32 Tempat Menarik di Hatyai | TERKINI 2024

21

Percutian ke Selatan Thailand, khususnya di Hatyai sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ini kerana lokasinya yang terletak di persempadanan, banyak tempat makan best, dan Hatyai terkenal sebagai 'syurga membeli belah'. 

Saya sendiri pernah bercuti di Hatyai pada 2014. Memang seronok, banyak lokasi tumpuan pelancong yang berbaloi dikunjungi.

Sekarang dah makin banyak lokasi tarikan pelancong di Hatyai. Kebanyakkannya adalah low budget, sesuai untuk keluarga, dan mesra Muslim. 

Untuk itu, saya senaraikan sejumlah tempat menarik di Hatyai meliputi tempat shopping, tempat makan sedap, serta hotel murah di Hatyai untuk rujukan anda. .

1. Samila Beach

 
Keindahan Pantai Samila memang tidak boleh dinafikan. Walaupun air lautnya tidak biru, ia tetap menjadi lokasi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong. Pantai Samila yang terletak di Songkhla, terkenal dengan lagenda ikang duyung.

Mengikut mitos, seorang nelayan terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas. Banyak restoran dan gerai snek halal di sepanjang Samila Beach ni. Tambahan pula aktiviti pantai seperti berkelah, berkuda, ATV pun ada. Tak ramai yang mandi sebab cuaca panas.

Baca: 13 Hotel Murah di Hatyai | Bawah RM200

Oleh itu sebuah tugu ikan duyung diletakkan di tepi pantai dan ia sudah sinonim dengan Pantai Samila ini. Pada waktu petang memang meriah dengan kehadiran orang ramai. Laluan pejalan kaki disediakan untuk anda ambil angin pantai.

Banyak aktiviti best di sini antaranya:
  • Bersantai dan berkelah
  • Menikmati makanan laut
  • Menunggang kuda
  • Menaiki kereta kuda
  • Bergambar

Location: Google Maps

2. Khlong Hae Floating (Pasar Terapung Hatyai)

Ini adalah tempat yang wajib anda tuju sekiranya bercuti di Hatyai. Konsepnya sama seperti pasar malam di mana majoriti peniaga menjual makanan. Tetapi uniknya perniaga di situ berniaga dari dalam sampan yang berlabuh di tepi sungai.

Baca: Tips Bercuti ke Hatyai

Pelbagai jenis makanan dan minuman yang lazat dijual di sini. Peniaga bukan sahaja menjual, malah, di dalam sampan yang sempit itu mereka turut memasak, menggoreng, dan membancuh air untuk dijual.

Untuk menarik perhatian pelanggan, kebanyakkan makanan dibungkus dalam bekas unik seperti seramik, buluh, dan lain-lain.

Mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli bakar kerabu dan ladu ubi kayu antara yang dijual. Jangan risau, majoriti peniaga beragama Islam dan menjual makanan Halal.

Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad sahaja| 3 pm - 9 pm

3. Magic Museum Hatyai

Saya juga sempat singgah ke Magic Eye 3D Museum ini. Memang seronok dapat melihat pelbagai lukisan dan mural yang memberikan kesan optical illusion.

Pengunjung pasti teruja dengan lukisan 3D kerana ia tampak seperti benar-benar dan membuatkan anda seolah berada dalam keadaan sebenar. Caranya, anda perlu mengambil gambar dari sudut yang telah tertentu untuk mendapatkan efek nyata.

Pengunjung boleh menjelajah zon fantasi yang mempunyai tema berlainan seperti dasar laut, tepi pantai kawasan bersalji, dan piramid. Zon VR pun ada tau. Berbaloi datang ke sini sebab muziumnya amat luas, malah ada juga persembahan magic pada waktu tertentu.

Harga tiket: Dewasa 450 Baht | Kanak-kanak 300 Baht | Warga emas 300 Baht
Lokasi: Google Maps

4. Songkhla Aquarium

Songkhla Aquarium juga tidak kurang hebatnya. Banyak hidupan dasar laut yang boleh anda lihat serta pelajari dari label yang disediakan. Ada juga hidupan laut yang boleh anda sentuh seperti ikan pari dan tapak sulaiman.


Salah satu keistimewaan Songkhla Aquarium adalah ia menempatkan anak jerung jenis 'nurse shark' di mana satu-satunya nurse shark di dunia yang menetas dalam akuarium kerana akuarium bukanlah habitat asalnya.

Apa yang pasti, anda perlu tunggu untuk menyaksikan demonstrasi memberi ikan dan penyu makan. Siap ada yang menari dengan penyu.

Kawasan akuarium ini juga cantik. Bolehlah anda ambil peluang untuk merakam gambar kenangan bersama keluarga.

Harga tiket: Dewasa 300 Baht | Kanak-kanak 200 Baht

5. Sports Shooting Club Hatyai (SSC)

Hah, untuk mereka yang gemarkan senjata dan ingin merasai sendiri pengalaman menembak, anda boleh ke Sports Shooting Club Hatyai (SSC). Kelab menembak ini menawarkan segala macam jenis pistol, shotgun, hinggalah ke rifle besar.

Jika anda sering bermain permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG), ini adalah peluang terbaik untuk pegang sendiri senjata yang pernah anda guna dalam permainan tersebut.

Disini, anda disediakan bull's eye atau papan target, untuk melihat ketepatan tembakan anda. Perlu diingat, yang mereka mengambil serius akan penggunaan senjata. Anda perlu mendengar briefing ringkas dan menanda tangani beberapa dokumen terlebih dahulu.

Harga: 890 baht/nett untuk 15 pusingan.
Waktu Operasi: 9am - 6pm

6. Hatyai Cable Car

Berkedudukan di Hatyai Park, kereta kabel ini membawa anda ke Phra Buddha Mongkol Maharaj. Sepanjang perjalanan menaiki kereta kabel ini anda dapat melihat pemandangan bukit bukau dan bandar Hatyai. Memang cantik.

Gondolanya agak sempit, tetapi cukup untuk memuatkan anda sekeluarga.

Tiba di Phra Buddha Mongkol Maharaj, terdapat banyak tokong-tokong unik. Ramai pelancong yang mengambil kesempatan untuk bergambar.

Harga tiket: 200 baht seorang (pergi dan balik)

Lokasi: Google Maps

7. Hatyai Municipal Park

Hatyai Municipal Park merupakan taman rekreasi yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Hatyai. Terdapat tarikan utama di kawasan berdekatan iaitu Ice Dome dan Hat Yai Observatory.

Tiket masuk ke Municipal Park adalah percuma di mana anda boleh melihat suasana taman, patung Buddha berdiri yang tinggi, dan bergambar bersama keluarga. Oleh kerana lokasinya yang berada di atas bukit, pengunjung boleh lihat view bandar Hatyai.

Lokasi: Google Maps

8. Ice Dome

Ice Dome ni basically rumah aisyang bersuhu sejuk. Dengan keluasan 1,700 persegi, Ice Dome mempunyai kira-kira 10,000 replika dan objek yang diperbuat daripada ais.

Lebih mengujakan, setiap kawasan mempunyai tema-tema tersendiri dengan hiasan yang indah. Untuk mencantikkan lagi landskap, cahaya lampu berwarna-warni dipancarkan pada replika. Ini sekaligus menghasilkan pantulan cahaya yang cantik.



Kanak-kanak pasti akan teruja jika berpeluang bermain di taman permainan dalam suhu rendah ini.

Untuk pakaian tebal pula, pengunjung akan disediakan baju sejuk berserta dengan but yang sesuai.

Harga tiket: Dewasa 300 baht | Kanak-kanak 200 baht
Tiket termasuk: Baju tebal, kasut, dan sarung tangan

Alamat: 445 Petchakasem Rd Tambon Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

9. Thale Noi Waterbird Park

Lokasi memerhati burung ini juga salah satu tarikan pelancong di Hatyai. Apa lagi aktiviti best kalau bukan melihat lebih 180 spesis burung yang bermigrasi dari pelbagai negara. Tempat ini dijadikan sebagai habitat sementara mereka untuk mendapatkan perlindungan serta makanan.

Terdapat pelantar dan laluan pejalan kaki untuk orang ramai. Paling best jika berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana burung yang sedang terbang menjunam ke permukaan air untuk memakan ikan!

Terdapat perkhidmatan bot untuk anda menyusuri tasik. Pastikan juga anda bergambar di sini terutamanya pada waktu pagi.

Harga tiket: Percuma | Bot 500 Baht

Lokasi: Google Maps

10. Steel Pagoda

Sebuah lagi tempat suci agama Budha di Hatyai adalah Steel Pagoda. Apa yang membezakannya dengan pagoda lain adalah ia diperbuat daripada besi tahan karat. Disekelilingnya terapat seramik, loceng, dan gong. 

Dari jauh lagi pengunjung boleh melihat keindahan Steel Pagoda ini kerana binaan agak tinggi. Menariknya, pada waktu malam pagoda ini dilimpahi dengan cahaya berwarna warni yang indah. Sehinggakan anda boleh melihatkan jika memandu di bawah bukit.

Lokasi:
Google Maps

11. Chang Puak Camp

Kata orang, pergi ke negara Thailand tidak sah kalau tak menunggang gajah. Walaupun gajah bukan haiwan untuk ditunggang, ramai je yang sana dan lakukan aktiviti ini.

Kalau anda nak merasai pengalaman menunggang gajah, berkunjunglah ke Chang Puak Champ. Di sini anda hanya perlu membayar 500 baht untuk 30 minit tunggangan. Seekor gajah boleh dinaikki oleh dua orang sahaja

Anda akan melalui trek yang disediakan termasuklah meredah anak sungai. Mencabar bukan? Sepanjang menunggang, akan ada photographer yang ditugaskan mengambil gambar. In case kalau nak beli, boleh buat bayaran di kaunter.

Selain menunggang gajah, banyak lagi tarikan yang ada di Chang Puak Champ. Antaranya pertunjukkan gajah dan buaya, memanah, menaiki ATV,  mini zoo, dan menembak.

Harga tiket: 500 baht

Laman web: https://changpuakcamp.com

12. Khao Nam Khang National Park

Untuk mereka yang sukakan sejarah, jangan lepaskan peluang untuk ke Terowong Khao Nam Khan. Terowong sepanjang 1 kilometer ini dipercayai yang terpanjang di Thailand. Ia adalah tempat persembunyian bekas komunis.

Menariknya, terowong 3 tingkat ini menempatkan 100 bilik, bilik mesyuarat, hospital dan kilang senjata, bilik menembak, dapur, bilik komunikasi dan dewan latihan. 

Pengunjung boleh lihat sendiri bagaimana sempitnya terowong ini tetapi penuh dengan kemudahan asas. Di bahagian luar terdapat muzium mini yang mengumpul semua sejarah berkaitannya. Terowong ini terletak di dalam kawasan Taman Negara Khao Nam Khang.

Harga tiket:
Percuma

13. Asean Night Bazaar

Tempat menarik di Hatyai yang seterusnya anda Asean Night Bazaar. Ini juga salah satu lokasi yang wajib anda singgah. Ia lebih kurang seperti pasar malam atau pun uptown di mana semua barangan boleh dibeli dengan harga murah.

Banyak barangan yang boleh anda dapadi di sini seperti pakaian, aksesori, permainan, gadget, minyak wangi, dan banyak lagi. Gerai makanan pun banyak disediakan. Sama ada makanan Thai mahupun Western.

Tak susah nak cari makanan Halal di sini, paling selamat anda pergi sahaja ke kedai di mana penjualnya memakai tudung. Selatan Thai memang ramai penduduk beragama Islam.

Waktu Operasi: 3 pm - 10 pm | tutup pada Isnin

14. Taman Negara Khao Nam Khang

Hutan yang belum diteroka ini berkeluasan kira kira 200 km persegi hinggalah ke sempadan Malaysia. Gunung Khao Mai, Gunung Nam Kang dan Gunung Sya adalah antara khazanah alam sekitar yang ada di sini. 

Ia sering menjadi tumpuan pelancong Barat. Mereka datang dengan tujuan untuk melihat keindahan flora dan fauna. Jambatan gantung dan menara tinjau menjadi lokasi pilihan untuk bergambar.

Alamat: Khlong Kwang, Na Thawi District, Songkhla 90000, Thailand

15. Kim Yong Market

Yang ini juga dikelaskan sebagai tempat shopping murah di Hatyai. Sentiasa menjadi tumpuan orang ramai baik penduduk tempatan mahupun pelancong. Banyak kedai pakaian, handbag, aksesori, cenderamata yang ada di sini.

Street food juga boleh tahan meriah. Kalau nak tengok orang juga kala jengking, cengkerik, dan ulat, jangan lepaskan peluang untuk ke Kim Yong Market yang terletak dekat dengan Lee Garden Hotel.

Jangan risau, banyak je gerai makanan dan snek halal di sini. Malah, di sinilah terletaknya gerai nasi komok Kaitod Meena yang popular tu.

Waktu operasi: 10 am - 6 pm

Lokasi: Google Maps

16. Greenway Food Station

Untuk kaki makan, jangan lepaskan peluang untuk ke Greenway Food Station. Terletak tidak jauh dari Asean Night Bazaar. Greenway hanya memfokuskan makanan sahaja. Jika anda nak tengok dan ambil gambar pelbagai makanan eksotik, kami cadangkan anda ke sini kerana ia lebih banyak pilihan. 

Malah banyak tempat duduk dan meja yang disediakan. Konsepnya macam food court. Stall makanan halal juga tidak kurang banyaknya. Anda boleh ke stall yang mempamerkan logo Halal.

Senibina dan dekorasi dalamannya juga menarik dan moden.

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm | tutup pada Isnin

17. Wat Hat Yai Nai

Sebuah lagi tempat suci agama Budha di Hatyai adalah Wat Hat Yai. Apa yang menarik di sini adalah di dalam bangunannya terdapat sebuah tokong yang sedang baring dalam keadaan mengiring.Tokong tersebut turut memberikan senyuman sini, inilah yang menambahkan lagi minat pelancong untuk ke sini.


Rata-rata tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar. Suasana kawasannya juga bersih dan terurus.

Alamat: 6/1 Soi Sakornmongkol, Tambon Khuan Lang, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

18. Masjid Pusat Songkhla

Selatan Thailang mempunyai ramai penduduk beragama Islam, oleh itu terdapat sebuah masjid besar yang tersegam indah yang digunakan oleh umat Islam di sini. Ia juga sering menjadi persinggahan para pelancong yang mengembara dari Malaysia.


Jika mempunyai kesempatan, singgahlah solat di sini untuk merasai pengalaman berbeza. Jangan lupa untuk bergambar di tasik buatannya ya?

19. Dim Sum Chabura

Salah satu tempat makan Halal di Hatyai yang popular adalah Dim Sum Chabura. Sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutama orang Islam kerana semua hidangan yang disediakan adalah Halal.

Buat peminat di sum, kami yakin anda akan rambang mata banyak pilihan yang ada. Sedap dan murah. Nak order pun senang, cuma ke meja mereka dan pilih hidangan yang anda nak. Mereka akan beri nombor dan hantar segala pesanan ke meja sebelum semua dim sum itu di kukus. 

Menu lain yang ada di sini adalah tomyam, masakan panas, somtam, dan pencuci mulut seperti pulut mangga.


Usah risau, kerana majoriti pekerjannya fasih ber Bahasa Melayu.

Waktu operasi:
6 am - 2 pm

20. Central Festival Mall

Pusat membeli belah yang yang menjadi tempat shopping di Hatyai. Bertaraf antarabangsa dan memiliki pelbagai premis perniagaan. Sebut sahaja apa yang anda nak pasti boleh ditemui di sini. Dari butik berjenama, pasaraya, gajet, pusat hiburan, ice skating, dan food court, dan restoran rangkaian.


Saya berkesempatan berkunjung ke Central Festival. Sempat juga tengok wayang The Hunger Games Mockingjay Part 1. Hehe.

Alamat: Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

21. Songkhla Old Town

Bandar lama Songkhla ini mungkin kelihatan boring tetapi apa yang membuatkan ia menarik adalah bangunan-bangunan lamanya. Ia masih teguh berdiri dan masih digunakan hingga ke hari ini. Untuk menambahkan lagi keceriaan kawasan, dinding lorong belakang bangunan usang dijadikan mural.

Pelbagai lukisan menarik yang menceritakan keunikan dan identiti Songkhla. Bandar yang dulunya sepi kini bernyawa dengan kehadiran orang ramai khususnya pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar.


Jika anda seorang yang mementingkan kontent Instagram, street art di Songkhla Old Town ini adalah tempat yang wajib singgah!

Alamat: Raman, Tambon Bo Yang, Amphoe Mueang Songkhla, Chang Wat Songkhla 90000, Thailand.

22. Santisuk Market

Tempat shopping murah di Hatyai yang seterusnya adalah Santisuk Market. Ia merupakan kawasan membeli belah yang agak popular di kalangan pelancong. Ratusan jenis kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Dari pakaian, aksesori, gajet, dan banyak lagi.


Untuk kaum wanita yang bercadang nak beli handbag murah di Hatyai, di sinilah tempatnya. Banyak kedai yang menjual aksesori wanita termasuklah secara pukal.

Alamat: Nipatuthit 2 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

23. Siam Art Gallery

Untuk pencinta seni, luangkan masa untuk melawat Siam Art Gallery di Kho Hong. Galeri seni ini menempatkan ratusan lukisan serta item berasaskan seni untuk tatapan umum. Ia bukan sekadar lukisan dan ukiran biasa, tetapi setiap satunya mempunyai nilai kebudayaan dan seni Thailand.


Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

24. Hat Yai Observatory

Terletak berdekatan Hatyai Municipal Park, Balai Cerap ini dibukan secara percuma kepada orang ramai untuk mempelajari tentang angkasa lepas. Lokasinya yang terletak di atas bukit amat sesuai sekali untuk aktiviti ini.

Apa yang boleh anda lihat di Hat Yai Observatory adalah informasi berkaitan galaksi, sistem solar, berserta dengan ilustrasi menarik.


Kalau anda seorang yang gemarkan sains dan angkasa lepas, anda pasti akan dapat membawa pulang ilmy baharu.

Harga tiket: Percuma
Alamat: Kanchanawanit, Hat Yai, Thailand 90110

25. Khao Chaison Hot Spring

Banyak betul tempat menarik di Hatyai, kolam air panas pun ada! Terletak di atas Bukit Chaison, kolam air panas di sini bakal memberikan pengalaman baharu kepada anda. Kita semua tahu yang kolam air panas mampu merawat lenguh dan sakit sendi.

Kolamnya agak luas dan dibina seakan lagoon untuk menambahkan lagi keceriaan kawasan.  Memang seronok kalau dapat berendam. Tempat persalinan juga disediakan. Kalau tak nak berendam, anda boleh ambil angin di sekitar kawasan sebab landskapnya memang indah.

Apa kata anda datang ke sini setelah penat pengembara. Bukan itu sahaja, memandangkan hot spring ini terletak di atas bukit, pemandangannya cukup luar biasa.

Harga tiket:
Percuma

26. Big C

Siapa tidak suka akan snek atau kudapan dari luar negara? Jika anda ke Hatyai terdapat satu tempat khas untuk anda beli aneka jenis snek dari Thailand iaitu di Big C!


Big C merupakan sebuah pasaraya yang mengumpul pelbagai jenis snek, coklat, manisan, minuman, aneka keropok dari Thailand. Banyak sangat pilihan makanan, pasti rambang mata dibuatnya. 

Inilah masanya untuk anda beli buah tangan untuk dibawa pulang. Pastikan juga anda perhatikan label Halal ya?

Alamat: Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

27. Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum

Namanya agak panjang dan sukar untuk disebut. Pelancong asing hanya menggelarkannya sebagai Natural Museum. Muzium ini yang merupakan sebahagian daripada Universiti Songkhla ini menempatkan ribuan item dan artifak berasaskan haiwan, alam semula jadi dan sains.

Muzium ini menempatkan lebih daripada 25,000 jenis spesimen tumbuhan dan lebih daripada 35,000 spesimen haiwan.

Pamerannya juga menarik, informative, dan membuakan pengunjung seronok mempelajari benda ilmu baharu. Sebuah tempat yang menarik untuk menimba pengetahuan am. 

Harga tiket: 30 Bhat

28. Big Bee Farm

Tempat menarik di Hatyai yang seterusnya adalah ladang lebah Big Bee Farm. Kawasan menternak lebah sentiasa menerima kehadiran pelancong kerana agak sukar untuk kita melihat haiwan ini dengan dekat.

Kesemua pameran di persembahkan dalam cara yang unik dan berkualiti. Ini adalah supaya pengunjung lebih berminat dan memahami info yang ingin disampaikan. 

Di sini, pengunjung berpeluang mempelajari tentang lebah dan bagaimana madu lebah diproses. Malah, anda juga dapat menyaksikan bagaimana madu lebah dikutip. Jangan lupa untuk beli madu asli di sini sebagai buah tangan.

 Waktu operasi: 10 am - 5 pm

29. Kilang Gajus Ranu Kohyo

Kilang Gajus ini juga mendapat sambutan hangat dari kalangan pelancong. Yelah, kacang gajus memang sedap dijadikan sebagai kudapan bukan? Namun harganya di Malaysia sangat mahal sekitar RM60 untuk 1kg.


Kalau anda penggemar kacang gajus, datanglah ke Ranu Kohyo kerana anda boleh mendapatkan snek ini pada harga rendah. Bukan sekadar gajus, pelbagai jenis snek seperti kacang pedas, kacang tumbuk, jeruk, kerepek, dan mi segera juga boleh didapati di sini.

Waktu operasi: 10 am - 5.30 pm

30. Nora Plaza

Terletak berdekatan dengan Ranu Kohyo, Nora Plaza adalah tempat terbaik kalau anda bercadang untuk membeli pakaian, aksesori, dan barangan kulit.

Ramai juga yang menjadikan Nora Plaza sebagai tempat beli handbag murah di Hatyai.

Waktu operasi: 8 am - 6 pm

31. Tangkuan Hill

Rugi kalau bercuti di Hatyai tetapi tidak berkunjung ke Bukit Tangkuan. Tidak jauh dari Samila Beach, dari puncak Tangkuan anda boleh melihat pemandangan seluruh bandar Songkhla. Termasuklah Pulau Kucing dan Pulau Tikus yang boleh dilihat dari jauh.

Usah risau, anda tidak perlu mendaki untuk ke puncak kerana lift sudah tersedia untuk orang ramai. 

Pemandangan dari puncak bukit sungguh mengasyikkan. Ditambah pula dengan pelbagai kemudahan yang terdapat di atas sana. Kawasan 'love locks' turut disediakan, untuk mereka yang ingin mengukir kenangan menggunakan mangga kunci ala-ala di Paris

Harga tiket lift: Dewasa 30 Baht | Kanak-kanak 20 Baht

32. Songkhla Zoo

Zoo Songkhla memang sangat menarik dan berbaloi untuk dilawati bersama keluarga. Pamerannya berkualiti dan keadaan zoo ini juga bersih dan terurus. Kalau nak tahu, zoo ini membenarkan pengunjung memandu di dalam kawasannya. Ini kerana zoo ini terlalu luas.

Terdapat persembahan haiwan pada waktu waktu tertentu, yang itu anda kena rujuk panduan yang diberi bersama tiket masuk.

Dari segi jumlah haiwan, memang ribuan binatang dari pelbagai spesis yang boleh dilihat. Termasuklah haiwan liar seperti harimau dan singa

Menariknya Songkhla Zoo mempunyai sebuah taman tema air. Rupanya ada juga tempat mandi manda di Songkhla. Nak mandi di sini percuma, tetapi kena patuhi kod pakaian.

Harga tiket: Dewasa 350 Baht | Kanak kanak 12 Baht
 

33. Kaito Meena 

Nasi komok paling popular di Hatyai yang terletak di Kim Yong Market! Penangannya memang hebat. Sampai ada yang sanggup beratur panjang untuk menikmati nasi dan ayam goreng Thai ni. Nasinya lembut dan cukup rasa. Manakala ayam speciallnya rangup di luar, juicy di dalam.  

Nasi komok ni takde kuah tau, sebab nasinya dah cukup rasa. Sedap dimakan bersama sos istimewa dan ayam goreng.  Selain nasi komok, mereka juga dah ada menu lain seperti kerabu mangga, pulut ayam, hotdog/fishball goreng, dan aneka minuman yang viral. 

Ramai yang cakap Kaitod Meena ni lagi sedap dari Kaitod Decha. Korang kena cuba sendiri.  

Waktu operasi: 10 am - 6 pm

34. Prim Import Hatyai

Penggemar kasut bundle, korang wajib ke Prim Import Hatyai ni tau. Kasut bundle pelbagai jenama dijual dengan harga yang amat berpatutan. Malah, kesemuanya masih dalam kondisi terbaik. 

Harganya bermula dengan sekitar 299 bhat sahaja. Anda boleh pilih dari kasut sukan, sandal, flip flop, kasut kanak-kanak, kasut futsal, dan banyak lagi. Kasut baru pon ada tau. 

Waktu operasi: 11 am - 10 pm

Hotel murah di Hatyai

Nah, bercakap tentang penginapan pula, banyak hotel menarik di Hatyai yang boleh anda pilih. Maklumlah, bandar tarikan pelancong. Dari hotel mewah hinggalah ke hotel bajet serta homestay.

Untuk penginapan yang selesa dan bajet bawah RM200, saya cadangkan anda menginap di V.L Hatyai Hotel.

V.L Hatyai Hotel

Hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Hatyai ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding hotel lain setarafnya. Iaitu dekat dengan banyak tempat shopping dan restoran halal. 

Dekorasi dalaman hotel ini biasa sahaja. Tetapi selesa, bersih, dan dipadankan dengan katil empuk.


Kemudahan hotel: Wifi, restoran, breakfast, parking,

Jarak dengan tempat menarik:
  • Hatyai Municipal Park - 6 km
  • Hatyai Magic Eye 3D Museum  - 2.4 km
  • Central Festival Mall - 3.4 km
  • Floating Market - 6.5 km
Harga bilik Tonaoi Grand Hotel: RM112 - TEMPAH DI SINI

Kalau sebelum ini anda sering dengar kawan-kawan bercuti di Hatyai bukan? Kali ini apa kata anda sendiri ke sana. Sebab banyak sangat tempat menarik di Hatyai yang boleh anda terokai. Lagi pula, kini sudah banyak pakej percutian ke Hatyai yang ada. Malah harganya agak murah kerana pergi dengan van dan bas sahaja.

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. weols pernah pergi songkla dan hatyai tahun 2012 kut..dah lupa..sempat pergi float market dengan samila beach jer..mmg nak pergi lagi ni tapi tu lah kengkangan masa..nak pergi semua tempat menarik tu bestnya

    ReplyDelete
  2. Haatyai memang ada duduk kemas je dalam travel wishlist..ntah bila nak check out..hahaha..memang selaku baca pengalaman blogger lain..semua bagi review yg bagus tentang haatyai...eh...bila la dpt pergi ni...

    ReplyDelete
  3. Bagusnya list ni... sempat gi beberapa
    Tpt shj je . Pernah perfi yg boat terapung sahaja . Baguslah you buat list mcm ni .. nnt confirm nak refer bali blog you kalau nak pi

    ReplyDelete
  4. Bestnya gi sana. Memang plan tahun ni untuk kesana juga. Artikel ini memang sangat membantu. Banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Tak cukup kalau datang beberapa hari je ni kan. hihi

    ReplyDelete
  5. Sememangnya Thailand antara tempat tumpuan kalau nak bercuti kan. Kat sana memang terkenal dengan makanan. Shopping tak sangat tapi habis dekat makanan

    ReplyDelete
  6. Its been a long time already since i been to hatyai and songkhla. Looks like lot of things have changed. I should plan a trip there soon to visit all this.

    ReplyDelete
  7. Banyak betul tempat menarik dekat hatyai ni. kalau ikutkan nak pergi semua, 2 3 hari memang tak cukup ni

    ReplyDelete
  8. Fuh!!!! banyak jugak tempat menarik di SOngkla and hatyai ya. Plan nak ke hatyai tahun lepas, tapi ni dah masuk tahun baru maka tatau la bila nak pergi ni,hhehe...

    ReplyDelete
  9. Yesszaa... Songkla Hatyai memang tempat pelancongan yang menarik. Alhamdulillah tahun lepas December berkesempatan cuti cuti jalan jalan cari makan dan me time kat sana. Seronok! Ada rezeki nak pegi lagi

    ReplyDelete
  10. Biar betul banyak nya tempat menarik dan mesti kena pergi kalau ker sana hehehe kita ada yang pernah pergi ada yang tak pernah cuma ikan duyung tu kita pernah sampai tapi sekarang dah pecah patung tu hehehe kena boom sian....

    ReplyDelete
  11. Wow...tak tahu pulak banyaknya tempat yang boleh kita pergi kat hatyai dan songkhla kan? Cuti nanti, bolehlah bawa anak-anak pergi ke sana.

    ReplyDelete
  12. Walaupun sis dah ke Hatyai dlm 3 4 kali tapi banyak jugak tempat dlm list ni sis belum pergi. Nampak gaya kena simpan list ni..boleh jadikan rujukan kalau satu hari sis ke sana lagi

    ReplyDelete
  13. Rawlins pun dah sampai ke Hatyai tapi tak sempat nak enjoy lokasi-lokasi tu semua. Sempat la nak melawat sikit-sikit tapi tak semua tempat sempat jalan.

    ReplyDelete
  14. Woww! The list is so good. Tak pernah sampai dua-dua tempat ni, so boleh bookmark ni as guide ni. Thanks a lot sharing!

    ReplyDelete
  15. tak pernah sampai Hatyai lagi. banyak betul tempat menarik kat sana. boleh masuk dalam list jalan2 tahun ni.

    ReplyDelete
  16. thanks for sharing! now i know where to go if i happen to go hatyai. i have not been there yet, just dropped by when we went to koh lipe.

    ReplyDelete
  17. Fuh banyak gila list tempat menarik kat sana. Ada yg pernah smpi, tapi kebanyakan baru tahu psl tmpt2 ni..

    ReplyDelete
  18. Banyak rupanya tempat menarik. Semunya best dan hebat. Bolehlah menabunh untuk ke sini. Tq for the info. Senang nak rujuk bula nak bercuti ke sini

    ReplyDelete
  19. Bestnya gi hatyai..kak minlom pernah gi sana. Tq utkinfo ni so next time leh jadikan rujukan

    ReplyDelete
  20. dah pergi Hat Yai tahun lepas untuk trip 2 hari satu malam. Memang tak cukup nak cover semua, boleh la repeat ikut list ni.

    ReplyDelete
  21. wah wah wah..banyak betul tempat yang menarik. tak sampai lagi ni. hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top