Ahad, 13 Januari 2019

Domainesia Jual Hosting Murah Untuk Blogger

Domainesia Jual Hosting Murah Untuk Blogger | Matlamat seorang blogger adalah untuk membawa blog mereka ke level yang lebih tinggi. Ini membolehkan blog yang diusahakan selama ini menerima jumlah yang tinggi dan tampak profesional di mata pembaca. Anda dah ada blog dan konten. Langkah seterusnya adalah dengan mendapatkan domain dan hosting.

Jika anda biasa singgah ke blog ini pastinya anda tahu yang saya memang gemar berkongsi harga domain dan hosting yang berbaloi untuk blogger beli. Bukan apa, sebagai blogger anda perlu pastikan yang blog memiliki tunjang yang bagus supaya ia dapat diakses dengan baik dan selamat.


Sebelum itu, buat blogger baru yang masih belum jelas lagi apa itu domain dan hosting.. Meh saya terangkan.

Domain - Domain adalah alamat blog anda. Contohnya, alamat blog contohnya dan nikkhazami.blogspot.com kepada nikkhazami.com. Pengakhiran 'dotcom' dinamakan sebagai domain. Selain itu .net, .my, .org, .co, .us, juga dipanggil domain.

Hosting - Hosting pula adalah tempat tersimpannya semua data seperti text, gambar, rekabentuk, cara ia beroperasi, dan berhubung. Jadi, amatlah penting untuk anda memiliki hosting berkualiti supaya dapat membawa masuk trafik ke website.

Salah satu syarikat yang menawarkan servis hosting terbaik adalah Domainesia. Sebuah syarikat yang berpengkalan di Indonesia.


Memang banyak hosting murah di Malaysia, tetapi tidak salah sekiranya kita cuba servis ini dari negara seberang iaitu Indonesia.

Sebab kenapa anda perlu beli web hosting dari Domainesia


1. Menawarkan harga terendah. Anda boleh lihat sendiri senarai harga dan tukar dengan matawang Ringgit. Murah bukan? Malah, setiap pakej mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri.


2. Prestasi laman web juga lancar dan stabil kerana Domainesia menggunakan Enterprise-grade SSD. Ciri ini turut boleh didapati pada pakej murah
.
3. Semua pakej yang disediakan lengkap dengan Anti-virus & Anti-malware. Blog anda akan mendapat perlindungan serangan virus.

4. Usah bimbang jika kehilangan data dan file, kerana semua pakej menawarkan backup data secara automatik setiap 24 jam.

5. Domainesia memberikan bandwidth tanpa had untuk semua pakej. Anda tidak perlu berdepan dengan masalah "Error Bandwidth Limit Exceeded" jika blog menerima jumlah trafik yang tinggi.

6. Beberapa pakej khas menawarkan 1 domain percuma. Untuk blogger baru, tak payah fikir lagi tentang nak beli domain.

7. Setiap pakej juga merangkumi email hosting. Banyak email hosting murah di pasaran, tetapi jika anda beli hosting di Domainesia, anda bakal menerima unlimited email hosting secara percuma.

8. Sekiranya anda menggunakan platform Wordpress, Domainesia menawarkan pakej hosting Wordpress murah.


Domain murah


Selain hosting, Domainesia turut menawarkan servis domain murah untuk pelanggannya. Domain paling popular, 'dotcom', dijua pada harga RM29 setahun sahaja. Ini adalah antara domain yang termurah yang pernah saya jumpa setakat ini.

Inilah kelebihannya jika beli web hosting dan domain dari syarikat Indonesia!

Banyak variasi domain yang boleh anda pilih seperti:
  • .com
  • .org
  • .net
  • .website
  • .site
  • .tech
  • .store
  • .online

Layanan / support 24 jam


Ini adalah salah satu ciri penting yang perlu anda ambil kira sekiranya ingin beli cheap hosting. Pastikan penyedia servis ini menyediakan support 24 jam.

Cuba bayangkan jika website anda berdepan masalah, pasti tak senang duduk dibuatnya. Jadi anda memerlukan khidmat pelanggan yang mampu memberikan respon dengan pantas.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.domainesia.com/hosting/

Kesimpulannya, Domainesia merupakan salah satu penyedia domain dan jual hosting murah di rantau ini. Servis yang mereka tawarkan sangat memuaskan sehingga dinilai tinggi di laman Google. Jika anda sedang merancang untuk mendapatkan doman atau hosting, please consider Domainesia okay? 

21 ulasan:

  1. info yang menarik.. terima kasih.

    BalasPadam
  2. Sekarang banyak dah pilihan untuk mendapatkan hosting dan domain murah.

    BalasPadam
  3. it's great to hv more choices, with more affordable price for hosting our domain.. great one... thanks for sharing

    BalasPadam
  4. dulu tak tahu pun tentang domain2 ni..bila dah kenal ramai blogger, baru nak pelan2 bertukar dr blogspot ke domain .com. Betul tu dengan domain ni blogger boleh pergi jauh

    BalasPadam
  5. Akak guna domain yang satu ni je la..tak pernah tukar lagi...bila ada domain ni sennag client nak hire utk paid review..apapun thanks atas perkongsian...

    BalasPadam
  6. Terima kasih kerana merekomenkan laman web menjual domain yang baik ini. Ya. Memang perlu kita ada domain sendiri.

    BalasPadam
  7. great tips untuk yang baru nak beli domain and hosting!!

    BalasPadam
  8. info yang snagat menarik jadi untuk blogger baru jangan lepaskan peluang untuk guna domain terbaik yang disediakan, at the moment i still stick with current hosting sebab i malas nak tukar tukar lagi pun i bayar untuk setiap 2 tahun sekali.. thanks for sharing

    BalasPadam
  9. Very good information. Thank you for sharing. I am looking to buy a domain actually.

    BalasPadam
  10. Finally jumpa pon tempat domain terbaik. Thanks share Nik! Memang dah lama survey domain sbb susah nk cari yg okey dan harga yg berpatutan. hehehe. Lepas ni kite dh x pakai blogspot. Gittew. hehehe

    BalasPadam
  11. Wow, Nad baru tau beza domain dan hosting. Dulu ingatkan domain dan hosting ni benda yang sama jee. Domain dah ada, hosting je belum ada lagi. Thank you Nik for the clarification! :)

    BalasPadam
  12. Sis domain pun dah ada n hosting pun dah ada..belum lagi nak tukar Tapi bagus juga ada tempat ni sebab kita banyak pilihan memilih. Kalau sis ada nama domain yang lain bolehlah sis cuba beli kat sini plak

    BalasPadam
  13. wahhh murah betul domain yang ditawarkan oleh domainesia nie yer. kenapalah baru sekarang terbaca. baru je renew domain untuk setahun lagi. nanti nak cuba jugaklah usha2 domain dari domanesia nie. kot2 lebih baik ke kan.

    BalasPadam
  14. Thanks for the sharing..
    Baru terbuka hati nak ada domain sendiri 1 thun yang lepas.. Dapat feel d different.. Hahahha

    BalasPadam
  15. haha thanks for sharing, seems like very affordable. haha judging from the name really can tell it is from indonesia, domain + indonesia.

    BalasPadam
  16. Bagus ni. Leh war warkan kat member blogger yg nak ada dimain atau renew yg baru. Kita sendiri tgh plan samada nak ada domain atau tidak hehe

    BalasPadam
  17. Nak tanya, better kalau kite dekat Malaysia, ambik service dari Malaysia ke. Or kalau ambik service dari negara lain pun okay je sebenarnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya sama je.. saya ada satu blog wordpress yang beli hosting dari luar negara. cuma bergantung pada pakej dan harga yg ditawarkan.

      Padam
  18. Bagusla siapa yang nak buat doamin boleh guan ni..nad dah guna doamin, cuma hosting takdela..Domain bagus sebab kita punya blog kan..jadi cepat-cepatal buat doamin

    BalasPadam
  19. Wah murahnya dot com RM29. Dulu lia beli untuk blog xde lah dpt hrga cmtu. Boleh lah kalau ada buat extra blog nak domain baru. Boleh lah try kat sini pulak.

    BalasPadam