Denis Villeneuve dan sentuhan sinematografi Roger Deakins, sekuel Sicario masih lagi cemerlang. The best of its kind.

Rating: 9/10

#6 Searching


Jika anda pernah menonton Unfriended, anda mungkin bakal terpikat dengan Searching. Kerana kedua-dua filem ini berkongsi persamaan iaitu hampir keseluruhan filem ini dipersembahkan melalui skrin peranti pintar. Unik.

Searching mengisahkan kesungguhan seorang bapa mencari mencari anak perempuannya yang hilang. Kehilangan Margot membuatkan David menyelongkar semua media sosial, telefon, dan menghubungi rakan-rakannya untuk mendapatkan petunjuk.


Saya tak nak ulas lanjut kerana Searching mempunyai plot twist yang tidak sangka-sangka. Jalan ceritanya realistik. Kesungguhan seorang bapa ingin mencari anaknya dan apa yang sanggup ia lakukan.

Saya rasa Searching dekat dengan hati penonton kerana ia dipaparkan melalui perspektif peranti yang kita gunakan pada hari ini. Serta the good 'ol Microsoft Windows 98. Hee!

Rating: 9/10

#5 Ready Player One


Siapa tidak kenal dengan Steven Spielberg? Pengarah lagenda yang banyak menghasilkan karya agung seperti Jurassic Park, Indiana Jones Back To The Future, dan banyak lagi.

Pada 2018, Spielberg hadir dengan naskah terbaharu iaitu Ready Player One. Without a doubt, ini adalah salah satu filem terbaik arahannya.


Mengisahkan permainan video virtual realiti Oasis yang mencabar penggunanya mencari 'easter eggs'. Pemain yang menjumpainya akan mewarisi semua kekayaan pencipta permainan video ini.

Babak aksi, perlumbaan kereta, peperangan sangat mengujakan. Transisi antara Oasis dan dunia nyata juga menambahkan rencah filem bergenre sains fiksyen ini. Terdapat beberapa babak dalam filem ini yang saya lihat hanya Steven Spielberg mampu melakukannya.

Apa yang menarik tentang Ready Player One adalah mengumpulkan banyak pop culture references.

Rating 9/10

#4 A Star Is Born


Jika 2016 kita ada La La Land, 2018 A Star Is Born rules that genre. Filem pertama arahan Bradley Copper merobek hati penonton. Dari tema, jalan cerita, lakonan, muzik, dan sinematografi berjaya membuatkan penonton berada di dalam filem tersebut. Jika anda ingin menontonnya, sediakan tissues.

Biarpun ini adalah kali ke empat A Star Is Born dibikin semula, ia tidak menyekat Copper dari menjadikannya sebagai filem terbaik pada 2018.

Jika anda mengikuti karier Bradley Cooper, jelas menunjukkan A Star Is Born lahir daripada pengalaman yang dikutip selepas berkerja di bawah pengarah terkenal sebelum ini seperti David O Russell dan Clint Eastwood.


Perkara yang mengejutkan adalah Lady Gaga yang terkenal sebagai penyanyi, boleh berlakon dengan cemerlang! Bahkan Bradley Copper sendiri boleh menyanyi dengan baik!

Ia turut disebut-sebut untuk menggondol beberapa pencalonan dalam Anugerah Akademi (Oscar) kelak termasuk Best Picture, Best Actress, dan Best Original Song.

Rating: 9/10

#3 Annihilation


Mengisahkan Lena (Natalie Portman) menyertai misi merbahaya iaitu memasuki Area X yang berlakunya fenomena misteri yang dinamakan The Shimmer. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dalam The Shimmer kerana kesemua penyelidik dan askar yang dihantar tidak pernah pulang, kecuali Sarjan Kane.

Annihilation ditayangkan di penstriman Netflix kerana pihak produksi bimbang filem yang memerah otak tidak mampu mencatat kutipan tinggi.


Pada saya, Annihilation adalah antara filem sci-fi terbaik. This is a hard core sci-fi yang memerlukan penonton berfikir di luar kotak. Malah, setiap orang mungkin mempunyai konklusi berbeza setelah menontonya.

Saya dah tulis review filem ini secara terperinci. Boleh baca di - Ulasan Filen Annihilation

Rating: 9/10

#2 Hereditary


Hereditary adalah filem bergenre thriller/horror/drama yang telah 'memecah belahkan' penonton. Memecah belahkan di sini bermaksud separuh dari audience mengatakan ia adalah karya agung. Manakala sekumpulan lagi berpendapat yang ia adalah sampah!

Why? Kerana ia lain dari yang lain and I LOVED it!

Hereditary mengisahkan keluarga Graham yang berdepan dengan perkara aneh selepas kematian nenek mereka.


Filem arahan Ari Aster bukan filem seram tipikal yang sering kita tonton sebelum ini. Ia langsung tidak bergantung kepada jump-scares, kemunculan kelibat hantu, atau muzik yang kuat, untuk menakutkan penonton.

Mungkin itulah kesilapan pembikin filem seram masa kini. Rasa seram tidak hanya bergantung pada kemunculan hantu. Walhal ia boleh disuntik melalui jalan cerita, lakonan, dan sound design.

It is a slow-burn film dan saya faham kenapa ramai yang tidak menggemarinya. Tetapi Hereditary memuatkan babak yang bakal dikenang sampai bila-bila.

Rating: 10/10

#1 Avengers Infinity War


Here goes my number one film of the year. Avengers Infinity War. It sounds cheesy untuk meletakkan filem superhero pada tangga teratas. And I was trying really hard not to pick a superhero movie. Tapi pada saya, Infinity War benar-benar layak berada di tangga teratas.


Ia adalah filem ke-19 dalam francais Marvel Cinematic Universe dalam masa 10 tahun sejak memulakan langkah pada 2008. Marvel bijak membawa hala tuju dunia ciptaan mereka. Setiap filem mempunyai kaitan antara satu sama lain dan akhirnya tertumpu kepada Infinity War.

[Baca] Fakta Menarik Avengers Infinity War

Joe dan Anthony Russo memberi ruang yang sama rata buat puluhan superhero MCU tanpa memberi tumpuan kepada mana-mana watak tertentu. Semua menyerlah mengikut kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Infinity War cemerlang dari segenap aspek baik lakonan, aksi, jalan cerita, unsur humor, dan skor muzik.  

Bak kata Thanos, 'perfectly balanced'.

Follow Instagram: @nikkhazami
Pada saya tak ada satu pun babak cliche yang membosankan. Pengakhirannya membuatkan penonton tertanya-tanya, kepenatan, dan sudah tentu menantikan kesinambungannya. Saya sendiri tidak tahu berapa kali saya ulang tonton. And it gets better and better every single viewing.

Rating: 10/10

There you go, 10 filem terbaik 2018 pilihan Nikkhazami Dotcom. Hee! What are yours? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.

29 ulasan:

  1. Dalam 10 movie yang ada dalam list, infinity War ya dah tengok kat cinema. This year, for me filem paling enjoy dan best tengok adalah Aquaman

    BalasPadam
  2. wah.. banyak rupanya filem-filem best yang belum TB tonton lagi.. huh.. best ni kalau dapat tengok.. tapi sekarang ni nak tengok dengan puas agak terganggu sikit.. hahahaha.. mesti ada je part yang tertinggal sebab mengejar hero yang tengah lasak ni (anak)

    BalasPadam
  3. uishh haha sebenarnya banyak filem best lagi tau. so far khai pilih avengers, aquaman, incredibles 2, wreck it raplh, annihilation dan michael myers! memang best!

    BalasPadam
  4. Neflix bbanyak citer best2 la..sayangnya akak xde internet..akak baru2 ni tgok aquaman..avengers pun not bad...channel ni mmg banyak sajikan citer2 best kan...

    BalasPadam
  5. Alaaa banyak nya tak tgk lagi hahahha .. tq for sharing

    BalasPadam
  6. Wah, dalam 10 filem ini hanya satu sahaja yang dah ditonton, hujung minggu nanti bolehlah tengok yang lain-lain.

    BalasPadam
  7. banyak rupanya filem best, tapi yang huda dah tengok cuma 2 filem jer, Yang lain macam tak cukup menarik nak pergi tengok kat wayang.Mungkin boleh download dan tonton pada malam minggu nanti. Thanks for sharing

    BalasPadam
  8. Antara 10 filem terbaik yang disenaraikan Avengers saja saya pernah tengok. Yang lain tak pernah tengok lagi .Tak berkesempatan nak tengok. Ada je kerja lain nak dibuat .Tapi searching tu memang saya nak tengok sangat.

    BalasPadam
  9. Banyak jugak kisahnya cite yang sis belum tengok...nanti bolehlah sis refer pada list ni. Buat masa sekarang sibuk dok tengok cite Korea je..hahaha

    BalasPadam
  10. tahun lepas kurang tengok cerita yang camni...kalau pergi pun layan citer kartun jer sebab bawak anak2....ada tidak pun last tengok citer PASKAL...paling nak tengok a quiet place dengan avengers ...yang lain2 cerita dicadangkan nanti boleh usha2 kat website...

    BalasPadam
  11. Thanks for this review. Now i can watch the movies i missed. It seems i haven't watch many movies from that list.

    BalasPadam
  12. Eh.. macam sama pula senarai best films kita. Ada a few yang Rawlins tak tonton lagi but will do in a short while. A Star is Born adalah best! Hehe

    BalasPadam
  13. Bagus nik sharing list gini. Senang laaa tahu wajib tonton filem yang mana. Semua belum tengok. Kesian kita kannn? HAhaa... Faktor usia kot, dah tak berapa nonton filem. Hehee

    BalasPadam
  14. Alahai bila baca ni baru realise yang betapa sibuknya kak min skrg sampai kan x ada masa langsung tgk movie hahha dlm senarai atas ni 1 pun lom tgk lg. Nasib awak tulis artikel ni so leh wat rujukan ekkeek nnt free2 nak tgk

    BalasPadam
  15. Sanggup Encik Nik letak A Quiet Place honorable mention? That's the best movie ever, huaaaa. Emily Blunt is bae. John Krasinski is cute. But both of them are fierce in the movie.

    But I like your list. Love, Simon best. Walaupun Nick Robinson straight, dia jadi gay nampak believable. Plot twist Searching tak boleh belah. Hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha! Sorry. Pada saya A quiet place tak cukup intense.. we need more! durasi 1 jam 30 minit tu tak cukup kot. hehe.

      Thank you sebab sudi baca.

      Padam
  16. banyaknya filem terbaik..kebanyakannya baru tau kecuali avengers tu..hehe..nmpak nau kan kita jrang tengok filem omputih..

    BalasPadam
  17. Saya rasa dalam list ini, yang palingmind-blowing adalah hereditary. Saya telah tonton dah kat pawagam. Memang stress dan seram at the same time. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Sampai sekarang teringang ngiang lagi scene dalam kereta tu.

      Padam
  18. Nik mesti rajin tengok wayang ni. Tq listing movie yg details ni.

    BalasPadam
  19. kesemua filem tersebut belum pernah saya tengok...

    rupa-rupanya saya bukan kaki filem hahahaha

    BalasPadam
  20. Satu sahaja yang saya tonton, Avengers Infinity War.

    Itu pun di saluran Astro Best.

    Cerita tergantung, pasti ada sambungannya.

    BalasPadam
  21. singgah sini nak ucap tahniah!

    BalasPadam
  22. oh my only a few that i have watched before among all the top 10! but thanks to you, now i know which movie to watch now when im free! haha

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  23. wah.. so hardworking that you compile all this and glad you share this out cos realize there are few more movies i yet catch up... wanna go search the movie then...

    BalasPadam
    Balasan
    1. please watch hereditary. and let me know what you think about it.

      Padam