Sinopsis Dia Menantu Rahsia Tv3

1
Sinopsis Dia Menantu Rahsia Tv3 | Menggantikan Pujaan Hati Kanda yang bakal melabuhkan tirainya, stesen nombor satu Malaysia tampil membawakan sebuah lagi drama bersiri hebat yang bertajuk DIA MENANTU RAHSIA. Bakal menghiasi Slot Akasia, drama ini bersiaran mula 29 Januari 2019.

Diarahkan oleh sutradara berpengalaman, Pali Yahya, dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Dia Menantu Rahsia yang merupakan drama yang diadaptasi dari novel cinta tulisan Indah Hairani ini mengisahkan sebuah perkahwinan tanpa pengetahuan keluarga.


Dibintangi Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama, drama ini turut dibantu oleh Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, dan Wilma Muhammad.

Sinopsis drama Dia Menantu Rahsia Tv3


Hubungan yang selama ini terbina atas dasar cinta di antara Zamer dan Melissa akhirnya putus di tengah. Ini semua angkara permintaan ibu Zamer yang mahu anaknya ditunangkan gadis pilihan

Akibat kecewa dan tidak mahu diganggu Zamer, Melissa berhijrah ke Kuala Lumpur. Segalanya berubah apabila dia bertemu Syakir di kotaraya itu. Melihat keikhlasan dan kebaikkan Syakir, Melissa bulat-bulat menerima lamaran lelaki itu.



Melissa sangka perkahwinannya dengan dengak Syakir akan membawa sinar baharu. Namun sangkaannya meleset. Mereka terpaksa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga kerana ibu Syakir sendiri ada jodoh pilihan buat anak lelakinya.

Dengan Zamer masih lagi menagih cinta Melissa, dan Engku Kamelia pula datang Syakir, Melissa kini tersepit di tengah tengah kekusutan.

OST/Lagu tema: Hafiz Shuib - Kisah Cinta Kita

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

Dia menantu rahsia bakal bersiaran mula 29 Januari 2019, setiap Isnin hingga Jumaat. jam 7 malam hanya di Tv3. 

Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. fuh baca sinopsis pun dah dapat bayangkan berhantunya drama ni kalu ter follow. hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top